S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/



Older Post | Newer Post
I Love You Mr Annoying (Chapter 9)
Saturday 27 April 2013 | 23:54 | 0 comments



 Kedua belah tangannya masih lagi menekan perut yang terasa sakit itu . Mata dipejamkan erat . Tidak pernah dia merasakan sengugutnya seteruk itu .

      Ameer masuk ke dalam bilik tidur mereka . Matanya tertancap pada kelibat wanita yang sedang berbaring diatas katil sambil tangannya menekan-nekan perutnya . Ameer kehairanan . Sakitkah dia ?

“Kenapa ni ?” Soal Ameer cemas sambil merapati tubuh isterinya itu .

“Sakit .”

“Awak makan apa tadi ? Kenapa ni ? Awak jangan lah macam ni . Saya tengok dah macam lain macam je .” Ameer resah . Peluh sudah memercik badannya kini .

“Saya tak tahu . Saya rasa saya nak…”

“Awak janganlah tinggalkan saya . Saya sayang awak Erlina ! Please . Jangan tinggalkan saya .”

“Apa awak merepek ni ? Saya sengugut je lah .” Erlina merengus . Dia ingat aku nak mati ke ?

“Erk ? Laa mati-mati saya ingat awak nak …. Hmmm tak apalah . Asalkan saya tahu awak sekurang-kurangnya sakit sebab sengugut sudah lah .” Balas Ameer lalu merebahkan badannya di sebelah Erlina .

       Erlina hanya mendiamkan diri .

“Awak nak saya urut perut awak tak ?” Tanya Ameer setelah lama mereka hanya mendiamkan diri .

        Mulut Erlina sedikit terlopong . Eeeee , tak malu betul Ameer ni selamba badak dia je nak offer urut perut orang . Telah Erlina .

“Tak apa . Saya okey ni . Kalau sakit sangat saya suruh awak urut ya .”

“Awak ni degil lah .” Kata Ameer sambil bangun dari pembaringan . Badan Erlina ditarik perlahan , menyuruh Erlina baring ke ribanya . Erlina hanya akur . Tidak pula dia membantah .

        Baju tidur Erlina yang berkain satin itu diselak . Ameer meletakkan sedikit minyak angin sebelum dia mengurut lembut perut isterinya itu . Dada Ameer sedikit berombak namun dibuat-buat tiada apa yang berlaku . Erlina yang mula selesa dengan berkeadaan begitu sedikit terlelap .

       Ameer tersenyum . Sedap sangat lah tu aku urut sampai tertidur . Tadi tolak sangat offer aku . Huh . Wajah isterinya itu diusap perlahan . Tidak pernah terlintas difikirannya Erlina akan menjadi miliknya lagi selepas dia hampir sahaja putus harapan kerana ditolak oleh Erlina untuk kali yang kedua .

                                                                     ++++++++++++

          Matanya dibuka sedikit . Cahaya matahari yang menyilau dari arah berlakangnya menyakitkan matanya . Keluhan berat dilepaskan . Nasib hari ini dia diberikan cuti , jika tidak pagi-pagi lagi dia sudah mendapat dosa percuma kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah .

          Tangan yang melingkari pinggangnya dipeluk sekilas . Beratnya tangan dia ni . Telah Erlina semasa hendak memusingkan badannya menghadap Ameer . Wajah Ameer ditenung . Lama . Tidak sedar tangannya sudah mengusap-usap pipi Ameer yang masih lagi lena . Wajah Ameer dipandang dari mata kemudian hidung dan jatuh ke bibir .

         Hatinya tiba-tiba menjadi sebak . Rizal Ikmal . Sebaris nama itu mula menerjah masuk ke fikirannya kini . Cepat-cepat diusirnya fikirannya itu . Dia harus melupakan Rizal . Sekarang dia milik Ameer dan bukannya Rizal . Hatinya mula sayu . Kenapalah dia masih perlu memikirkan Rizal sedangkan Ameer sangat baik padanya . Dia mula serba salah .

        Walaupun sudah 2 minggu perkahwinan mereka tetapi Ameer masih lagi melayannya baik walaupun dia masih tidak bersedia menjadi isteri sepenuhnya  kepada lelaki itu . Perbuatan Ameer semalam membuatkan dirinya sedikit terharu . Lagi-lagi semalam dia melihat Ameer yang hampir kelam kabut dan serabut itu gara-gara sengugutnya semalam yang terlampau sakit . Jelas sekali lelaki itu benar-benar tulus mencintai dirinya dan tidak mahu kehilangan dirinya .

