FATE
Friday, 1 February 2013 | 20:35 | 0 comments
Untuk lagu please tekan SINI
Even cikai please jangan copy ! Tekan tulisan warna pink tuh yang kat atas and tutup lagu My First June . Sila baca sambil menghayati lagu yee ^^ Sorry pengunaan ayat tak berapa nak betul .
Bunyi loceng rumah tidak berhenti berbunyi . Huh , mesti kerja Emir ni . Dia nih tak reti sabar ke ? Keluhku sendirian .
“Woi , Emi ! Cepatlah buka pintu”
“Sekejaplah . Tunggu kejap je dah bising-bising”
“Tahu tak panas dekat luar ni ? Terhegeh-hegeh pula . Emir kan dah tekan banyak kali dah loceng tu takan tak den…..”
Ayatnya terputus selepas berpaling muka kearahku , dah macam nampak hantu pula gayanya . Dahi berkerut , tanda tidak faham dengan Emir .
“Huh ? Kenapa ?”
“Cantik” Matanya yang tadi memadang wajahku telah pun dikalihkan ditempat lain .
“Eh ?”
“Tak . Maksud Emir cantik rumah Emi” Mukanya dikalih ke tempat lain pula . Semakin pelik pula si Emir ni . Macam tak pernah datang rumah aku . Padahal dialah tetamu yang tersangat istimewa dalam keluarga kami . Huh .
“Bukan hampir setiap hari ke Emir datang sini ? Kenapa baru sekarang nak puji ?”
“Saja . Eh dah lah . Jom kita pergi” Soalanku dibalas acuh tak acuh dan kini dia terus membuka langkah keluar dari kawasan rumahku .
“Okey."
+++++++++
“Emi ..” Panggil lelaki disebelahku . Matanya tidak henti melilau melihat pergerakanku sepanjang perjalanan ke tasik .
“Ye ?”
“Kenapa Emi pakai cantik-cantik ? Dengan make up lagi.” Dari soalan itu aku sudah dapat menangkap punca Emir menjadi pelik tadi, sampailah sekarang .
“Oh ! So yang tadi Emir kata ‘cantik’ tuh Emi lah ye ? Haha . Mengaku cepat !”
“Errr . Mana ada . Perasan je”
“Hmm . Tak cantik ke ? Tak ada la Emi saja je pakai baju macam ni dengan pakai make-up . Emi pun nak jadi macam orang lain . Pandai bergaul , berfesyen dan cantik macam Julia….Ju…Na”
“Juliana?”
“Hah ! Dia tuh kod . Emi lupa lah nama dia . Dia cantik kan ? Semua orang suka dia . Ramai betul secret admirer dia . Kan best Emi pun ramai peminat”
“Kenapa Emi nak jadi macam Juliana ? Emir lebih suka Emi jadi diri sendiri . Emi lebih cantik tanpa guna semua benda ni .”
“Eee…Mi.. cu..ma nak nam..pak can..tik de..pan Emir..je” Tergagap-gagap ayat itu diungkap . Takut mungkin ? Takut Emir akan cakap benda yang boleh buat hati aku sakit .
“Huh ? Emi buang tebiat ke ? Buat apa nak nampak cantik depan Emir ? Kita dah berkawan lama kan ? Kalau Emi tak cantik pun Emir tetap tak akan putuskan persahabatan kita .”
“Hmm” Keluhan dilepaskan . Kata-kata Emir tidak memuaskan aku .
“Eh ? Emi . Emi tak nak makan ke ais krim tu ? Kalau tak nak , Emir nak boleh ? Mahal tuh Emir beli RM3.50 Emi buat cair pula ais krim tu ” Soal Emir . Tukar topic pula dia ni .
“Ceh . RM3.50 pun nak berkira ke ? Kedekut ! Amik la .” Eksperisi mukaku dibuat-buat merajuk sambil menghulurkan ais krim tersebut .
“Serius ? Okey . Thank Emi” Huh . Bukan nak pujuk .
Tiba-tiba,
Terasa cecair melekit di hujung hidung .
