S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/


I LOVE U MR ANNOYING (Chapter 1)
Saturday 23 March 2013 | 07:39 | 0 comments

  



      Matanya tidak lengkang dari memerhatikan jejaka yang berada kira-kira selang
satu baris meja makan darinya itu . Perlahan-lahan nafasnya ditarik panjang . Otaknya berfikir sejenak .

     Rizal Ikmal .

     Perlahan-lahan nafasnya dilepaskan . Rizal dah tak ada , dia dah pergi . Itu bukan Rizal , orang tu cuma mirip dengan dia je . Fikirnya sejenak . Perlahan-lahan air mata Erlina jatuh ke pipi .

“Hey . Lama tunggu? Sorrylah beb . Jem tadi .” sapaan Riana menghentikan lamaunannya . “Eh . Tak apa . Aku pun baru sampai tadi .” balas Erlina sambil mengelap tubir matanya . Dia tidak mahu Riana perasan yang dia sedang menangis .

“Eh ? What wrong with you ? Tadi kau nangis eh ?”

“Mana ada . Mata aku berpeluh je”

“Huh . Apa-apa je la . Kalau aku tanya sejuta kali pun jawapan kau sama je kan ? Tapi kalau kau ada masalah , kau boleh cerita dekat aku . Aku setia mendengar .”

      Erlina mengetap bibir . “Aku rindu dia .” sayup-sayup sahaja perkataan itu dilepaskan tapi masih jelas didengari oleh Riana . “Who ? Rizal ?” tanya Riana sambil kening sebelah kanannya terangkat sedikit .

“Hmm . Eh dah lah lupakan je la . Tadi kau cakap nak suruh aku temankan kau pergi try baju kahwin kan ? Jom .” Tangan Riana ditarik keluar dari restoran . Riak muka dan suaranya dibuat-buat ceria . Pelik Riana dibuatnya .

“Excuse me . Is this yours ?” Tanya lelaki berbadan tegap didepan mereka itu sambil menunjukkan beg jenama Carlorino . Nasib lelaki itu pantas mengejar mereka .

“Haa ! Saya punya lah tu . Thank you .” Jawab Erlina sopan . Cepat sahaja tangannya merampas beg yang berada di tangan lelaki bersut hitam itu . Gaya macam ahli koporat .

“Ohh . Nasib saya yang jumpa beg awak . Cuba orang lain ? Mesti dah kena samun , you should thank to me . By the way macam ni ke cara menunjukan terima kasih ? Main rampas je . Cuba mintak elok-elok .” Eh . Mamat ni poyo pula kan aku dah ucap ‘thank you’ pekak ke apa guman Erlina .

Kan . Saya dah cakap ‘thank you’ awak nak apa lagi ?” Muka Erlina berubah riak . Muka macam istri Goku pun ada .

“Ye laa . At least , belanja lah saya ke apa . Takan ‘thank you’ je ? Huh bosan la.” Jawab lelaki itu . Tangannya disilangkan kedua-duanya . Ahh , dah poyo tu poyo je la . Tolong dengan mengharapkan balasan baik tak payah . Muka dah la macam playboy . Telah Erlina .

“Encik…….”

“Ameer . Just call me Ameer .” potong Ameer .

“Encik Ameer , ni phone number Erlina . Kalau encik ada apa-apa encik call lah dia . Tapi encik tak boleh lah berdating dengan dia sekarang . Sebab hari ni dia kena dating dengan saya . Taaaa .” Belum sempat Erlina ingin membuka mulut , Riana sudah memotong . Siap menghulurkan sehelai kertas kecil kepada lelaki bernama Ameer itu . Badan Riana dicuit-cuit olehnya . Geram . Siapa yang suruh dia gatal bagi number orang .

“Lawa number . Tapi lagi lawa orangnya . k . See you next time” Puji Ameer kepada Erlina sambil mengenyitkan sebelah matanya dan berlalu pergi .

“Kenapa kau bagi number aku dekat dia ? Aku tak suka la” Erlina mula bersuara apabila kelibat Ameer semakin menghilang .

