S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/


I Love You Mr Annoying (Chapter 8)
Saturday 13 April 2013 | 23:02 | 0 comments




“Jadi betul lah Er nak kahwin ya ?” tanya Rezza kepada Erlina yang sibuk menyelak fail kerjanya .
 
“Hmmm . Ya . Er kena terima . Lagipun Er tak sampai hati lah nak tolak . Er kesian kat ibu dengan ayah Er .”

“Er sanggup terima  lamaran tu sebab tak nak parent Er berkecil hati ?”

“Ya . Lagipun mereka dah banyak berjasa dekat Er . Jadi kali ni biarlah Er pula balas perbuatan mereka . Er sayang sangat dekat mereka .”

“Er sanggup ? Even Er tak cintakan orang yang Er nak kahwin tu ?”

      Erlina berhenti dari menulis . Mukanya diangkat sedikit . Matanya melilau-lilau mencari jawapan .

“Er jujur dengan Rezza . Memang Er tak cintakan bakal suami Er sepenuhnya . Tapi cinta itu boleh dipupu selepas kahwin bukan ? Er akan cuba mencintai dia seperti mana Er cintakan orang pertama yang pernah bertaktha di hati Er .”

     Rezza sedikit tersentap dengan kata-kata Erlina . Siapa orang pertama yang pernah bertaktha di hati Er ? Kenapa Er sanggup mengahwini lelaki yang dia sendiri pun tidak kenal .

“Siapa cinta pertama Er ?” Soalan itu tiba-tiba ditanya dari dua ulas bibir Rezza .

     Erlina tersenyum . Lantas menyambung kerjanya yang terbengkalai . Bukan dia tidak mahu menceritakan hal sebenar pada Rezza tapi bagi dia Rezza masih lagi orang asing baginya , walaupun Rezza melayan Erlina tidak seperti majikan dan pekerja malah lebih dari itu .

      Hati Rezza semakin sakit seperti ditusuk pedang yang tajam apatah lagi Erlina hanya membiarkan soalan itu pergi dibawa angin . Tidak tahukah Erlina yang dia mencintai Erlina sepenuh hatinya ? Kenapa Erlina sanggup mengecewakan dia disaat Rezza yakin hati Erlina ada sedikit perasaan terhadapnya .

                                                             ++++++++++++

“Mama aku kata nama dia Nelydia Erlina . Tapi aku rasa macam pernah dengar nama tu . Tapi aku lupa . Dekat mana ek ?” Kata Ameer kepada sahabat karibnya , Hyrul .

“Nelydia Erlina ? Erlina ? Erlina yang pernah kau cakap dekat aku tu ke ?”

       Ameer terdiam . Berfikir sejenak . Tidak mungkin bakal isterinya itu Erlina . Dia yakin bukan Erlina . Itu hanya kebetulan . Tetapi Ameer berharap sangat yang tekaan Hyrul itu tepat .

“Tak mungkin lah .”

“Mana tahu . Kalau ada jodoh ke ? Ntah-ntah dia kod .”
“Aku harap macam tu lah .” Balas Ameer sayup-sayup kedengaran .

“Jangan lah risau bro . Kalau ada jodoh tak kemana . tapi aku pelik lah kan kenapa si Ezelyn tu lari ? Sedangkan dia yang beria-ria nak kahwin dengan kau dulu .”

“Hmmm . Ntah lah dia . Biarkan je lah . Asal dia tak ganggu life aku dah .”

      
                                                             ++++++++++++


        Pintu bilik dikuak dari luar bilik tidur Erlina . Pantas Erlina memusingkan kepalanya untuk melihat siapa yang masuk ke dalam bilik tidurnya itu .  

“Nelydia .” Panggil Pn Nely .

“Ya . Ibu ?” Balas Erlina lemah .

“Kenapa sedih ni ? Jangan lah sedih . Hari ni kan hari perkahwinan Nel dengan Muaz . Jangan sedih ya sayang ? anak ibu ni kena lah lawa .”

       Erlina tertunduk . Dia menangguk lemah .

“Ibu nak tanya . Betul ni Nel tak nak tengok gambar Muaz yang ada dalam sampul coklat hari tu ?”

“Tak apa . Nel tak berminat lah ibu .”