        Keluhan kecil dilepaskan . Seraya badan sasa lelaki itu dipeluknya erat .

        Ameer terjaga dari tidurnya apabila merasa ada seseorang yang memeluknya erat kini . Mata dicelikkan sedikit . Erlina . Senyuman menghiasa di bibirnya . Tidak menyangka yang dirinya dipeluk oleh Erlina erat .

“Good morning . Semalam lena tidur ? Perut dah okey ? Eh sekarang pukul berapa ? Ahh penatnya .” Kata Ameer sambil mengeliatkan sedikit badannya .

“Morning . Banyaknya soalan awak tanya ni , Satu-satu lah . Semalam lena je saya tidur sebab ada orang jaga lah . Perut saya dah okey dah sikit ni . Sekarang pukul entah saya pun tak tahu yang pasti matahari dah terpacak . Penat ? kenapa ni ?”

“Huh . Memang lah lena dah saya yang jaga awak sampai saya kejutkan awak nak solat Subuh pun tak jaga . Lupa pula saya awak cuti . Heee . Penat sebab awak lah semalam asyik mamai je .”

“Ehh mana ada saya mamai ! Menipu je !”

Ala awak tengah tidur memang lah tak perasan .” Tersenyum dia apabila teringatkan Erlina yang mengigau memanggil dirinya sebagai abang .


                                                                        ````````````````
                                                  
“Abang , sayang sakit kaki pula lah tolong urut kaki sayang pulak .” Ameer melihat keadaan isterinya yang kelihatan mamai tu tersenyum .

“Abang ni tak sweet lah ! Cuba jadi sweet macam cerita dalam buku novel tu . Baru Er sayang dekat abang .” Wajah Erlina dipandang yang mengerutkan dahi itu tetapi matanya masih lagi tertutup . Entah apa yang isterinya itu mimpikan entah . Huh spesis mengigau rupanya minah ni . Kau nak aku sweet macam buku dalam novel ya ? Tunggu kau bila kau dah jaga nanti . Senyuman lebar dilemparkan .

“I love you , Tengku Ameer Muaz .” sambung Erlina lagi yang masih keadaan ammai itu .

                                                                               ``````````````

“Awak ni kenapa sengih-sengih ? Macam orang kurang siuman je .” Kata-kata Erlina mengembalikan Ameer ke alam nyata .

“Eh tak ada apa-apa lah .” Balas Ameer sambil bagaun dari pembaringan . Badan yang terasa lenguh itu dipusing-pusingkan sedikit .

“Kenapa ni ?”

“Tak ada . Rasa lenguh sikit .” Jawab Ameer sambil mengurut bahu belah kirinya sendiri .

      Lantas Erlina mengurut lembut kedua-dua belah mahu Ameer itu . Ameer agak terkejut dengan tindakan yang tidak terduga isterinya itu hanya mengukir senyuman .

“Kesian awak jaga saya semalam . Nah ni upah . Sedap tak ?”

“Wah cepatnya dapat upah . hmm sedap lega je . Tapi lagi best kalau upah dia awak baring atas katil then saya peluk awak ketat-ketat .” Muka Erlina sedikit berbahang namun dia berlagak selamba . Tangannya masih lagi mengurut bahu Ameer .

“Awak .” Panggil Ameer perlahan

“Hmm ?” Gumam Erlina .

“Saya nak awak tunaikan satu permintaan untuk saya boleh ?”

“Errrr ? Boleh nak apa ?”

“Kalau saya nak awak panggil saya abang boleh ?” Erlina berhenti dari mengurut bahu Ameer .

“Eh ?”

“Kenapa ? Tak nak ke ? Err tak apa lah .”

“Er tak , bukan . Maksud saya . Huh .”

“Jadi awak setuju ?”

“Boleh tak beri saya masa ?”

“Huh . Panggil ‘abang’ pun nak kena beri masa .”

“Ameer…..”

“Ye sayang ?”

“Eeeeeeiw, Mengadalah awak ni . Hmm sakit lagi tak bahu awak ni ?”

“Tak dah . Okey sikit .”

“Okey lah kalau macam tu saya keluar dululah .” Belum sempat Erlina hendak turun dari birai katil . Tangan Ameer sempat mengahalang . Erlina memalingkan kearah wajah Ameer . Dipandang dengan pandangan kosong .

“Awak nak pergi mana tu ? Saya sakit lagi lah .” Tangan Erlina masih belum dilepaskan malah semakin erat digengam oleh Ameer .

“Tadi kan awak kata awak kata bahu awak dah okey .”

“Itu bahu . Awak tak tanya pun anggota badan saya yang lain .”

