S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/


Complete Lies (ONE SHOT)
Saturday 25 July 2015 | 18:10 | 0 comments



Hello guys. If you prefer english song for this one shot. I suggest you to litsen Imagination by Shawn Mendes. 

“Macam mana dengan yang ini ?”

“Terlalu kecil.”

“Yang ini?”

“Besar.”

“Ini?”

“Buruk.”

“Ni?”

“Macam cincin orang tua je.”

“ARGHHHHHH! Semuanya tak kena, besar lah, kecil lah, buruk lah. Habis yang mana yang sesuai? Saya ajak awak dekat sini untuk pilihkan cincin bukan kritik je tahu.”

Cuba ambilkan yang ini.” Kata Izumi pada wanita separuh abad yang berada di hadapan mereka, senyumannya masih lagi tidak lekang dari dua ulas bibirnya walaupun sudah lama dia melayan karenah kami yang cerewet. 

What a good choice miss! This is our latest model.” Kata perempuan itu sambil mengeluarkan model cincin yang dimaksudkan daripada kotak kaca.

         Cincin itu disarungkan ke jari manis Izumi. Sempurna!

“Cantik tak?”

“Humph.” Ichinose mengangguk tanda setuju.

“Saya tahu cantik. Cita rasa saya lebih baik daripada cita rasa orang tua awak ni.”

“HEYYY! Saya tahulah saya tua setahun dari awak tapi saya tak adalah tua sangat.” Ichinose mengeluh.

“Kami ambil yang ini ya.” Kata Izumi pada perempuan separuh abad itu. Senyumannya kelihatan lebih lebar daripada yang asal.

        Selesai membuat pembayaran kami keluar dari kedai mewah, Tiffany&Co.

“Saya harap dia suka cincin ni!”

“Mestilah suka!” Izumi meyakinkan Ichinose.

“Izumi rasa…. Irumi suka tak cincin yang kita pilih tadi?” soal Ichinose

“Kan Izumi dah cakap mesti dia suka punya! Sebab pilihan Izumi selalu yang terbaik.” Izumi kata dengan gaya angkuh yang dibuat-buat. 

         Pipi Izumi dicubit.

“Huwaaa! Sakitlah!” Rungutku sambil mengusap-usap kesan yang dicubit oleh Ichinose. Namun Ichinose hanya gelak tiada langsung rasa serba salah dari raut wajahnya.

“Ah! Jom, train dah sampai.” Kata Ichinose sambil menarik tanganku masuk ke dalam train yang hampir tutup.

         Train yang dinaiki mereka padat dan sempit walaupun hari ini hari Sabtu. Tapi apa yang nak dihairankan memandangkan bandar Tokyo adalah bandar yang tidak pernah tidur. Tidak lekang dengan manusia yang sibuk bekerja walaupun pada hari minggu.

          train yang dinaiki muka berhenti dan menyebabkan badan Izumi terasa tidak stabil sehingga dirinya tertumbang di badan Ichinose.

" Ma..af !” kata Izumi dengan suara yang agak rendah. Perlahan-lahan Izumi menjarakkan badan mereka. 

“Tak.. Tak apa…” Suara Ichinose sedikit bergetar daripada biasa. Belakang tapak tangannya hampir menutupi separuh wajahnya. Merah. Wajah Ichinose merah? Idea nakal tiba-tiba menerjah masuk ke benak fikiran Izumi, bibirnya dipaksa tutup untuk menahan gelak.

“Hei ! Tak kelakar lah!” Marah Ichinose apabila tahu dirinya dipersendakan.

“Maaf! Izumi tak pernah nampak Ichinose macam ni. Mesti bila Ichinose dengan Irumi selalu macam ni kan? Haha.” Akhirnya ke tawaku terburai juga. Ichinose selalu nampak hebat dan bergaya. Memang tidak boleh dinafikan, Ichinose mempunyai raut wajah yang kacak.

         Wajahnya mampu memikat mana-mana gadis pun termasuklah wanita separuh abad. Tapi pasti mereka tak sangka Ichinose sebenarnya seorang yang pemalu apabila disentuh perempuan.

“Diamlah! Tak lawaklah! Saya tak macam tu lah dengan Irumi! Saya manly okay!” Marah Ichinose. Ego lelakinya sedikit tercalar.

“Haha. Maaf! Ichinose nampak comel bila malu!” Kali ini Ichinose tidak membalas. Matanya juga ke arah lain tapi wajahnya tampak lebih merah berbanding tadi.

