S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/


I Love You Mr Annoying (Chapter 7)
Sunday 7 April 2013 | 03:11 | 0 comments





3 Bulan Kemudian .

“Apa Ezelyn lari ? Dia tak nak kahwin ? Tapi kenapa ?” Tanya Pn Sri Farah kepada Datin Erin .

“Maaflah Farah . Akak pun tak tahu apa tujuan dia buat macam tu . Lagi seminggu je mereka punya akad nikah dengan majlis bersanding .”

“Kak Erin . Saya tak faham . Walau apa pun yang terjadi majlis tu harus diteruskan . Farah tak nak tanggung malu .”

“Macam ni je lah Farah , akak akan cuba cari Ezelyn sampai dapat tapi kalau tak dapat juga Farah buat lah apa yang Farah nak . Akak pun dah tak larat nak layan si Ezelyn tu kejap nak , kejap tak nak .”

“Tak apa la kak, Farah akan fikir dulu .”

“Hmm . Akak pergi dulu ye , Farah . Kirim salam dekat Darwisy .”

“Baik kak .”

       Pn Sri Farah mengikuti langkah besannya , Datin Erin . Usai kereta yang dipandu oleh pemandu Datin Erin pergi . Pn Sri Farah masuk ke dalam rumah . Punggungnya dilabuhkan disofa . Pening sungguh dia apa yang terjadi . Semuanya dalam sekelip mata .

“Ma , Ameer dah dengar semuanya .” Kata Ameer yang masih lagi berdiri di atas tangga . Kemudian perlahan-lahan dia menuruni anak tangga mendekati mamanya .

“Ma . Kita boleh batalkan perkahwinan tu kan ? Ameer tak nak kahwin ma . Please .”
Sambung Ameer lagi . Dia beharap sangat Pn Sri Farah akan termakan dengan pujuk rayunya .

“Ameer . Apa sekalipun yang berlaku . Perkahwinan ni mesti diteruskan . Ameer kena kahwin . Satu Malaysia dah tahu anak Tan Sri Tengku Darwisy iaitu Tengku Ameer Muaz akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi .”

“Itu tak penting lah . Diaorang bukan kenal Ameer pun . Apa diorang kesah ? Ntah-ntah selak surat khabar nak tak nak je .”

“Ameer kenal papa kan ? Papa tu orang macam mana ? Tak kisah lah orang lain nak kesah ke tidak . Habis macam mana dengan kawan-kawan papa semua tu ? Mana papa nak letak muka kalau dapat tahu majlis dibatalkan ?”

“Ezelyn dah lari . Mama nak buat apa ? Nak gantikan Ezlyn ?”

“Kalau itu jalan yang terbaik .”

          Ameer mendegus . Lantas dia keluar dari rumah dan pergi ke kereta miliknya . Ameer memecut laju kereta yang dibawanya keluar .

                                                                            +++++++++

         Pantai dihadapannya itu dipandang sekilas . Di sinilah dia dilamar oleh Ameer untuk kali kedua . Tapi masih lagi ditolak mentah-mentah olehnya . Nafas ditarik sedalam-dalamnya kemudian dihembuskan perlahan-lahan .

“Aku ni pentingkan diri ke ?”

“Kenapa aku datang sini ? Aku rindu dia ?”

“Huh . Tak . Semua orang tahu minggu depan dia nak kahwin .”

        Matanya semakin kabur . Sudah 3 bulan dia tidak berjumpa dengan Ameer selepas kejadian itu berlaku . Dalam masa 3 bulan itu jugalah . Dia terlalu rindukan Ameer . Walaupun mereka kenal dalam masa yang singkat , tapi mereka sudah mengenal diri masing-masing .

“Dia sibuk dengan majlis kahwin dia ke ? Sebab tu dia tak nak jumpa aku ?” Pelbagai soalan di benak fikirannya kini .