Ala . Aku bukan apa . Lagipun muka mamat tu ada iras-iras arwah Rizal lah . Aku tau masa aku belum sampai kau asyik usha dia je . Laaaa . Janganlah marah , aku ingat kau suka . Heee .”

“Aku cuba nak hilangkan kesan bila arwah Rizal dah tak ada . Tapi kenapa kau datangkan kesan tu balik ? Lagipun aku tak ready nak bercinta dengan mana-mana lelaki dah . Aku tak nak lupakan Rizal . Aku sayang dia .”

“Aku tak suruh pun kau lupakan Rizal tu and tak suruh pun jatuh hati dekat Ameer tu . Just kawan dengan dia . The end .”

“Hish ! kau ni kannn . Susah lah nak cakap dengan kau !”

Susah ke ? Senang je . Just buka mulut .”

“Dah la aku malas layan kau .”

“Tadi bukan kau kata susah ke nak cakap dengan aku ? Tu dah pandai .” Erlina menjeling Riana . Geram betul . Dia kenal dengan sifat Riana yang gila-gila itu . Kalau tak gila bukan Riana lah namanya . Dia senang berkawan dengan Riana . Riana seorang yang suka berterus terang dan Riana juga seorang yang periang . Jarang sekali dia nampak Riana menitiskan air mata .

“Hish ! Dah la . Jom . Kata nak pergi tengok baju pengantin .”

“Oh ! Ya ! Jom . Aku dah tak sabar ni nak kahwin . Dari perjalanan tadi aku dah fikir tema perkahwinan aku . Aku nak tema winter . Pelamin aku nak buat ala-ala duduk dekat awan . Sepanjang aku bersanding tu , ada fake snow turun . Kek 5 tingkat . Haih tak sabarnyaaaa nak kahwin .” Mak oi . Ada duit ke ntah minah ni . Angan-angan tinggi betul . Hmm . Mentang-mentang nak kahwin dengan orang berada . Boleh lah buat majlis besar besaran .

“Macam-macam lah kau ni . Tak rasa membazir ke ?”

“Apa pula membazir ? Kita kahwin ni sekali je . Sebab tu aku buat macam-macam .”

Ala tak ada benda tu semua pun boleh kahwin juga kan ? Majlis berjalan lancar .”

“Ehh . Suka hati aku la . Ni majlis kahwin aku . banyak cerita pulak .” Jeling Riana . Merajuk lah tu . Tahu sangat dengan sikap Riana yang manja tu . Tak boleh kena tegur . Dia pun sudah masak . Walaupun begitu , hubungannya dengan Riana tidak terjejas pun dengan perangai mengada-ngada Riana itu malah dia lebih senang berkawan dengan Riana .

“Alolo . Merajuk lah tu . Jom aku belanja kau aiskrim matcool .” Pujuk Erlina sambil membuat muka comel .

“Matcool je ? Ceh . Tak nak ! Baik kau belanja aku sewa baju kahwin tu nanti.”

“Pokai lah aku . Kau tu . Beli barang bukan tengok harga . Mentang-mentang family kaya . Mau 20 ribu ringgit aku melayang kalau belanja baju kahwin kau .”

“Hehehe .” Riana hanya membalas dengan sengihan kambingnya . Tak tahulah dia macam mana Adam boleh terikat dengan dia . Tapi tidak dinafikan Riana memang seorang yang cantik . Badannya tinggi lampai , kulitnya putih kemerahan . Lelaki yang memandangnya pasti akan cair .

                                                                       ++++++++++++++

     Badannya yang terasa sengal terus dihempas ke atas katil . Penat seharian menjadi PA kepada Riana atau lebih dikenali sebagai  tukang angkat paper bag  . Bukan dia tidak tahu yang Riana bila sudah bershopping . Kalau boleh seluruh mall itu dia nak beli . Tapi disebabkan majlis perkahwinan Riana semakin hampir . Dia mengalah . Bahunya diurut dengan tangannya kemudian jatuh ke pinggang . Mahu mati Erlina kalau Riana menyuruhnya tawaf dia shopping complex lagi .