         Pintu train dibuka. Badan Izumi ditolak beberapa kali untuk memberikan mereka ruang keluar dan masuk memandangkan mereka berdiri berhampiran pintu.

         Kedua belah tangan Ichinose tiba-tiba menghadang diri Izumi. Tangannya di pinkan ke tiang belakangnya. Kini giliran Izumi pula yang terasa hangat. Izumi tahu pasti wajahnya sudah merah.

Don’t move” bisik Ichinose. Izumi hanya mengangguk. Mati kata-kata akibat perbuatan drastik Ichinose.

                                                                 +++++++++

“Huwaa!! Apa aku fikir ni! Ichinose dah nak kahwin! Dia dah nak kahwin! Quit think about him Izumi!” Rambut dikusutkan dengan harapan bayangan petang tadi pergi namun hampa.

          Bau Ichinose masih lagi meninggalkan kesan pada baju yang dipakainya. Wangi. Agaknya minyak wangi apa yang dia pakai ya? Kepala digeleng-geleng. Hembusan nafas Ichinose masih terasa di telinga apabila Ichinose berbisik padanya. Tangannya memegang telinga kirinya. Kali ini dia membenamkan wajahnya pada bantal empuk miliknya. Fikirannya kini semuanya tentang Ichinose! Bakal adik iparnya sendiri !

“Saya dah pulang.”

         Suara tu! Itu suara Irumi ! Keluhan kecil dihembuskan. Irumi adalah adik kembar Izumi. Wajah, cita rasa, perangai, dan termasuklah suara mereka semuanya sama. Hanya lesung pipit yang membezakan mereka. Irumi mempunyai lesung pipit di bahagian kanan manakala Izumi mempunyai lesung pipit di bahagian kiri.

“Kakak !” Sapa Irumi. Izumi hanya membalas dengan senyuman.

“Esok Irumi dengan Daiki nak pergi dinner. Boleh tak kakak tolong temankan Irumi pergi shopping pilihkan baju?” Izumi kaku. Terasa kini dirinya telah kembali ke dunia yang nyata.

“Kak ?”

“Ah ya? Mestilah boleh untuk adik kakak!”

“Yey! Okay!”

          Izumi kembali ke dalam biliknya. Dia mengeluh. Ichinose Daiki dan Saotome Irumi. Ichinose Irumi. Ichinose Izumi. Kini keluhan berat pula dilepaskan.

“Kenapa mesti Irumi?”

           Ichinose sangat terkenal di U kami. Kali pertama Ichinose dan dia bertemu ketika mereka di perpustakaan. Buku mereka tertukar. Dari situ Izumi tahu itu cinta pandang pertamanya. Setelah empat bulan Izumi menyimpan perasaan pada Ichinose seluruh kampus digemparkan tentang hubungan Ichinose dan Irumi.

         Hampa, benci, marah, sakit semuanya bercantum satu. Tapi apabila melihat hubungan Irumi dan Ichinose bahagia. Izumi cuba buang semua perasaan itu ke tepi. Tambahan pula Irumi adik kembar kesayanganku. Hari berganti hari, Izumi mula sedar sebenarnya perasaanya pada Ichinose mungkin hanya dia merasa Ichinose adalah sebagai idola dan bukannya perasaan cinta. Perasaan itu mula pudar apabila melihat Irumi dan Ichinose semakin mesra sehinggalah ke hari ini. Perasaan itu tiba-tiba berubah. Kini dia sendiri tidak tahu perasaan apakah itu.
 
                                                                                       +++++++++

“Ah! Izumi-Chan !” Sapa seseorang dari belakang.

 “Ya?”

“Terima kasih sebab pilihkan cincin untuk saya hari tu. Irumi suka sangat!”

“Baguslah kalau macam tu.” Senyuman dilemparkan. Kaki kami masih lagi melangkah menuju ke U.

“Saya janji dengan Irumi saya akan dapatkan lesen untuk jadi pilot. Saya janji akan jaga dia.” Ucap Ichinose riang.

“Er, awak tak sejuk ke sekarang kan tengah musim sejuk?” Soal Ichinose seraya meletakkan mafla berwarna hitam tepat di leher Izumi.

“Saya okay. Ichinose tak sejuk ke?”

“Tak apa saya kan lelaki.” Kata Ichinose sambil senyum. Wajahnya diangkat untuk menghirup udara musim sejuk. Tiba-tiba….