“Kenapa ? Kenapa ? Kenapa aku asyik teringatkan dekat dia ? Tak . Aku cuma rindukan Rizal bukannya Ameer . Ya . Aku rindukan Rizal .” Matanya ditutup rapat . Mengharapkan dia sedang bermimpi . Dia mahukan kehidupannya yang dulu .

     Dulu dia seorang yang periang . Bukan seorang yang lemah dan selalu menitiskan air mata .

“Termenung jauh huh ?” Sapa seseorang dari belakang .

      Erlina memusingkan kepalanya sedikit . Bibirnya mengukir senyuman manis .

Azrul !

         Azrul adalah rakan seuniversiti dengan Erlina dahulu . Azrul adalah kawan baik Erlina dahulu . Azrul juga tempat Erlina mengadu dan meluahkan perasaan . Azrul memang seorang yang baik . Azrullah orang yang selalu memberi semangat kepada Erlina dahulu .

“Buat apa dekat sini ?” Tanya Azrul ramah .

“Tak adalah . Saja . Jalan-jalan . Tiba-tiba nampak kau pula kat sini . Aku tegur ah .”

“Ohhh . Jalan-jalan dengan Aleysha ?”

“Heyyy ! Mana ada . Kami gaduh .” Jawab Azrul hampa .

“Kenapa ?”
“Ehh . Macam mana dengan life kau ? Husband kau mana ? Sorry lah aku taka tang majlis kahwin kau hari tu . Aku busy .” Soalan dibalas dengan soalan . Erlina masih lagi membisu . Azrul tak tahu ke perkara sebenar ?

“Azrul . Kami tak kahwin .”

“Ha ? Kenapa ? Gaduh ?”

      Erlina menggeleng .

“Rizal kemalangan . Dia dah tak ada .”

     Azrul terlopong . Sungguh ia tidak tahu berita itu .

“Inalilahi wainalilahi rojiun” Sebaris ayat terbit dibibir Azrul .

“Sorry . Aku tak tahu pun cerita ni . Aku tak ada masa pun ambil tahu . Aleysha pun tak ada beri tahu aku pun .”

“Tak apa . Aleysha pun tak tahu sebenarnya .”

“So . Kau tak ada penganti ke ?”

     Erlina ketawa mengekek .

“Apalah kau ni . Tak ke masih terlalu awal untuk ada penganti ?”

“Salah ke ?”

“Bukan salah . Cuma nanati apa pandangan orang lain .”

“Perlu ke ambil kira panangan orang ? Kau ni Er tak berubah dari dulu . Still dengan perangai keras kepala dengan ego kau tu .”

    Erlina menjeling .

“Kau terlalu ikutkan prinsip hidup kau Er . Cuba kau jadi diri kau sendiri ? Aku tahu kau pun tak nak life kau yang sekarang kan ? Dari jauh aku dah dapat tengok kau yang kau ni ada masalah .”

“Masalahnya . Ini lah diri aku .”

     Azrul hanya tersenyum .

“Aku dah lama kenal kau Er . Kau tahu kan aku ni dah lali dengan perangai kau sampai aku boleh baca fikiran kau . Aku memang tak dapat tahu apa masalah kau tapi aku tahu kau cuba nak lari dari masalah .”

“Aku bukan nak lari dari masalah . Aku cuma nak ….”

“Kau cuma nak masalah kau ni selesai engan cepat ? Huh ?” potong Ameer .

“Bukan ke bunyinya sama saja ?” jawab Ameer lagi .

“Tak sama k ! Aku nak selesaikan . Bukan lari !”

“Tapi kau nak selesaikan dengan cepat kan ?”

“Erghhh kau ni !”

       Azrul ketawa .

                                                                            +++++++++

         Rantai berwarna perak itu ditilik berkali-kali . Baginya tiada apa yang menarik tentang rantai itu . Terasa ingin sahaja rantai ini dicampak ke dalam tasik yang dihadapannya itu .