“Emir !!!!!!!!! Kotorlah muka Emi . Hilanglah make-up nanti ”
“Siapa suruh buat muka buruk macam tu ? Meh Emir tolong burukkan . Haha .
Biarkan je make up tu hilang .
“Emir jahat ! Dah la Emi nak pergi basuh muka jap”
“Emi kongsi ais krim ni dulu baru boleh basuh muka . Kalau tak Emir tak bagi”
“Huhh . Yelaaa .” Aku hanya akur dengan perintah Emir .
+++++++++
‘I remember when we broke up the first time saying, “This is it …’ kedengaran telefon bimbitku berbunyi pantas aku menjawab panggilan tersebut .
“Assalamualaikum” Aku memulakan perbualan di talian .
“……”
“Hello . Hello . Siapa tuh ? Heyy !” Blackberry yang dilekap di telinga tadi dipandang untuk melihat si pemanggil . Emir ?
“Emi…” Tiba-tiba pula mamat ni panggil nama aku . Tadi hello hello tak nak pula jawab .
“Ye . Emir ? Kenapa tak jawab Emi tadi ?”
“Saja . Buat Emi suspen”
“Huh ! Ada-ada je ! Kenapa Emir call Emi ni ?”
“Tak ada lah . Bosan je . Dah lama tak keluar dengan Emi . Selalu kan kita pergi jalan-jalan . Emi temankan Emir”
“Oh . Haha . Rindu Emi ye ?”
“Tak”
“Tipu”
“Ye” Di hujung ayat itu bunyi gelak tawa Emir . Pelik aku mamat ni kejap ye kejap tak .
“Apa yang ye ?”
“Ye sebab Emir tipu diri Emir sendiri” Dahiku dikerut . Makin pelik mamat ni . apa yang dia cakap ? Tak faham aku .
“Huh?”
“Tak ada apa lah . Emi dah makan ?”
“Dah . Emir ?”
“Emir tak ada selera la nak makan”
“Kenapa tak makan ? Nanti Emir sakit . Hah ! Baru Emi ingat mama Emir kata dekat Emi yang Emir ada hidap penyakit . Sebenarnya Emir sakit apa ?”
“Emir dah sihat da”
“Tapi sakit apa ?”
“Tak perlu tahu”
“Kenapa ?”
“Esok .. Emi ada masa tak ?” Soalanku dibiar dibawa angin . Huh . Geram betul aku .
“Ada ”
“Esok pukul 2 petang Emir ambil Emi dekat rumah”
“Ke..”
‘Tuuutt . tuttt . tutttt’ Belum sempat aku bertanya dah dia matikan talian . Hish . Emir . Emir .
+++++++++
Kesemua assignment yang sudah lengkap itu dimasukkan ke dalam beg sandang berwarna Turquoise .
“Emi !” kedengaran seseorang menyeru namaku, terus ku toleh pada pemilik suara tersebut .
“Azrul?”
“Emi ada plan tak hari ni ?” Tanya Azrul .
“Tak . Maksud Emi ye . Eh . Err kenapa ?”
“Azrul nak ajak Emi keluar . Emi nak ?” Aku terdiam .
“Esok pukul 2 petang Emir ambil Emi dekat rumah”
“Err . Azrul hari ni Emi tak free la . K . Bye . Emi pergi dulu”
Ketika langkah kaki terbuka tanganku ditarik oleh Azrul .
“Azrul?”
“Why you always ignore me ?”
Aku terdiam . Tak mampu berkata-kata . Aku tak biasa borak dengan kawan selain Emir . Aku tak pandai bergaul dengan orang apatah lagi dengan Azrul , tapi bila dengan Emir aku jadi lain .
“Emi ada hal . Bye”
“Sebab lelaki tuh ke ?” Terkedu aku mendengar sebaris ayat tersebut .
“Apa hubugan dia dengan Emi ?” tanya Azrul lagi .
“Bukan urusan Azrul”
“Azrul … Suka Emi .” Mataku membulat . Hanya tiga patah perkataan sudah buat aku terperanjat . Tanganku yang kini dipeggang Azrul sudah pun dileraikan . Tanpa disedari air mata sudah jatuh membasahi pipi .