“Izumi! Tepi!” Kata Ichinose sambil menolak kuat badan Izumi.

PANG….. DUMM..DANG..

         Mata Izumi dibuka perlahan. Badannya yang terbaring di atas jalan raya masih lemah untuk bergerak. Benda pertama yang dia lihat ialah darah. Sekujur tubuh dipenuhi darah.
 
          Ichinose !

                                                                                                                     +++++++++

“Izumi !” Jerit Irumi, matanya bengkak. Mungkin kesan daripada menangis.

“Irumi ! Kakak minta maaf”

“Tak apa lah bukan salah kakak. Nasib baik kakak dengan Daiki selamat.”

“Tak. Kakak minta maaf”

“Kenapa ni kak? Bukan salah kakak pun, bukan kakak yang tolak besi-besi tu semua jatuh daripada tapak pembinaan pun.”

          Bibir Izumi diketap. Air mata dipaksa tahan dari keluar.

“Kenapa ni kak? Luka akak sakit ke?”

“Mata…”

“Kenapa dengan mata akak?”

“Doktor cakap….”

“Daiki… Dia akan buta. Dia tak boleh nampak” Sambung Izumi.

            Wajah lega Irumi lesap. Hanya reaksi terkejut yang dipamerkan.

                                                                                    +++++++++

          Sudah sebulan Ichinose koma. Tiada tanda-tanda dia akan bangun. Setiap hari Izumi akan datang mengujungi Ichinose di hospital. Rasa kesal. Semuanya salah dia. Kalau Ichinose tidak selamatkan dia pasti Ichinose dan Irumi sudah bertunang. Kenapa besi itu tidak jatu padanya? Mengapa mesti Ichinose? Mengapa mesti Ichinose yang buta? Mengapa bukan dirinya? Air mata diseka. Dia tak sanggup tengok Ichinose bangun dalam keadaan semuanya gelap.
“Kakak ?” sapa seseorang dari belakang.

“Ah Irumi. Kakak datang melawat kejap je. Kakak dah nak pergi dah ni” Izumi bangun membuka langkah untuk keluar dari sini.

“Irumi pun datang sekejap je.”

“Irumi nak pulangkan cincin ni.” Sambung Irumi sambil meletakkan kotak cincin yang dibelinya bersama Ichinose di meja kecil sebelah katil Ichinose.

“Irumi ?!”

“Irumi tahu, Irumi pentingkan diri. Irumi tahu tindakan ni kejam tapi Irumi tak rasa Irumi akan tahan hidup dengan Daiki. Apatah lagi sekarang Daiki dah buta. Irumi tak nak kongsi hidup dengan orang buta!”

“Kenapa Irumi cakap macam tu ?!”

“Kakak ! Tengoklah dia sendiri ! Dah sebulan kak! Masih tak sedarkan diri! Kakak rasa Irumi gembira ke macam ni?” “Irumi pergi dulu” Irumi keluar tanpa menoleh. Tidak da rasa bersalahkah Irumi berbuat demikian?
       
“Ir…Iru”

          Ichinose! Ichinose sedar?

“Irumi….”

           Irumi dah pergi.

“Irumi….” Panggil Ichinose lagi.

“Nurse! Ichinose dah sedar!” Kata Izumi pada nurse yang berada berhampiran pintu wad masuk Ichinose.

                                                                                +++++++++                                                     

          Wajah Ichinose yang sedang tidur diseka perlahan-lahan olehnya dengan hujung jari. Sudah lama dia ingin menyetuh wajah ini. Baru sekarang dia memberanikan diri. Kini tangannya ligat menyentuh rambut lebat bewarna coklat milik Ichinose.

“Irumi?” Soal Ichinose.

         Izumi tersentak. Perlahan-lahan dirinya melangkah setapak ke belekang.

         Kini Ichinose bangun dari katil, dia mengapai gapai kedua-dua belah tangannya ke hadapan untuk mencari Irumi.

“Irumi… Itu Irumi ke?”Air mata Ichinose mengalir.

        Ichinose. Dia. Betul. Betul. Buta.

        Satu-satu perkara yang hilang daripadanya.

        Penglihatan. Kerjaya. Irumi.

        Salah siapa semua ni?

“Ic…Daiki…”

“Irumi ! Daiki tahu Irumi ada dekat sini! Irumi dekat mana? Daiki tak nampak.”