“Eh ?”

         Ameer tersengih menampakan barisan giginya putih . Ditariknya Erlina duduk berhampiran dengannya dan menghadap dia . Kemudian tangan Erlina dibawa ke dada belah kanannya .

“Saya sakit dekat sini lah awak .” Kata Ameer sambil membuat muka meminta simpati .

“Ish . Mengadalah awak ni . Dah lah saya nak masak nanti kesian pulak dekat suami saya ni kelaparan .”

        Ameer tersenyum .

“Kalau hari ni saya nak makan awak je boleh ?”

         Tamparan halus hinggap dibahu Ameer .

“Auch . Sakitlah sayang .”

“Mengada . Dah la awak pergi mandi . Busuk lah .”

“Eleh dia yang busuk . Saya dah mandi la masa subuh tadi .”

“Oh ye ke ? Heee .”

“Tapi kalau awak nak ajak saya mandi semula boleh je .” Sengihan dilemparkan .

“Awak ni ! Ish .”

                                                                     ++++++++++++

        Bau makanan memasuki rongga hidungnya kini . Harum . Perlahan-lahan kaki melangkah masuk ke kawasan dapur . Ameer hanya mermehati tingkah Erlina yang sibuk mengaul masakannya untuk dimakan tengahhari nanti . Bibir mencoretkan senyuman . Perlahan-lahan tubuh isterinya itu didekati .

“Sayang masak apa tu ?”

“Hah ? Er masak udang masak merah , sayur campur dengan ayam goring .”

“Banyaknya .”

Ala kalau tak habis makan sekali dengan makan malam . Tak adalah membazir .”

         Kepala dianggukan tanda setuju .

“Eh . Bau apa ni ? Busknya” Soal Erlina

          Ameer tersengih .

“Saya baru habis basuh kereta tadi . Mana ada busuk . Bau sabun adalah . Nah bau .” Balas Ameer sambil mendekatkan badannya menghampiri Erlina .

“Eeeeei, busuk pergi mandi lah ! Bau peluh .”

“Teman saya nak ?”

“Mengadalah . Tak siap makanan ni karang . Kang tak makan lapar lah rengek sana renget sini . Rimas .”

“Sampai hati awak rimas dengan saya . Dah la nak merajuk .”

“Pergi laa tak heran pun .”
  
“Ish . Tak sweet lah Er ni . Huh .”

“Suka hati lah . Dah la pergi mandi .” Erlina menjelir lidahnya kemudian ditolak badan Ameer menyuruhnya naik ke atas dan mandi .

“Ye la . Ye la .”

                                                                      ++++++++++++


         Ameer masih lagi menguyah makanan yang dihidangkan oleh Erlina . Sudah banyak kali dia tambah .

“Sedapnya .”

“Mesti lah . Tengok lah siapa masak .”

“Eleh . Dah saya tolong memang lah sedap .”

“Sorry ? Awak tu tolong kacau saya adalah . Duduk dalam dapur bukan menolong tapi memberatkan beban .”

        Ameer tersengih menampakkan barisan giginya yang putih .

“Esok kita keluar nak ?”

“Pergi mana ?”

“Mana-mana je lah . Saja cuci mata . Nak tak ? Saya bosan lah duduk dalam rumah .”

“Hmm . Ye lah .”

“Yay !” Sorak Ameer sambil menyambung makanan yang masih tersisa .

           Suapan Ameer terhenti . Ameer terbatuk-batuk di meja makan sambil metepuk-tepuk  . Suapan Erlina juga terhenti .

“Abang ?” Jerit Erlina sambil meraup wajahnya . Lantas Erlina menghulurkan segelas air masak kepada Ameer . Ameer mencapai lantas diminum rakus air masak itu .

“Terima kasih .”

“Hmm . Tu lah gelojoh lagi . Makan tu pelan-pelan lah , ni sampai tersedak .”

“Ye lah sedap sangat .” Balas Ameer sambil tersengih .

“Huh . Buat terkejut saya je .”

“Ehh . Tadi awak panggil saya ‘abang’ ek ?” Soal Ameer .

             Wajah Erlina berubah merah .

“Saya testing ja tadi . Saya cemas okey ! Awak jangan salah faham .”

“Eleh . Nta-nta memang sengaja nak panggil saya ‘abang’ banyak alasan pula dia .”

“Ameer !” jerit Erlina sambil mencubit pinggang Ameer .

“Ouch . Sakit lah sayang . Ala saya tak kisah pun . Saya lagi suka .”

“Huh . Mengada .”

Bersambung…

Older Post | Newer Post