“Hisy . Kenapa cakap macam tu ? ibu tahu perkahwinan ni bukan apa yang Nel mahukan . Kami cuma nak yang terbaik untuk Nel . Lagipun , sejak kematian Rizal . Ramai yang merisik Nel . Tapi Nel asyik tolak je . Kami tak nak tengok Nel asyik teringatkan Rizal jadi kami ambil keputusan untuk jodohkan Nel dengan Muaz . Jangan marahkan ibu dengan ayah ya sayang ? Kami Cuma nak terbaik . Senyum sikit .” Kata Pn Nely lantas mencium dahi anak bongsunya itu .

         Erlina tersenyum hambar . Dia tahu ibubapanya hanaya mahukan yang terbaik . Tapi dia masih lagi tidak bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga untuk masa kini . Dia takut jika bakal suaminya itu akan kecewa dengan dirinya dan dia juga tidak boleh berjanji akan mencintai suaminya sepenuh hatinya sepertimana cintanya pada Rizal .

“Ibu dah tengok dah muka Muaz tu . Hensem . Gaya dia macam orang baik . Ibu yakin dia boleh membahagiakan Nel .”

        Erlina menangguk .

“Macam mana kalau perkahwinan Nel ni tak seperti mana yang disangka ? Ya la kann macam contoh kalau kami tak serasi , Nel takut dia ceraikan Nel .” Balas Erlina lambat-lambat .

“Shhh . Sayang , Nel kena yakin dengan diri Nel sendiri . Ibu yakin Nel mampu harungi segala dugaan . Nel cuma perlu kuat dan bersedia dengan apa yang terjadi .”

         Erlina menundukan mukanya . Pemandangannya jatuh ke lantai . Mampukah dia mengharungi segala dugaan sedirian ?

“Okey lah ibu nak turun . Nel pakai cantik-cantik ya . Ibu nak anak ibu paling menyerlah .”

“Baik ibu .” Balas Erlina lembut lantas mencium kedua pipi mulus ibunya . Air mata Erlina jatuh .
“Ibu sayang Nel . Jaga diri baik-baik ya lepas kahwin ni . Lepas Muaz dah jadi suami Nel . Dosa Nel di tapak kaki Muaz . Nel kena hormat Muaz sebagai suami . Jaga pakai minum dia semua . Ibu harap Nel dengan Muaz bahagia .” Kata Pn Nely lembut kemudian memgelap air mata Erlina .

        Erlina menangguk .

        Erlina menangis semahu-mahunya disitu selepas kelibat Pn . Nely hilang . Sungguh dia tidak bersedia dengan hari ini , andai masa dapat diundur .


                                                             ++++++++++++

         Erlina turun perlahan-lahan meniti anak tangga . Dia duduk ditempat yang disediakan khas utuk dirinya , diatas pelapik duduk berwarna putih . Erlina tertunduk tidak sanggup untuk melihat bakal suaminya malah dia juga tidak sanggup untuk mendengar lafaz akad nikah daripada dua ulas bibir bakal suaminya itu .
  
         Usai lafaz nikah dihamburkan , muka Erlina makin menunduk . Gembirakah dia atau dia kini sedang bersedih ? Sekarang dia sudah sah bergelar isteri kepada lelaki bernama Muaz .

         Muaz . Kenapa Muaz ? Mampukah Muaz menerima segala kekurangan dia ? Sedar tak sedar sahaja ada seseorang memegang lembut tangannya untuk menyarungkan cincin . Erlina melihat cincin bertatah berlian itu dengan pandagan kosong . Erlina menangkat wajahnya sedikit . Matanya sedikit terbutang .

Ameer !

        Ameer tidak mempedulikan riak wajah isterinya tika ini lantas dahi Erlina dicium . Lama . Sungguh dia tidak menyangka bakal isterinya itu adalah Erlina . Nelydia Erlina . Dia sangat bersyukur . Memang tekaan Hyrul itu tepat .

                                                             ++++++++++++

“Awak buat apa dekat sini ? Mana Muaz ?” Tanya Erlina kepada Ameer yang sedang membuka jam tangan miliknya dan meletakan jam tersebut di meja solek miliknya .