         Mata Izumi berair. Macam ni lebih baik kan? Daripada Ichinose sedih ditinggalkan Irumi gara-gara dia buta hanya kerana Daiki ingin menyelamatkan dia. Dia hanya perlu menipu. Dia hanya perlu jadi Irumi.

“Irumi dekat sini.” Katanya sambil memeluk Ichinose.

thanks goodness. Daiki ingat Irumi nak tinggalkan Daiki sebab Daiki dah buta.”

“Tak, Irumi tak akan tinggalkan Daiki.”

“Terima kasih Irumi.” Kata Daiki dalam serak. Daiki pasti kesal sekarang. Kesal kerana menolong dirinya. Kotak cincin yang ditinggalkan oleh Irumi dipandang sepi.

                                                                                     +++++++++                                           

“Esok Daiki dah boleh keluar wad.”

“Daiki tak nak keluar wad”

“Kenapa?”

“Daiki tak nak hidup merana daripada sekarang. Dekat luar ada banyak benda bewarna selain hitam. Lagipun Daiki dah tak ada benda nak dibuat dekat dunia ni.”

“Sayangnya dekat kasut ni. Penat je Irumi beli. Ingat nak bawa Daiki pergi jalan-jalan.” Kata Izumi dengan nada sarkastik.

“Hmm.” Kasut yang dibeli oleh Izumi diraba oleh Ichinose.

“Cantik” puji Ichinose. Izumi tersenyum.

“Macam mana Daiki tahu cantik? Daiki tak boleh nampak.”

“Sebab semua benda yang Irumi pilih cantik. Daiki tahu.”

   
                                                                            +++++++++

ICHINOSE DAIKI POV

          Aku melangkah dengan berhati-hati supaya tidak jatuh.

          Bunyi burung, gelak-tawa kanak-kanak, angin.

         Kini gerak langkahku dibantu oleh deria pendengaranku bukan lagi dari deria penglihatan.

          Aku semakin takut apabila mendengar bunyi tapak kaki bergerumi berlari ke arahku. Pergerakkanku semakin perlahan. Tiba-tiba terasa badanku tidak seimbang.

          Apa yang terjadi tadi?

          Dia tidak boleh nampak. Semuanya hitam. Hidupnya kini hitam.

“Dapat pun!”

          Tanganku disambut oleh Irumi daripada jatuh. Lega.

“Kan Irumi dah cakap jalan dengan Irumi . Kalau Daiki jatuh macam mana?”

“Maaf.”

“Eh matahari terbenam!” Jerit suara riang Irumi.

“Banyak betul burung berterbangan, Langit pula warna campuran biru gelap, merah jambu dan oren. Banyak awan mengelinlingi matahari. Warna tasik macam warna langit. Ada orang, Ada bangunan..”

“Cantiknyaaaaaaa!” Jerit Irumi lagi dengan nada gembira.

           Kata-kata Irumi. Daiki dapat membayangkan segalanya dengan hanya kata-kata Irumi. Kini Irumi adalah matanya.

“Daiki?” soal Irumi

           Badan Irumi dipeluk erat olehku. Wajahku dibenamkan ke bahunya.

“Daiki boleh nampak bila Daiki dengan Irumi.” Bisikku pada Irumi.

                                                                                           +++++++++

“Doktor cakap, Daiki boleh nampak balik kalau Daiki dapat penderma kornea.”

“Tapi jangan berharap sangat sebab Daiki rasa macam mata Daiki akan jadi sama je.” Sambung Daiki.

“Tak! Irumi yakin! Lepas ni Daiki boleh nampak! Jangan putus harapan!”

         Ichinose mengetap bibir.

“Okey!” Balas Ichinose sambil memeluk badanku.

“Ah apa ni?” soal Ichinose apabila terasa tangannya terpegang sesuatu

“Oh ni, origami semalam masa Irumi kemas bilik, Irumi jumpa banyak kertas jadi Irumi buatlah origami. Daiki nak buat sama-sama tak? Irumi ada bawa kertas lebih.”

“Ya? Okay je kalau Irumi tolong jadi mata Daiki."

       Izumi senyum selepas mendengar kata-kata Inchinose. Terasa dia sangat penting pada Ichinose.

“Lipat macam ni lepas tu macam ni” Ajar Izumi pada Ichinose. Jari mereka bersentuhan.

“ni apa?” soal Ichinose.

