S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/


The Heartless (Oneshot)
Monday 7 October 2013 | 21:06 | 0 comments




         “Tolong ! Tolong !”

          Orang ramai yang berada disekelilingnya hanya menjadi pemerhati . Tidak membantu . Sudah kering tekaknya meminta pertolongan sambil mengejar pencuri beg sandangnya .

          Izara sampai ke satu lorong sunyi . Tetapi malang bagi Izara pencuri yang mencuri beg galasnya hilang dari
pandangan .

          “Mana dia ? Ahhhhh ! Tak guna !”

          “Kat sini .” Balas seorang lelaki asing sambil memijak pencuri yang telah mencuri beg galasnya dengan sebelah kaki .

           Perlahan-lahan Izara mendekatkan dirinya dengan seorang pemuda itu dengan berani .

          “Kau okey ? Ada cedera ? Lain kali jaga barang tu betul-betul . Careless . Padan muka dah kena rompak . Kalau aku tak ada tadi memang best  mamat ni lesap duit kau .” bebel pemuda itu .

           “Terima kasih .” kepala Izara diangguk-anggukan . Lantas beg sandangnya kini bertukar tangan dan memeriksa kalau-kalau ada benda yang hilang .

            “Cukup ke barang tu ?” soal pemuda itu .

             Izara membalas dengan anggukan kecil .

             “Awak okey ?” soal Izara .

             Ketawa kecil pemuda itu meletus .

             “Apehal kau tanya aku ? Kau yang kena ragut . Bukannya aku . Soalan merepek .”

             Diam . Itu sahaja respon Izara . Dia bukanlah jenis yang pandai bergaul .

             “Awak dah tolong saya , jadi ambil lah duit ni .” kata Izara sambil menghulurkan 2 keping not RM50 .

             Pemuda itu hanya menjeling ke arah duit yang dihulurkan Izara .

             “Aku nak kau teman aku makan . Aku lapar . Boleh ?”

             Izara hanya menangguk . Entah mengapa dia tidak berasa curiga terhadap pemuda tersebut . Izara bukanlah jenis yang banyak bercakap . Dia pendiam malah Izara juga tidak suka bergaul dengan orang lain .

                                                                                           +++++++++

           “Nama awak apa ?” Soal Izara .

          “Panggil aku fiq .” Balas Fiq sambil menghirup air minuman .

          “ Fiq je ? Nama penuh awak ?”

          “ Perlu ke kau tahu ?” Soal Fiq dingin . Menyampah bila ada orang yang menyibuk tentang halnya .

          “Saya cuma nak tahu je .” balas Izara sambil mengetap bibir .

          “ Kau tanya aku . Nama kau ni apa ?”

          “ Izara .”

          “ Izara je ? Nama penuh apa ?”

          “Perlu ke awak tahu ?” ajuk Izara .

          Fiq mendengus .

          “Perlu kod ?”

          “Kenapa ?”

          “ Sebab aku dah tolong kau . So tak tahu nak kenang jasa ke ?”

          “Izara Shazleen .”

           “Cantik nama kau .”

            Izara hanya tersenyum tanda terima kasih .

            “Kalau saya nak jumpa awak lagi boleh ?”

            “Buat apa ?” soal Fiq hairan . Dah kenapa baru kenal nak jumpa banyak kali .

            “Saja .”

            “Esok , pukul 3 petang . Dekat Tasik Titiwangsa .” Balas Fiq tanpa berfikir panjang lantas sekeping kad diberikan kepada Izara . Kemudian pergi meninggal Izara.

                                                                                         +++++++++

         “Anak dara mama termenung apa ni seorang-seorang dekat balkoni ni . Dari tadi mama perhatikan . Kejap-kejap senyum . Kejap-kejap mengeluh .” Soal Datin Izreen kepada anaknya .

            “Tu kat tangan apa tu ?” Soal Datin Izreen lagi setelah terlihat sekeping kad yang berada di genggaman tangan anaknya itu . Seperti tidak mahu lepas .