     Telefon bimbit yang berdering itu dipandang lama . Mesti Riana telefon malas aku layan minah sewel tu . Ntah-ntah nak suruh aku buat kerja gila lagi . Haih . Telefon yang berdering itu dibiarkan . Tapi bunyi deringan telefon yang membingitkan itu dia jadi fed-up . Dah tukar ringtone lagu sedap-sedap pun memekikkan telinga lagi . Telefon yang berada di meja kecil di sebelah katil diambil kasar .

“Kau nak apa hah sewel ? Aku penat lah . Sekarang aku nak tidur . Jangan kacau aku dah . By the way esok aku nak kau belanja aku buat rawatan spa . Aku tak kira ! Nak patah tulang aku angkut barang kau semua . Hish !” 

“Errrr…..” Setelah Erlina habis membebel . Tiba-tiba dia terdengar suara garau lelaki di talian . Eh ? Sejak bila minah nih buat pembedahan suara jadi garau .

“Saya ganggu awak ke ? Awak penat ke ? Maaflah . Saya call awak tak ikut time .” Tanya orang yang berada dia talian itu . Sedikit gagap tapi ayat yang ditutur masih lancar .

”Hoi . Riana sejak bila kau tukar suara ?” Kekok pula dia bertanya . Ke dia salah orang . Alamak . Mampus . Selalu sahaja dia menjadi begini . Selepas dikulikan oleh Riana apabila pulang  , Riana sering menelefonnya . Pernah sekali disangka Riana yang menelefonnya . Rupanya bos dia yang menelefonnya untuk bertanyakan tetang proposal syarikat yang telah diamanahkan olehnya untuk menghantar kepada syarikat  Am Holding . Nasib baik bosnya itu hati mulia . Faham dengan tingkah Erlina yang tiba-tiba bertindak begitu .

       Dihujung talian jelas kedengaran ada suara yang mengekek ketawa .

“Saya ni . Ameer .” Mata Erlina terbutang . Telefon yang dilekap pada telingannya dilihat . Ah . Dia salah orang . Bukan Riana  yang telefon . Buat malu je . Habis keayuan dia tercalar tadi .

“Hah ? Apa ? Err . Ameer . Hah . Awak nak apa ?” Tergagap-gagap . Malu ingin berkomunikasi dengan Ameer sebegitu . Kalau dia tahu Ameer . Dia campak je telefon tu tadi .

“Awak nak rawatan spa ke ? Tak apa saya boleh belanja . Riana tu yang bagi awak number phone awak kan ? Tu lah kalau awak tak ikut dia and awak ikut saya pergi dating tadi . Mesti tak jadi macam ni .” Bebel Ameer . Dia ni harap je lelaki . Bab membebel kalah mamanya itu . Keluhan lemah dilepaskan .

“Awak nak apa call saya ni ?”

“Kenapa ? Tak suka ?”

“Memang pun .”

“Saya nak ajak awak keluar malam esok boleh ? kalau awak tak keberatan lah . Please”

“Tak nak .”

“Tapi saya nak .”

“Tapi saya tak nak .”

“Esok . Pukul 8.00 malam . Saya ambil awak dekat rumah .” Huh . Bukan dia tahu rumah aku dekat mana pun . Baru je kenal tengahhari tadi . Story lebih lah mamat ni .

“Apa-apa je lah” Balas Riana acuh tak acuh .

Cuba awak tengok depan rumah awak .”

“Hah ?”

“Saya kata . Cuba awak tengok depan rumah awak .” Dengan penuh rasa hairan . Erlina bingkas bangun dan menyelak sedikit langsir di penjuru tingkap . Tak ada apa-apa pun . Hmm . Merepek la mamat ni .

“Mana ada apa-apa .”