“Do you mean Ameer Muaz ?”
“Ameer Muaz ? Awak ?” Erlina masih lagi keliru . Dia masih lagi tidak faham . Kenapa Ameer ? Jadi Muaz yang dikatakan selama ini adalah Ameer ? Ameer Muaz ? Kecilnya dunia ini .

      Ameer tersenyum lantas menghampiri Erlina .

“Saya pun tak sangka awak sekarang isteri saya . Mula-mula saya masuk rumah awak , saya sempat mengintai bakal isteri saya . Tak sangka pula rupa-rupanya awak ya ? Jadi disebabkan awak yang akan isteri saya , saya apa lagi happy la . Tu lah dulu jual mahal sangat , tak sangka kan kita ada jodoh ? Kalau awak nak tahu , saya masih cintakan awak tau . I love you sayang .” Jawab Ameer dengan panjang lebar .

      Erlina terdiam . Dia masih keliru .

“Cantik bilik awak . Tapi awak lagi cantik .” Kata Ameer lantas menghempas badannya di atas katil milik Erlina .

“Heyyy ! Ini katil saya !” Kata Erlina sambil menarik badan Ameer menyuruhnya turun .

“Kejap lah . Saya penat .”

“Huh .”

“Jom lah baring sebelah saya . Awak mesti penat juga kan ?”

“Eeeeee . Tak nak !”

“Kenapa ? Salah ke ? Kita kan dah jadi suami isteri . Halal apa .”

“Tapi saya tak nak baring sebelah awak .”

“Kalau tak nak baring sebelah suami awak ni habis awak nak baring sebelah siapa ? Rezza ?” Soal Ameer sinis .

          Erlina terdiam . Tidak menyangka soalan itu yang akan terpancul keluar dari bibir Ameer . Erlina berasa serba salah . Entah apa yang merasuknya kini secara tidak sedar dia sudah baring disebelah Ameer . Ameer tersenyum lebar kemudian dipeluknya tubuh kecil itu erat . Sungguh dia merindukan gadis itu .

          Erlina sedikit terkejut dengan tindakannya tadi apatah lagi Ameer memeluk tubuhnya erat . Dia hanya membiarkan Ameer memeluk tubuhnya . Sungguh dia rindukan Ameer . Sudah lama wajah Ameer tidak ditatap .

“Ameer .”

“Hmm ?” Balas Ameer yang masih lagi memeluk tubuh isterinya sambil memejamkan mata .

“Bukan ke sepatutnya hari ni awak kena kahwin dengan …”
“Shhh . Ameer tak nak dengar lagi nama tu okey ? Sekarang isteri Ameer , Nelydia Erlina bukan Ezelyn .”

“Tapi , saya pelik lah .”

“Apa yang pelik ?”

“Ya lah . Macam mana boleh …”

       Ameer menarik nafas .

“Dia lari . Entah lah kenapa saya malas nak ambil tahu . Erlina , please ? Jangan sebut nama dia sekarang . Saya penat lah . Baik awak tanya pasal saya je kan bagus .”

“Huh . Mengada-ngada lah . Dahl ah awak saya nak mandi .”

“Nak ikut .”

“Eeeeee ! Mana boleh ! Tak malu !” Pantas dia menampar lembut bahu Ameer .

“Apa pula tak malu ? Boleh kan ?”

“Ameer . Saya …..”

“Awak masih tak bersedia nak jadi isteri saya yang sepenuhnya ?” Teka Ameer .

        Erlina menarik nafas kemudian dihamburkan perlahan .

        Pelukan dileraikan . Ameer menjarakan sedikit badannya dari mendekati Erlina .

“Pergi lah mandi .”

“Ameer awak er saya minta maaf .” tergagap-gagap ayat itu disebut .

        Ameer turun dari katil perlahan-lahan .

“Saya tak kisah pun . Saya tak akan sentuh awak selagi awak tak bersedia .”

         Ameer tersenyum hambar .

“Tapi saya nak awak tahu , saya sentiasa ada untuk awak . Saya akan jadi yang terbaik untuk awak dan saya tak akan putus asa untuk memikat hati awak .” Sambung Ameer lagi sambil mengeyitkan matanya lalu pergi meninggalkan Erlina seorang diri .

       Erlina serba salah . Patutkah dia melayan Ameer sebegitu ? Fikiran Erlina buntu . 


 Bersambung ...

Older Post | Newer Post