+++++++++
“Kenapa dari tadi Emi diam je ? Dari dalam kereta lagi , asyik temenung je” Perbualan Emir memecahkan suasana sunyi di antara kami .
“Tak ada apa-apa lah”
“Kenapa ni ? Dengan Emir pun nak berahsia ke ?”
“Azrul….”
“Azrul ? Dia buli Emi lagi ke ?” Tanya Emir dengan sedikit menjerit . Keningnya terangkat dan dahinya dikerutkan untuk mendapatkan kepastian .
“Tak”
“Habis ?”
“Emir ingat tak ? Emi pernah cakap dekat Emir yang Emi suka Azrul ?”
“Emi ! Emir dah cakap kan . Forget him . Dia tak pernah hargai Emi . Dia tak pernah anggap Emi wujud pun . Setiap kali Emi cuba dekat dengan dia tiap kali tu juga lah dia kenakan Emi , malukan Emi . Then Emi still suka Azrul ?”
“Tak .” Bibir bawah kugigit . Mata sudah berkaca , bila-bila masa sahaja mutiara jernih boleh jatuh turun ke pipi .
“Dia suka Emi” sambungku .
“Oh . Emi suka dia ?”
“Emi tak tahu .”
“Emi…..”
“Ye ?”
Emir bangun dari kerusi taman yang didudukinya dan kini posisi badanya menghadap aku . Kakinya dilututkan dan tagannya memeggang erat tanganku .
“Emir tak suka Emi cerita pasal Azrul depan Emir . Sebab …”
“Sebab Emir cintakan Emi . Dari dulu lagi . Cuma Emir tak tahu , tak tahu macam mana nak cakap . Emi tahu sebab apa Emir tak suka Emi pakai make up ? Sebab Emir tahu Emi cantik dengan make up . Emir tak nak orang lain curi tumpuan Emi . Emir tak suka Emi cerita pasal lelaki lain depan Emir . Tahu tak macam mana rasa orang yang kita cinta cerita pasal orang yang dia cinta depan diri kita sendiri . ? It hurt .”
Air matanya mula jatuh .Wajah Emir ku tenung lama . Terkejut dengan tindakannya . Hujung lengan bajuku menyeka sisa air mata . Ini Emir Danish ke ? Otak penuh dengan soalan .
“Emi Elena..” sambung Emir lagi .
“Emir nak Emi jadi…….”
Dummm .
Belum sempat ayatnya dihabiskan , Emir terbaring . Tidak sedarkan diri .
+++++++++
“Dia lari dari hospital . Sepatutnya sekarang dia tengah buat pembedahan .”
Kata lelaki yang berkot putih itu .
“Doktor . Boleh saya tahu , Emir sakit apa ?”
“Sebenarnya Emir menghidap penyakit Neoplasm”
“Neoplasm ?”
“Ya . Lebih terang lagi . Tumor dia semakin membesar di otak .”
“Tumor ? Ia lebih pada kanser ke ? Sejak bila Emir hidap penyakit ni ?”
“Ya . Sekarang Emir menghidap tahap yang serius . Sejak 5-6 bulan lepas . Selama ni dia hanya jalankan radioterapi sahaja .”
Badanku terasa ringan . Air mata tidak henti mengalir . Kenapa ? Kenapa ? Kenapa jadi macam ni ? Kenapa Emir tak pernah bagi tahu aku ? Kenapa dunia kejam sangat ?
+++++++++
Tombol pintu kupulas perlahan . Kaki melangkah masuk perlahan-lahan menuju ke katil Emir . Semua orang yang berada di situ hanya memerhatikan aku .
“Aunty dengan Uncle balik lah dulu . Biar Emi jaga Emir . Aunty dan Uncle mesti penat”
Datin Erlinda dan Dato Darwisy hanya menganggguk lemah .
“Tolong tengok-tengokkan Danish ye . Apa-apa nanti call aunty ye”
“Baik aunty” Kepalaku dianggukkan .
Apabila Datin Erlinda dan Dato Darwisy sudah keluar . Kerusi disebelah aku duduk .