Ada la . Awak tak nampak ke ada hantu kat sebelah peti surat awak tu ?” Air liur ditelan . Pantang dia dengar perkataan ‘hantu’ itu . Pernah sekali dia ke kem dan dikerjakan oleh budak-budak lelaki yang turut sama mengikuti aktiviti perkhemahan  di dalam hutan . Semasa dia ingin ke tandas . Ada pula dia ternampak lembaga berbaju putih sedang berdiri depannya . Pengsan 2 hari tak bangun . Kalau dia dapat kenakan mamat-mamat tu semua memang dia smackdown habis . Getus Erlina .

“Mana ada apa-apa . Hei ! Jangan merepek lah . Dah saya nak tidur .”

“Hei . Kejap la . Saya gurau je pun . Takut ek ? hahaha . Awak turun la . Saya depan rumah awak ni .” Membulat mata Erlina .  Ameer tahu rumah aku ? Macam mana dia tahu ? Bertubi soalan dibenak fikirannya kini . Baru je kenal tengahhari tadi . Dah tahu rumah aku . Perlahan langsir berwarna krim itu diselaknya lagi . Ameer !

“Tak nak lah saya . Malas nak turun . Mana awak tahu rumah saya dekat sini ?”

“Adalah . Kalau nak tahu . Awak turun la . Bosan lah berdiri sini lama-lama .”

“Ye la . Ye la . Awak tunggu situ .” Dengan malasnya Erlina turun untuk ke halaman depan rumah . Menyusahkan betul si Ameer ni .

        Perlahan-lahan pagar rumah dibuka . Tiada pula Ameer disitu . Lampu jalan yang malap menerangi jalan . Sunyi . Memerang bulu roma Erlina .  Kaki mula melangkah keluar perlahan-lahan . Tak nak bagi hantu dengar . Memang dia trauma dengan hantu . Takut-takut yang menelefon dia tadi pun hantu . Macam-macam benda merepek dibenak fikiran Erlina sekarang . Puas dia mencari kelibat Ameer . Tapi tiada .  Disebabkan malas hendak dia melayan karnah Ameer itu dia mengambil keputusan unuk masuk ke rumah . Ketika dia hendak memusingkan badan untuk masuk .

“Baaaaaaaaaaaaa !” Jerit lembaga hitam didepannya . Sambil membuat reaksi muka minta penampar dengan kedua-dua belah tangannya terangkat . Hampir pengsan Erlina .

“Mama ! Pocong !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Jerit Erlina . Bergegar satu taman . Dia dah tak kisah tanggapan jiran-jirannya kepadanya . Otaknya tidak boleh berfikir . Badannya lemah . Dia tersandar di pagarnya sambil menutup mata dengan harapan dia pengsan . Memang dia tak sanggup nak tengok hantu walaupun buatan manusia sekali pun .

 “Heyyy ! I’m just joking .” Jawab lembaga itu . Lembaga mana pula sesat dekat Malaysia ni . Siap speaking lagi .

“Pergi-pergi ! Aku tak nak tengok muka kau ! Sama ada kau faham ke tak bahasa aku pergiii ! Shuuuu . Shuuuuu .” Matanya masih tertutup rapat tetapi tangan bergerak kehadapan tanda menyuruh ‘hantu’ itu beredar pergi .

“Hey . This is me . Ameer . Jangan lah takut .” Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka . Ameer ! Tanpa sedar . Badan sasa itu dipeluk erat . Ameer terkedu dengan tindakkan spontan Erlina . Tetapi segaris senyuman nakal tetap melekat di bibirnya .

“Ameer …..”

“Ya ?”

“Hantu tu dah pergi ke ?”

“Dah .”

       Perlahan-lahan pelukan dileraikan oleh Erlina .

“Kenapa lepas ?”

“Ha ?”

“Peluk lah lagi . Saya suka”

        PAP ! Tamparan hinggap di pipi Ameer . Gatal lagi .

“Aduhhh ! Sakit lah !”

“Buat lah macam tu lagi ! Kalau awak rasa nak makan penumbuk sulung saya .”

“Buat apa ? Mana ada saya buat apa-apa .”

“Jembalang tadi ! Awak kan ?”

“Saya bergurau je la tadi . Tak tahu pun awak ni jenis pengecut . Haha .”