“Daisy. Dalam buku ni tulis maksud bunga ni ‘true love’”

“Kalau macam tu ni bunga untuk Irumi.” Kata Ichinose sambil menghulurkan origami bunga daisy itu.

“Macam bahasa bunga, kalau maksud bunga ni ‘true love’ Daiki nak hadiahkan bunga ni dekat Irumi . Bunga ni gambarkan macam mana perasaan Daiki pada Irumi. Daiki nak Irumi sentiasa ada dengan Daiki.”

         ‘True Love’

          ‘Tapi aku Izumi bukan Irumi.’ jerit benak fikiran Izumi. Fikirannya bercelaru. 

          Orang yang Ichinose cinta Irumi bukan Izumi. Tanpa sedar ada mutiara jernih jatuh di pipinya.

                                                                                           +++++++++

“Kenapa ni? Senyap je?”

“Tak lah. Daiki cuma teringatkan dekat Izumi. Irumi selalu datang lawat Daiki tapi Izumi tak pernah pun melawat Daiki walaupun sekali lepas Daiki selamatkan dia.”

          Izumi tersentak.

          Ini lah peluang dia. Peluang untuk dia tanya pendapat Daiki.

“Daiki rasa Izumi tu orang yang macam mana?” “Kalau Daiki tak tolong dia mesti Daiki tak jadi macam ni kan? Sekarang Daiki rasa Izumi tu orang yang macam mana lepas dia jadikan Daiki buta macam ni?”

“Bukan salah dia…” “Tu cuma kemalangan. Bukan salah siapa-siapa." Mereka senyap seketika.

"Walaupun Daiki cakap macam tu tapi Daiki rasa Daiki tak boleh maafkan dia! Daiki rasa menyesal selamatkan dia. Doktor cakap susah nak cari penderma . Mungkin Daiki akan jadi macam ni untuk selama-lamanya.” Daiki terduduk menutup raut wajahnya dengan lutut.

          Izumi tahu Daiki sedang menangis. Izumi tak nampak tapi Izumi tahu.

          Manusia yang mana suka hidup dalam kegelapan?

“Kalau Daiki tak boleh sembuh Daiki tak akan maafkan Izumi buat selamanya! Daiki benci dia!”

“Tapi kalau Daiki buat macam tu mesti dia akan lebih sengsara, macam Daiki." 

“…Daiki minta maaf. Dia kakak Irumi tapi…”

“Tak… Tak apa. Memang salah dia pun.” Suaraku bergetar.

                                                                                             +++++++++

Mafla yang diberikan oleh Daiki sebelum kemalangan itu terjadi dipeluk erat. Sangkaku Daiki akan memaafkan aku. Tapi sangkaanku meleset. Selama ini dia hanya senyum dihadapan Irumi bukannya Izumi ! Kalau dia tahu sebenarnya selama ini Izumi yang berdamping dengan Daiki . Masih dapatkah dia melihat senyuman Daiki?

         Sejak kemalangan itu matanya tidak pernah kering dengan air mata. Kenapa mesti Ichinose yang sengsara? Biarlah dia sengsara seorang diri.

                                                                                                 +++++++++

“Daiki dapat telefon daripada hospital ! Doktor kata dia dah jumpa penderma ! Daiki boleh datang hospital.” Kata Daiki riang.

“Eh..”

“Um kenapa? Irumi tak suka ke?”

“Tak… Tak… Bukan tu. Irumi suka!”

         Bukankah ini penamatnya? Selepas ini hubungannya dengan Ichinose akan terhenti.

“Baguslah kalau macam tu! Hati-hati Daiki……”

          Bahuku ditarik supaya mendekati Daiki. Dua ulas bibir kami bertemu. Lembut.

“Kita kahwin?”

“Lepas pembedahan ni selesai, mata Daiki dah jadi normal , kita kahwin ya?”

“Kali ni Daiki betul-betul nak jaga Irumi.”

          Air mata Izumi kini tidak dapat lagi ditahan. Benteng yang tersusun akhirnya musnah. Air matanya eluar bertubi-tubi. Izumi mengangguk. Tanda setuju. Andailah Daiki tahu siapa yang sebenarnya yang dia cium....

                                                                                 +++++++++

“Lepas ni mata Daiki dah kembali normal, masa tu tolong jaga dia. Kakak nak Irumi berlakon macam tak ada benda yang berlaku.”

"Har?" Soal Irumi hairan. Dahinya berkerut seribu. Cuba mencari maksud sebenar Izumi.