            “Mama Zara jumpa dia tadi . Hensem ma . Dahlah bekerjaya . Tengok ni ma . He is an architect . Nama dia Hairul Shafiq . Sedapkan ma ? Nama dia . Tu baru nama ma . Tak tengok lagi orangnya . ” Kata Izara riang sambil menunjukan sekeping kad kepada Datin Izreen .

            “Hmm sejak bila pulak anak mama pandai bergaul dengan orang ni ?”

            “Tadi Izara kena ragut .”

            “Apa ?!” Merah padam muka Datin Izreen . Menahan amarah .

          “Dengarlah dulu ! Zara kena ragut tapi dia dapat tangkap peragut tu . Nasib baik tak ada apa-apa hilang .”

            ”Zara cedera tak ?”

            “I'm okey .”

            “Zara ni buat mama risau . Tak bagi tahu mama pun .”

            “Ala hal kecik je la ma .”

           “Mama , esok Zara nak jumpa dia lagi nanti .” sambung Izara .

           “ Hmm . Okey .  Take care okey . Ni kalau papa tahu kamu kena ragut mesti mengamuk habis dia .”

             Izara tersenyum . Janganlah mama beritahu hal ini kepada papanya itu , Dato Heizal . Bukannya dia tidak tahu bapa tirinya itu suka merumitkan keadaan walaupun hanya benda yang remeh . Walaupun Dato Heizal hanya bapa tiri kepada Izara tetapi Dato Heizal amat menyanyangi Izara seperti anak kandungnya sendiri . Apa saja Izara mahukan pasti Dato Heizal tunaikan .
              
                                                                                            +++++++++

            Pensil yang berada ditangannya masih lagi bergerak-gerak melukis pemandangan indah dikawasan tasik itu .

           Bahunya terasa seperti ditepuk-tepuk . Lantas kepalanya dipusingkan sedikit ke belakang .

          “Penat saya cari awak . Awak ni pun cakaplah kat mana ni cakap yag dekat-dekat dengan perpustakaan negara tu . Awak ingat tempat ni kecik ke ?” Bebel Izara .

           Fiq mengendahkan apa yang dikatakan Izara lantas menyambung lukisannya tadi .

         “Wow . Lawanya .” Kata Izara sambil melihat tangan Fiq yang lincah melukis itu . Kemudian dia melabuhkan punggung disebelah Fiq . 

          “Saya nak tengok drawing block awak tu boleh ?”

          “Tak .”

          “Kenapa ?”

          “ 2 words . Tak Boleh !”

          “Oh . Okey .” Izara mendiamkan diri sambil melihat sekeliling .

          “Apehal kau nak jumpa aku lagi ?”

         “ Saja .” Balas Izara pendek .

         “ Oh okey . Kau ni kerja apa ?” Soal Fiq , cuba ingin membuka bicara untuk tidak berasa agak kekok  .

          “ Hm ? Saya tolong papa saya dekat office . Masih belajar selok-belok nak uruskan syarikat .”            

          “Ohh .” Balas Fiq pendek .

           Selang beberapa minit Izara berasa sedikit kekok kemudian badannya digerakan kebelakang dan kedepan . Bosan kerana tiada benda yang harus mereka bualkan .

          “Boleh tak kau jangan gerak ?” Soal Fiq .

           “Kenapa ?” Soal Izara hairan .

           “Aku nak lukis kau . Tinggal badan je ni . Kau duk pusing sana pusing sini . Macam mana nak lukis .”

          “Ek ! Janganlah !” Sergah Izara sambil cuba untuk merampas pensil yang berada di tangan Fiq itu . Fiq berdiri dari tempat duduk kemudian dia meninggikan lagi pensil itu supaya Izara tidak dapat mengambilnya . Seronok melihat telatah Izara yang cuba meninggikan badanya untuk merampas pensil tersebut . Orang disekeliling mereka yang sedang asyik memerhati mereka tidak dihiraukan mereka . 

         “Pendek !” Ejek Fiq .

          “Mana ada ! Saya boleh dapat la !”

          “Ala dah pendek tak nak ngaku . Hah hambek la hambek . Izara kena buli sebab pendek .”

          “Fiq !” Jerit Izara . Sakit pulak hatinya . Tak sangka perangai Fiq seperti keanak-anakan .  Tetapi malang tidak berbau .
         