Wajahnya ku tenung . Sedih melihat sekujur tubuh yang hanya mampu terbaring tidak sedarkan diri . Tangan Emir kupeggang erat .
“Kenapa baru sekarang nak cakap perkataan tu?” Tanyaku pada Emir walaupun aku tahu Emir tidak menyedarkan diri .
“Tahu tak berapa lama Emi tunggu untuk dengar sebaris ayat tu daripada mulut Emir sendiri ?”
“Kenapa Emir seksa Emi macam ni ? Emi gembira sangat bila Emir sebut tiga patah perkataan tu tapi , semuanya berubah dalam sekelip mata sahaja .” Esakanku makin kuat . Bergema di seluruh bilik . Tangan Emir aku goncangkan menyuruh Emir bagun .
“Emi sayang Emir…”
“Em..ir na..k Emi ja….di tem…an..hi..dup E..mir” Tiba-tiba Emir tersedar ketika esakanku makin kuat . Pantas aku berlari untuk mendapatkan doktor tetapi Emir menghalang . Emir cepat menarik taganku . Alat pernafasannya dibuka perlahan-lahan oleh Emir .
“Ma..af se..bab E..mir tak sem..pat nak sam..bungkan a..yat ta..di”
“Emir.. sa..yangkan Emi le..bih da..ri Emi sa..yangkan Emir”
“Emir cukup . Jangan banyak gunakan tenaga . Emir kena rehat . Esok Emir akan jalankan pembedahan” Kepalaku ditundukkan . Air mata jatuh ke tangan Emir .
“Emir ta..kut”
“Emir tak nak bu..at pem..beda..han . Emir nak jum..pa Emi”
Tangan Emir mengesat sisa air mata di pipiku .
“Emir Danish . Please promise me , Emir akan selamat lepas buat pembedahan tu .”
“Emir jan..ji !” Tangannya mula membuat pinkypromise untuk mengikat janji .
Aku hanya mampu tersenyum .
+++++++++
Mata mula terbuka . Cahaya terang menyinar bilik wad ini . Kepalaku mula terangkat dari tepi katil dan sesuatu tidak ku duga terjadi .
“Emir ?”
Nama Emir bergema diseluruh bilik wad kecil ini . Aku tercari-cari kelibat Emir . Puas aku mencari di balik langsir , bawah katil , tandas tapi masih tak jumpa . Kaki melangkah keluar dari bilik dan berlari tercari-cari kelibat Emir .
Semasa berlari suatu ruang telah menarik perhatianku . Jantung semakin berdegup kencang ketika kaki melangkah ke lorong itu dan aku ternampak semuanya disitu . Mama , Papa , Aunty , Uncle dan saudara-mara Emir .
Langkah kakiku mati . Sebak di dada tidak dapatku tahan apabila melihat jasad Emir ditutupi dengan selimut putih . Perlahan-lahan kakiku mendekati katil serong tersebut , aku menangis semahu-mahunya disisi Emir .
“Ini bukan Emir ! Bukan Emir ! Emir tak akan mati !” Air mataku turun laju ke pipi , aku mengigit bibir bawahku . Tidak henti aku menafikan yang didepan mataku ialah Emir . Datin Erlinda menggoncangkan bahuku berkali-kali untuk menenangkan aku .
"Emir belum mati lagi kan aunty ?" Emosiku kini tidak dapat dikawal . Jururawat yang bertugas meneruskan kerjanya untuk menyorong katil ke tempat lain . Aku hanya membiarkannya . Aku tahu tuh bukan Emir . Emir belum mati . Emir janji dia akan selamat . Emir akan selamat .
"Emir.. Jangan tinggalkan Emi ." Sayup-sayup sahaja ayat itu diungkap .
"Emir belum mati lagi kan aunty ?" Emosiku kini tidak dapat dikawal . Jururawat yang bertugas meneruskan kerjanya untuk menyorong katil ke tempat lain . Aku hanya membiarkannya . Aku tahu tuh bukan Emir . Emir belum mati . Emir janji dia akan selamat . Emir akan selamat .
"Emir.. Jangan tinggalkan Emi ." Sayup-sayup sahaja ayat itu diungkap .