“Kakak…. Jangan cakap dekat Irumi yang selama ni kakak….?”

Please..…”

I can’t! There’s no way I can do that. I don’t have the right to be with him anymore

“Please Irumi…”

“Please I beg of you, please go back to the way it was before..Think of it as saving me, and saving Daiki. Please.. Please..

          Kalau Irumi tak layak untuk Daiki. Dia lagi tak layak buat Daiki. Dialah yang membuat Daiki menjadi buta, dialah yang menipu Daiki selama ini, dialah juga orang yang Daiki tidak akan maafkan.

          Kali ini dia akan tebusnya kembali. Dia ini semuanya kembali menjadi asal.

                                                                                                                        +++++++++
                                                                             
“Kamu dah fikir masak-masak?”

“Ya . Saya nak kahwin dengan Irumi dan jaga dia kali ni. Sama macam dia jaga saya selama ni.”

“Kalau dah macam tu pak cik tak kisah kalau itu keputusan kamu berdua. Lepas kamu berdua hadapi masa-masa yang rumit bersama pak cik dan mak cik dengan rela hati akan berikan kamu berdua restu kami.”

“Terima kasih sangat-sangat pakcik dan makcik.”

        Bibir diketap. Lebih baik dia naik ke atas daripada mencuri-curi dengar perbulan mereka. Lagipula dia tiada hak. Ini apa yang dia mahukan. Semuanya menjadi asal. Nafas berat dihembuskan. Izumi sendiri tidak tahu sama ada ianya hembusan lega atau keluhan kesal.

"Izumi-Chan?" sapa suara garau dari belakang

                                                      +++++++++


“Macam-macam benda dah jadi kebelakangan ni , tapi saya bersyukur dapat juga saya kahwin dengan Irumi.”

“Maafkan saya Ichinose…..”

“Tak apa. Semuanya dah okay sekarang” Ichinose berhenti sebelum meneruskan kata-katanya

“Sejujurnya kadang-kadang saya menyesal tolong awak daripada kemalangan tu. Sebab awak Irumi selalu nangis sebab kena orang buta macam saya. Walaupun saya tak nampak tapi saya tahu, dia menangis. Sebab awak kami terpaksa tangguhkan angan-angan kami. Sebab awak hidup saya jadi gelap buat sementara.

Saya tak layak menghukum orang. Saya tahu walaupun bukan salah awak tapi saya rasa macam saya perlu salahkan sesuatu. Dan ianya ialah awak, Izumi.

Tapi sekarang saya tak rasa macam tu dah. Saya mula pandang ke arah positif. Kalau tak disebabkan awak kami bahagia sekarang. Saya tahu Irumi cintakan saya walaupun saya tak sempurna macam orang lain. Irumi ada di sisi saya walaupun masa tu perempuan lain mesti akan tinggalkan saya. Tapi Irumi lain.

 Jadi mulai sekarang saya nak hubungan kita jadi macam dulu memandangkan kita akan jadi adik beradik ipar. Boleh kan?”

         Tiada jawapan. Tiada respon. Kata-kata Ichinose bagaikan bilah menusuk masuk ke jantungnya. Perit.

                                                                                    +++++++++

         Bunga Daisy yang diberikan oleh Ichinose dipandang sepi. Bunga itu diambil untuk ditilik.

          True Love huh?

         Tong sampah yang berada dipenjuru biliknya dipandang lama. 

                                                                                   +++++++++


“Tahniah.” Kata Izumi perlahan.

“Terima kasih.”

“Tolong jaga Irumi baik-baik. Saya harapkan awak, adik ipar saya.”

         Daiki mengangguk.

         Daiki kelihatan lebih segak daripada biasa . Bertuksedo hitam.

         Tidak lama lagi lelaki di hadapannya akan menjadi adik iparnya. Perbualan kami terhenti apabila Irumi memanggil Ichinose. Ichinose berjalan ke arah Irumi. Irumi nampak lebih cantik. Sama cantik, sama kacak. Memang sepadan.

          Izumi melihat tingkah dua mempelai ini bergelak tawa bersama

          Sekarang semuanya kembali kepada asal.

                                                                                +++++++++

“Daiki tengok ni! Ni bunga yang Izumi suruh buat mandi untuk mandi bunga nanti. Eh apa nama bunga ni. Daiki tahu?”

“Ah ni bukan ke bunga Daisy. Bunga nilah yang kita buat origami tu.”

