S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/


Bullshit Story
Sunday 1 November 2015 | 00:05 | 0 comments



          Pernah tak jadi mangsa 'pilihan terakhir' daripada ibu bapa sendiri? Halina seorang gadis biasa yang datang dari keluarga yang tidak kaya dan tidak miskin tapi cukup untuk menikmati kehidupan yang mewah. Halina merupakan anak sulung kepada tiga orang adik beradik.

          Halina penah sekali terfikir mengapa dia dilahirkan ke muka bumi ini sedangkan dirinya tidaklah diperlukan sangat. Dia juga terfikir mengapa pencipta meniupkan roh ke jasadnya sedangkan cikgunya di sekolah mengajar bahawa tuhan menghidupkan kita dengan bertujuan. Tapi bagi Halina hidupnya tiada tujuan. Dia tidak pandai, dia tidak cerdik, dia tidak cantik malah dia juga sering menjadi pilihan terakhir rakan, guru, dan keluarga. 

          Pernah dia terfikir adakah tuhan mencipta manusia hanya untuk melihat mereka sengsara? Sering dia dengar "segala yang berlaku adalah dugaan" dia bukannya ingin menyalahkan takdir tapi bagi Halina orang yang tidak pernah merasai dugaan sahaja yang mampu berkata sebegitu. Dia tidak suka orang menyedapkan hati seseorang dengan hanya perkataan "sabarlah ini semua dugaan" baginya orang sebegitu hipokrik. Cuba dia terkena pada batang hidungnya sendiri? Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

         Hidup Halina makin menyakitkan hatinya sendiri apabila adik keduanya dilahirkan. Sejak hari itu ibu Halina sering mengarahnya untuk melakukan kerja rumah. Halina tidak biasa dengan membuat kerja rumah kerana dari kecil hidupnya telah diajar untuk meminta dan bukannya untuk berusaha. Sejak kelahiran adik keduanya juga Halina mula rasa tersisih. Kadang-kadang dia merasakan dirinya hanya anak angkat. 

          Halina sering digelar oleh ibunya 'bibik' Halina tahu walaupun ibunya bergurau tapi jauh di dalam sudut hati Halina terasa dengan pekataan yang digelarkan oleh ibunya. Beritahulah anak mana yang tidak kecil hati? Malangnya perasaan anak tidak penting. Apabila Halina terlepas cakap sedangkan Halina bergurau tahu pulak ibunya mengamuk. Adilkah sebegitu? 

          Hai dunia dunia tidak pernah adil. Tuhan tahu jalan hidup seseorang itu. Tuhan juga telah menetapkan jodoh,tarikh mati  dan segala perjalanan cerita masing masing di loh mahfuz. Halina terfikir jika tuhan tahu roh yang ditiupkan oleh-Nya akan mengmurkai suruhan-Nya mengapa tuhan menghidupkan dia? Untuk apa? Untuk memenuhi penghuni neraka? 

Bersambung

          

Older Post