“Bagus sangat ke Rizal tu kalau nak dibandingkan dengan aku ?” Tanya Ameer kepada dirinya sendiri .

       Sudah 3 bulan dia tidak berjumpa dengan Erlina . Dia tidak mahu berjumpa dengan Erlina . Dia berhasrat untuk tidak mencari Erlina . Dia inginkan ketenangan .

                                                                                 ++++++++++

*FLASHBACK*

“Saya tak cintakan awak . Saya cintakan Rizal . Awak sanggup ke kahwin dengan saya sedangkan saya cintakan orang lain?”

“Orang lain yang awak cinta tu dah mati .”

“Dia memang dah mati . Tapi bagi saya cinta kami tak pernah mati .”

“Awak sedar tak yang selama ni awak hanya kejar bayang-bayang Rizal sahaja selama ni ?”

“Diam Ameer ! Diam !! Saya tak suka awak cerita pasal Rizal lagi . So please .”

*END OF FLASHBACK*

                                                                                 ++++++++++

“Jadi macam mana dengan persiapan majlis anak teruna awak tu nanti ?” Tanya Pn Nely kepada Pn Sri Farah . Pn Sri Farah memang seorang yang peramah dan berhati mulia . Pn Sri Farah juga tidak lah terlalu mengira dan dia juga seorang yang tidak memetingkan taraf . Mereka kenal disebabkan Pn Nely adalah pelanggan tetap di spanya itu . Hampir setiap hari Nely datang untuk membuat rawatan di spanya itu .

“Hmm . Macam tu lah .” Jawab Pn Sri Farah lemah . Tangannya masih lagi menyelak helain majalah yang disediakan di spanya itu .

 “Apa pula macam tu lah ? Ada masalah ke ?” Tanya Pn Nely lembut kepada kawan baiknya itu . Dia dan Pn Sri Farah sudah seperti adik beradik . Pn Sri Farah yang menyuruhnya agar dia tidak memanggil gelaran ‘Pn Sri’ apabila berborak .

“Ye lah . Budak-budak . Tahu lah kan ? Suka sangat buat perangai . Pening jadinya .”

Ala . Budak-budak biasa lah tu . Layan sahaja la . Tapi jangan selalu sangat bagi muka dekat diaorang .”

“Sebab terlalu bagi muka lah jadi macam ni .”

“Kenapa ni ? Cuba beri tahu saya . Apa masalah awak . Mana tahu saya boleh tolong . Saya bukan nak masuk campur hal keluarga awak semua tapi ye lah kan .”

“Pengantin perempuannya lari pula . Pening jadinya .”

“Hah ? Macam mana boleh jadi macam tu ?”

“Entah lah .”

“So . Apa plan awak ?”

“Hmm . Terfikir juga saya nak gantikan tempat pengantin perempuan . Tapi nak cari dekat mana dalam masa yang singkat kan ? Mungkin kena cari idea lain .”

“Tak nak try tanya kawan-kawan awak yang ada anak dara tu ke ?”

“Hmm . Entah lah . Saya bukan apa . Saya tak berkenan lah pula dengan diaorang semua .”

“Awak ada anak perempuan kan Nely ?” tanya Pn Sri Farah kepada Pn Nely .

“Ehh . Ye . Kenapa ?”

“Apa nama dia ?”

“Nelydia Erlina . Kenapa pula ? Berkenan ke ?” Tanya Pn Nely . Di hujung ayatnya kedengaran ketawa dihamburkan .

“Kalau tak keberatan tunjuk lah gambar . Mana tahu saya berkenan ke .” Balas Pn Sri Farah .

      Pn Nely tersenyum .

“Apa lah awak ni . Saya ni bukan orang kaya pun . Biasa-biasa je . Anak saya tu pun bukan cantik mana pun . Mana lah layak nak dibuat menantu Farah .”

“Nely . Awak pun kenal saya kan ? Saya bukan menilai orang dari segi taraf seseorang tu .”