“Origami?”

“Eh?”

“Apa Irumi cakap ni. Bukan ke Irumi pandai buat origami?”

“Haha apalah mana ada. Irumi dah lama tak sentuh kertas origami sejak habis sekolah rendah. Izumi lah yang pandai buat origami.”

“Setahun yang lepas bukan ke kita lipat origami sama-sama?

“Eh…Er ye lah, Irumi dah ingat.”

“Irumi lupa yang kita lipat origami sama-sama.

“Sebenarnya… Semua origami Irumi yang lipat sendiri.”

“Err…” Irumi pandang bawah. Tidak langsung berani memandang mata Daiki.

“Irumi?”

“Ingat tak bahasa bunga yang kita cakap hari tu?”

“Emm..”

                                                                            +++++++++
                                                                
       Deruan ombak menenangkan dirinya. Dia berasa lega kerana disini hanya ada dirinya tiada orang lain. Upacara majlis pasti sedang dilangsungkan sekarang. Dia tidak sanggup untuk masuk ke dalam untuk melihat orang yang dicintai berkahwin dengan adiknya sendiri. Pasti Irumi sudah menjadi isteri yang sah pada Daiki. Pasti Daiki sedang gembira. Bayangan senyuman Daiki menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya.

        Dia tak boleh terima semua ini.
       
        Daiki….

        Disinilah tempat yang sesuai untuk menangis. Esakkannya semakin kuat. Dia tidak sanggup untuk menangung perit di dada yang selama ini dipikul. Biarlah hari ini , hari terakhir dia mennagis buat insane bernama Ichinose Daiki.

         Origami bunga daisy yang diberikan Daiki padanya ditilik. Dia benci tentang hakikat yang dia tidak sanggup membuang bunga kertas itu. Angin musim bunga meniup kencang . Bunga origami yang dipegang tiba-tiba terbang.

         Ah

“Bunga tu!” Izumi mengikuti pergerakkan arah bunga itu dek dituip angin. Sehinggalah bunga itu jatuh mendarat tepat-tepat ke dalam air laut.

         Ianya semakin tenggelam.

         Bunga tiruan tak pernah menyerlah.

         Kini baru dia sedar. Bunga tiruan dan dirinya itu tidak mempunyai perbezaan. Mereka berdua tak akan pernah menyerlah. Hujung lengan baju diseka.

         Matanya kini dibuka perlahan-lahan. Ada banyak kuntum bunga daisy yang timbul. Dari mana ia datang? Wajahnya menoleh ke belakang perlahan-lahan.

Real flower suit you better." Sapa suara dari belakang.

         Ichinose?

         Tangan sebelah kiri Ichinose memegang sejambak bunga yang penuh dengan bunga daisy.

         Kini mata kami bertemu.

         Kini mata kami betul-betul bertemu. Kali ini Daiki boleh nampak.

“Saya minta maaf. Semuanya salah saya! Saya minta maaf!” Kata Ichinose. Dia menghampiri Izumi. Izumi kaku apabila badannya ditarik ke dalam pangkuan Ichinose.

“Awak salah orang…. Saya Izumi bukan Irumi.” Kata Izumi seraya menolak kasar badan Ichinose. Dia tidak mahu disalah anggap jika Irumi lihat mereka dalam keadaan begini.

“Saya tahu awak ‘Irumi’ saya.” Kata Daiki lembut.

“Saya IZUMI bukannya IRUMI! Berapa kali saya nak cakap? Awak ni tak faham bahasa ke?! Saya IZUMI IZUMI IZUMI !” Ucap Izumi dengan separa menjerit. Dia sudah tidak tahan. Dia sudah penat dilayan seolah-olah dirinya Irumi. Dia sudah penat hidup dalam menipu.

        Akhirnya dia juga yang sakit.

        Izumi cuba senyum untuk menunjukkan bukti yang dirinya ialah Izumi.

“Saya dah katakan saya Izumi? Lesung pipit saya sebelah kiri bukannya kanan. Awak salah orang Ichinose.”

“Mulai hari ini saya dah tak nak ada kena mengena lagi dengan awak, Ichinose.”

"Saya tak boleh cintakan suami adik saya sendiri."

                                                                                   THE END


Guyssssssss! DONT BE SAD. THERES IS A FULL VERSION FOR THIS STORY Please click HERE for the preface and HERE for the full ver :) enjoy!




Older Post | Newer Post