“huh .” Dengusan kasar dilepaskan . Perlahan-lahan Erlina bangkit dari duduk di tar jalan itu .

“Awak . Saya nak tuntut jasa baik saya dari awak .”

“Huh ? Tak boleh ke esok lusa call ke . Menyusahkan orang je .”

“hehe .” Ameer tesenyum . Oh . Bukan senyum . Ianya lebih kepada sengih . Sengih ala-ala kambing .

“Awak nak apa datang sini ?”

“Saje . Cuci mata . Lagipun tadi saya tak ada kerja so saya ambil keputusan untuk ikut awak . Tak sangka orang perempuan lagi kuat dari lelaki . Saya yang lelaki ni pun tak larat nak pusing satu mall macam kau orang berdua . Haha . Tadi tu , siapa yang nak kahwin ?"

"Riana ."

"Oh . Nasib baik ."

"Kenapa ?"

"Ye la . Saya ingat awak yang nak kahwin . Kalau tak melepas lah saya ."

"Saya dah bertunang ."

"Haha . Pandai awak buat lawak . Orang macam awak ada ke lelaki nak ? Macam singa betina je ."

"Heiii ! Singa betina pun tapi saya comel ."

      Ameer hanya tersenyum . Erlina terkedu . Muka dia sama macam arwah Rizal . Senyuman dia pun sama . Memang tak dinafikan memang muka Ameer ada iras-iras Rizal . Cuma Ameer mempunyai lesung pipit dibelah kiri . Lama Erlina merenung Ameer .

"Jangan lah tengok saya macam tu . Saya tahu lah saya hensem ." Suara Ameer mengejutkan lamunan Erlina .  Entah kenapa tiba-tiba air matanya mengalir laju . Kepalanya ditundukkan . Dia tak sanggup nak lihat wajah Ameer yang memang seiras dengan Rizal .

      Ameer yang melihat air mata Erlina tu diusap perlahan . Dia tidak tahu mengapa Erlina menangis tetapi wajah Erlina menenangkannya  . Kenapa pulak minah ni menangis . Hish . Aku cakap aku hensem pun nak nangis . Sedih sangat ke ayat aku tadi ? Nangis tak ikut timing betul . Telah Ameer .

"Kenapa awak nangis ?"

"Tak ada apa-apa . Saya cuma teringatkan seseorang . Seseorang yang saya rindu . Seseorang yang berjaya menggetarkan jantung saya dan seseorang yang pernah bertaktha di hati saya ." Lembut sahaja suara Erlina . Walaupun begitu . Entah kenapa ada bait-bait cemburu di hati Ameer . Walaupun Ameer hanya sekadar mahu bersuka ria dengan Erlina tapi setiap kali dia terpandang wajah mulus Erlina degupan jantungnya menjadi kencang dan menyebabkan perasaan ingin lebih mengenali Erlina dengan lebih dekat mucul dihatinya  .

"Maksud awak tunang awak ?"

    Angguk .

"Call lah dia ." Jawab Ameer acuh tak acuh . Sungguh . Hatinya terguris dengan setiap patah perkataan Erlina .

"Saya tak boleh ."

"Kenapa ? Credit habis ke ? Nak pijam phone saya ?"

     Erlina menghamburkan ketawa .

"Jumpa esok Ameer ." Balas Erlina .

"Betul ? Awak setuju nak jumpa saya esok ?"

     Erlina menangguk .

     Ameer tersenyum puas . Tidak tahu kenapa . Dia sangat gembira . Yang pasti dia dan Erlina akan keluar bersama .

"Kita berdua je tau !" Ameer mengingati Erlina . Erlina hanya tersenyum .

"K lah saya nak balik dah . Jangan lupa . Esok . Pukul 8 malam . Saya ambil awak . Kalau awak tak siap . Saya yang akan siapkan awak . Bye sayang .” Jawab Ameer lagi .

“Huh . Apa-apa je la .” Jeling Erlina pada Ameer . Sayang ? Meluatnya . Ameer ni jenis suka melalut ke ? Huh . Ada juga orang macam Ameer ni .


Bersambung...

Older Post | Newer Post