    Lantas Pn Nely mengambil tas tangannya . Dikeluarkan telefon bimbitnya dan menekan-nekan sesuatu . Entah apa yang ditekannya . Kemudian dia menghulurkan telefonnya kepada Pn Sri Farah .

“Ini lah Nelydia , anak saya .”

“Ini ?” Tanya Pn Sri Farah . Dahinya berkerut seribu .

“Ye . Kenapa Farah ? Muka dia macam hantu ke ?”

“Haha . Ada-ada je lah awak ni . Bukan . Lawa orangnya , sesuai sangat dengan nama dia .”

“Nasib baik tuan punya badan tu tak ada kalau tidak kembang kempis jadinya . Tapi Nelydia ni dah bertunang . Tapi tunangnya meninggal semasa nak jalankan akad nikah .”

“Oh .” Balas Pn Sri Farah pendek .

“Macam mana kalau saya hantar rombongan merisik ? Setuju tak ?”

“Ehh ? Farah . Awak ni betul ke nak menantukan si Nelydia ni ?” Tanya Pn Nely dengan nada separa menjerit . Jelas dia sedang terkejut kini . Ialah , dia akan berbesan dengan bukan calang-calang orang . Seperti dia sedang bermimpi sahaja .


                                                                                 ++++++++++


“Assalamualaikum . Apa khabar ?” Tanya Nelydia kepada ibu kesayangannya usai dia menyalami tangan ibunya itu .

“Waalaikumussalam . Kahbar baik . Meh lah masuk dulu .” Pelawa Pn Nely .

“Ayah dekat mana bu ?”

Ada . Dekat dalam . Jom lah . Nel ni , rumah kita dekat je . Kenapa tak selalu jengguk ibu ?” tanay Pn Nely ada nada merajuk di ayatnya itu .

Ala . Sorry la ibu . Nel busy lah .”

Kan ibu dah cakap tinggal je dengan ibu dan ayah . Boleh jimat duit . Lagipun rumah kita bukan jauh mana .”

“Nel Cuma nak berdikari je . Heee . Ibu dah lah jom masuk . Ibu masak apa hari ni ?”

“Ish . Nel ni . Balik-balik benda tu je dia tanya . Makan , makan , makan . Cuba diet sikit .”

“Nel dah kurus . Nel nak diet apa . Hehe . Jom lah ibu .” Kata Erlina sabil menarik tangan ibunya untuk memasuki kedalam rumahnya itu .

                                                                                 ++++++++++

“Ibu ! Nel tak setuju ! Apa ni ? Ni ke tujuan ibu suruh Nel balik ? Kenapa tak bincang dengan Nel dulu sebelum terima lamaran orang tu ?”

“Nel . Please . Dengar cakap ibu . Nel kahwin dengan Muaz ye ?”

“Ibu !”

“Nel . Kami dah terima lamaran tu . Lagipun , keluarga Muaz tu bukan calang-calang orang .”

“Ayah ! Tak kisah lah dia anak orang kaya  ke anak raja ke . Nel tak suka lah ayah !”

“Ibu tengok dia tu hensem . Mesti Nel suka . Lagipun muka dia tu iras-iras macam…..” Belum sempat Pn Nely hendak menghabiskan ayatnya , Encik Aliff sudah berdeham . Encik Aliff tidak mahu mengingatkan Erlina kepada Rizal . Dia tidak mahu Erlina bersedih lagi . Ibubapa mana yang suka melihat anak sendiri bersedih dan murung sepanjang masa .

“Nel setuju ya ? Kahwin dengan Muaz ?”

     Erlina resah . Otaknya ligat mencari jawapan . Wajah ibu dan ayahnya dipadangan silih berganti .

Bersambung...

Kalau ada typo . Sorry ! Aku malas nak check . Btw sorry selekeh sikit storyline -.- ni pun idea last minutes xoxo . 

Older Post | Newer Post