S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/


I Love You Mr Annoying (Chapter 10)
Monday 27 May 2013 | 20:58 | 0 comments



“Kita nak pergi mana ni ?”

“Saya lapar lah . Pagi tadi tak makan .”

“Hmm . Tadi saya dah buat roti bakar untuk awak , awak tu la nak cepat sangat keluar . Lepas tu dah lapar macam-macam lah awak ni .”

“Awak ni membebel je kerja .”

      Erlina merengus . Geram .

“Haa . Dah sampai pun !”

“Kita kat mana ni ?” Soal Erlina sambil matanya melilau-lilau memerhati susana .

“Café .”

“Buat apa datang sini ?”

“Nak tolong chef kat café tu masak lah buat apa lagi ?”

“Huh ? Buat apa tolong chef tu masak ? Bukan tadi awak kata nak makan ke ?”

“Dah tu kenapa awak tanya lagi ?”

        Erlina merengus lagi . Ameer ni kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah . Keluh Erlina di dalam hati .

        Ameer mengambil tempat di sebelah tingkap . Pemandangan di sebelah tingkap itu memang sungguh indah memandangkan café itu terletak di atas bukit . Tidak berapa lama minit kemudian pelayan perempuan datang mengambil pesanan mereka .

“Awak nak makan apa ?” Soal Ameer kepada Erlina . Khusyuk betul dia meyelak menu makanan .

“Saya nak makan ..... Kejap . Nak tengok .” Balas Erlina sambil matanya tidak lekang dari melihat menu mekanan .

“Bagi saya Fish and Chips dua dan Fresh Orange dua . Dah itu je .” Nahh , padan muka . Lambat sangat .

“Itu je ?”

“Yah .”

“Baik encik , kejap lagi pesanan encik sampai .” Balas pelayan perempuan itu ramah .  Kemudian beredar .

           Erlina menangkat sedikit kepalanya .

“Ameer ?”

“Yes ?”

“Kenapa awak ? Erghh Huh Eeeeee !” Balas Erlina geram . Punya banyak makanan yang sedap-sedap . Itu je mamat ni order . Tadi beria-ria tanya aku nak makan apa . Huh . Keluh Erlina dalam hati .

“Kenapa saya ‘Erghh Huh Eeeee’ ? Apa maksud awak ?” Tanya Ameer . Lagak gaya seperti dia tidak membuat apa-apa kesalahan .

“Saya tak nak makan fish and chips !”

“Tapi saya nak . Kalau awak tak nak bagi je saya makan .”

“Awak ni kan !”

“Saya ni kan hensem .”

“Malas la saya layan awak .”

“Berdosa tau malas layan suami sendiri .”

         Erlina tersentap . Dia hanya mendiamkan diri tidak mahu membalas .

“Errr . Tadi saya tersalah cakap ke ?” Soal Ameer perlahan . Wajah Erlina membuatkan dia sedikit cuak . Mana tidaknya , selalunya Erlina membalas kata-katanya tetapi tidak kali ini . Terasakah dia ?

“Mana ada . Memag betul pun kan kata-kata awak tu ?” Balas Erlina lembut .

“I’m sorry .”

“Untuk apa ?”

“Untuk kata-kata tu .”

“Hmm . Awak tak perlu pun minta maaf .”

“ Dah tu kenapa macam ni ? Awak buat saya serba salah .”

“Jadi ? Awak nak suruh saya melawan ? Nak saya tambah dosa ? Macam tu ? Lepas tu awak peril saya .”

“Saya tak bermaksud pun !”

“Apa-apa je la . Saya nak pergi washroom kejap .” Lantas Erlina berdiri meninggalkan Ameer .

                                                                 ++++++++++++

“Ezelyn . Sampai bila kau nak jadi macam ni beb ?” Soal Melissa , kawan baik Ezelyn .”

“Sampai bila-bila . Maybe ?”

       Kepala Melissa diggeleng .

“Kau tak boleh macam ni . Kau kena balik . Aku tengok kau dah macam tak ada life ! Kalau dah tak suka tu kenapa kau pergi teruskan majlis kahwin kah ngn sepupu kau tu ?”

“Aku tak tahu . Aku pun pening . Aku tak tahu apa yang aku buat sekarang ni .”

“ Itu lah kau ! Kalau aku jadi kau , aku tak akan buat macam kau . Lepas Daniel curang dengan kau yang kau memandai teruskan majlis tu buat apa ? Bodoh betul . Kau ni suka buat masalah .”

“Masa tu aku buntu ! Kau faham tak ? Aku ingat kalau aku kahwin dengan Ameer aku fikir aku dapat lupakan Daniel . Tapi fikiran aku meleset sama sekali . Aku rasa macam aku tak nak kahwin lagi . Lebih-lebih lagi dengan sepupu aku yang aku anggap dia macam abang sendiri .”

“Hmm . Apa-apa je la Ezelyn . Aku ada class ni .” Balas Melissa . Malas mahu melayan .

                                                                 ++++++++++++

      Usai membasuh tangan . Erlina keluar dari tandas dan menghampiri meja Ameer .

BUKK .

“Sorry . Saya tak perasan .” Balas seorang lelaki ramah .

“Nevermind . It ok .” Erlina menganggkat sedikit wajahnya untuk melihat orang yang melanggarnya tadi .