+++++++++
“Danish pernah bagi surat ni pada aunty . Dia suruh aunty simpankan , Dia amanahkan dekat aunty supaya bagi surat ni dekat Emi bila dia dah tiada”
“Emir Danish .” Nama itu terungkap pada dua ulas bibirku .
Fikiranku mula bercelaru . Otak tidak berhenti mengingati kenangan bersama Emir . Lalu surat itu aku keluarkan dari sampul perlahan-lahan .
Emi Elena .
Emir nak minta maaf sepatutnya Emi baca surat ni bila Emir dah tiada Emi jangan sedih ye ? Walaupun Emir dah tiada nanti Emir tetap disisi Emi . Emir nak ucap terima kasih atas segalanya dan terima kasih sebab sudi jadi sahabat Emir . Tujuan Emir buat surat ni sebab nak beri tahu pada Emi yang saya , Emir Danish cintakan Emi Elena . Emir takut kalau Emir tak sempat nak luahkan pada Emi . Jadi Emir buat keputusan untuk tulis surat ni untuk Emi . Hehe .
Emir minta maaf sebab selama ni Emir buat tak tahu je bila Emi cuba untuk bagitahu Emir yang Emi suka Emir . Emir tak tahu nak buat macam mana , Emir takut Emi akan nangis sebab Emir . Masa Emi tanya Emir menghidap penyakit apa , maaf sebab Emir tak bagitahu . Emir tak nak Emi tahu yang Emir sakit . Emir tak nak tengok Emi sedih dan Emir tak nak Emi layan Emir macam orang sakit . Emir pun nak jadi macam orang biasa .
Emi . Emi ingat tak dulu masa dulu . Masing-masing pernah tanam sesuatu dekat satu pokok besar ? Emi nak sangat tahu apa yang Emir tanamkan masa tu ? Emir nak suruh Emi gali benda tu . Emir ada tanam satu cincin sebenarnya . Cincin tu memang khas untuk Emi . Emir nak Emi pakai cincin tuh supaya Emi selalu ingat pada Emir . Walaupun Emir dah tiada . Tapi selagi cincin tu ada , Emir yakin Emi akan selalu dekat dengan dengan Emir . Walau apa pun terjadi Emir tetap disisi Emi .
Emi tahu Emir dah pergi tengok apa yang Emi tanam . Emir tak henti gelak tahu ? Ingatkan ada sesuatu untuk Emir juga rupanya Emi tanam kertas ujian Emi yang fail semua dalam tu . Haha .
Apa-apa pun . Emir sayangkan Emi . Emir minta maaf sebab tak dapat nak bahagiakan Emi . Sampai sini je lah ye . I Love You .
Emir Danish
Air mataku mula jatuh satu persatu di atas permukaan surat yang ditulis Emir . Sebak didada tidak dapat ku tahan lagi . Aku menangis disitu semahu-mahunya .
"Emir tetap dalam hati Emi ."
Sampul surat itu dimasukkan kedalam kotak kayu yang penuh dengan kenangan bersama Emir . Semuanya tersimpan kemas . Gambar , surat , tiket wayang rantai dan sapu tangan yang diberi oleh Emir . Semuanya amat bermakna .
"Emir Danish . Emi akan tak akan pernah lupa kenangan bersama Emir . Itu janji Emi" kelopak mataku ditututp rapat serapat yang mungkin .
Sampul surat itu dimasukkan kedalam kotak kayu yang penuh dengan kenangan bersama Emir . Semuanya tersimpan kemas . Gambar , surat , tiket wayang rantai dan sapu tangan yang diberi oleh Emir . Semuanya amat bermakna .
"Emir Danish . Emi akan tak akan pernah lupa kenangan bersama Emir . Itu janji Emi" kelopak mataku ditututp rapat serapat yang mungkin .
Huh . Poyo gilaaa cerita nih wkwk . Sorry banyak typo and sorry ayat aku banyak tak betul . Hahahahahar -_- Aku bukan penulis carpen yang bagus .___.
Thank sebab baca cerita tak best ni . Harap comment ;___;