“Erk . Rezza !”

“Er ..”

“Rezza buat apa dekat sini ?”

“Nak makan la .”

“Oh . Haha .” Erlina diam seribu bahasa . Terasa janggal pula apabila tiba-tiba terserempak dengan Rezza di restoran apatah lagi Ameer berada di sini bersamanya sekali .

             Sejak hari perkahwinan dia dan Ameer . Hubungan Rezza dan Erlina semakin regang . Bukan dia yang menjauhkan jarak antara mereka , tetapi Rezza sering kali menyibukkan diri dengan urusan kerja . Mereka hanya akan bertegur un tuk membincangkan urusan kerja .

“Suami Er tak ikut ke ?” Entah kenapa soalan itu yang terkeluar dari mulut Rezza walaupun lain yang hendak ditanya .

“Ikut . Ada je . Tu kat situ tepi tingkap yang pakai baju warna merah .” Balas Erlina sambil menunjukkan kearah suaminya , Ameer .

“Ameer ?” sebaris nama terpacul keluar . Sedikit terkejut . Suami Erlina ialah Ameer ? Hati Rezza terlalu sakit pada waktu dia diberikan kad jemputan kahwin daripada Erlina . Tilik pun tidak , terus sahaja kad kahwin tersebut dimasukkan kedalam tong sampah . Apatah lagi untuk datang ke majlis kahwin mereka .

“Aaaa . Ya . Ameer . Rezza tak tahu lagi ke ?”

“Tak .” Balas Rezza pendek .

“Tak sangka kan suami Er tu Ameer .” balas Rezza lagi .

“Er lagi tak sangka .”

“Hmm .”

“Er…. Bahagia ke dengan.. dia ?” Soal Rezza lambat-lambat .

        Tidak sempat Erlina ingin menjawab deringan telefon berbunyi . Lantas Erlina meanggkat .

“Ya ? Sabar lah saya nak keluar lah ni .”

“…..”

“Ish ! Awak ni tak reti sabar ke ? Ya ya ya . Saya keluar .”

“….”

“Bye .”

           Telefon ditutup .

“Sorry Rezza . Er kena pergi dah ni . Ameer dah membebel .”

“Hmm . Bye .” balas Rezza . Sakit hati rasanya apabila soalan yang ditanya tadi dibawa angin pergi .

                                                                 ++++++++++++

           Kerusi dibuka . Erlina duduk menghadap Ameer .

“Rancaknya awak berbual dengan Rezza .” Ameer mula bersuara mematikan suasana sunyi diantara mereka .

“Hmm .”

“I’m sorry .” Kata Ameer setelah hampir lama mereka diam membisu .

“huh ? Untuk apa ?”

“Tadi . Awak terasa lagi ke ?”

“Hmm . Tak apa la . Awak jangan risau k .” Jawab Erlina sambil mengukir senyuman tipis .

         Ameer menghamburkan nafas tipis .

                                                                 ++++++++++++

“Erk . Tak tidur lagi ke ?” Soal Erlina yang baru sahaja turun dari tangga .

“Tak .”

“Awak tengok cerita apa tu ?”

“Hantu .”

“Erk . Cerita apa ?”

“Ntah .”

“Kenapa awak ni ?”

“Apa ?”

“Saya tanya , awak jawab sepatah-sepatah .”

           Ameer mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat Erlina . Keluhan kecil dihamburkan .

“Duduk sebelah saya kejap .” Pinta Ameer sambil menepuk-nepuk ruang kosong disebelah kirinya .

           Erlina hanya menuruti permintaan Ameer .

           Lantas Ameer melentokkan kepalanya dibahu Erlina sambil sebelah tangan kirinya melingkari pinggang Erlina .

“Kejap je . Boleh kan ?” Soal Ameer pada Erlina . Dia tahu Erlina kini tidak selesa dengan keadaan mereka sebegitu .

            Kepala Erlina diangguk .

“Macam mana kita jumpa ?” soal Ameer perlahan .

“Ameer tolong pulangkan beg tangan Erlina dekat satu restoran .” Jawab Erlina tenang .

“Hmm . Apa pandangan Erlina pada Ameer ? Jujur dengan Ameer please .”

“Kosong .”

“Are you sure ?”

“Huh .” keluhan besar dilepaskan daripada Erlina.

“Er rasa Er jatuh cinta dekat Ameer sebab muka Ameer macam Rizal . Tapi bila Er dah kenal Ameer . Er rasa Er hanya kejar bayang-bayang . Ameer ialah Ameer . Rizal ialah Rizal .”

“Er sayangkan dia lagi ?”

             Erlina meangguk . Ameer tersenyum hambar . Tangan kanannya masih lagi melingkari pinggang Erlina . Malah lebih ketat .

“Ameer sayang Er .” Jawab Ameer sambil mencium leher Erlina . Harum .

           Nafas Erlina sedikit sesak apabila diperlakukan begitu .

“Abang .” panggil Erlina .

“Er minta maaf .” Balas Erlina . Tangan Ameer diambil lalu digenggam erat oleh Erlina .  


            Ameer tersenyum . Lalu mengusap lembut rambut Erlina kemudian dicium ubun-ubun isterinya . 

Bersambung...

Hahaha . Aku dah tak tahu nak buat apa -_- 

Older Post | Newer Post