           Bukkk  !

          Badan Izara yang tidak stabil menyebabkan dia jatuh di atas Fiq .

          “Aduhhh ! Dah la pendek gemuk pula tu . Kau berat la bagun la cepat .” Kata Fiq yang cuba untuk bangun , begitu juga Izara .

         “Weh bro ! Nak acah-acah sweet dengan bini balik rumah lah der .” Kata seorang lelaki yang lalu lalang di situ .

          Merah padam muka Izara . Cepat-cepat dia bangun dan duduk di bangku yang mereka duduk tadi . Fiq juga melabuhkan punggung untuk duduk bersebelahan dengan Izara .

           Izara hanya mendiamkan diri . Mengkalihkan pandangan ke tempat lain . Tidak mampu untuk bertetangan mata dengan Fiq .

          “Zara jaga barang aku kejap . Aku nak pergi toilet  la .” Kata Fiq lantas meninggalkan Izara .

           Izara hanya menangguk . Selang berapa minit . Matanya tertancap pada drawing block . Perlahan-lahan tangannya mengambil drawing block itu . Diselaknya satu persatu muka surat . Tetapi ada satu muka surat yang mengambil perhatiannya . Gambar seorang wanita . Dahi Izara berkerut .

          “Awek dia ke ?” Soal Izara sendiri .

          “Mak aku lah !” Sergah Fiq yang datang dari belakang .

          Izara terkejut . Hanya kaku . Cepat-cepat Fiq merampas drawing block yang berada di tangan Izara kini . Izara memandang wajah Fiq dengan pandangan yang susah untuk ditafsir .

          “Apa tengok-tengok ?” Soal Fiq yang perasan dirinya diperhati dari tadi .

          “Mudanya mak awak .”

          “Dia dah tak ada .” Jawab Fiq pendek .

          “Oh Sorry .”

          “Hmm .”

          “Sekarang awak tinggal dengan ayah awak je lah eh ?” Soal Izara .

          Ketawa sarkastik dilepaskan . Senyuman sinis terukir dibibirnya .

         “Aku tak ada ayah .”

         “Ayah awak pun dah tak ada ?”

         “ Tak ada istilah bapa dalam hidup aku .” Fiq mengetap bibir .

         “Erk . Kenapa ?” Soal Izara . Entah kenapa perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya .

         Fiq memandang Izara dengan pandangan yang kosong . Keluhan kecil dilepaskan .

         “Kau tahu ? Bila aku pandang kau . Aku rasa macam aku nak ceritakan segalanya . Tapi entahlah . Aku segan . Kau dengan aku baru je kenal .”

         “Orang yang kita baru kenal . Kita tak boleh rapat ke ?” Soal Izara lambat-lambat .

          Fiq tersenyum . Fiq cuba menahan sebak di dada . Kepalanya ditundukkan melihat kea rah lantai .

          “ Aku ni hina . Kalau kau kenal aku mesti kau tak sanggup nak kawan dengan aku .”

         “ Kenapa ?”

         “Gambar kau dah siap . Nah tengok ni lawa tak ?” Soalan Izara tidak dihiraukannya .

         “Cantik .”

         “Lukisan aku yang cantik . Kau tak .”

          Izara mencebik . Ada je benda tak puas hati mamat ni . Omel Izara .

          Jom ikut aku . Aku nak bawak kau kat satu tempat ni .” Kata Fiq dengan riangnya lantas menarik tangan Izara .

         “Hey ! hey ! Sabarlah !” Jerit Izara .

         Fiq tidak menghiraukan jeritan Izara . Pintu kereta disebelah kiri dibuka lantas menolak Izara masuk .

          “Kita nak pergi mana ?”

          “Rumah saya .”

          “Ek ! Buat apa pergi rumah awak ?” Soal Izara . Dahinya berkerut seribu

          “Jangan fikir lain lah ! Saya nak tunjuk awak sesuatu ni .

                                                                                               +++++++++

            Rumah mewah itu diamati Izara . Rumah yang agak moden dan ringkas .

           “Cantik .” Kata Izara . Matanya masih lagi mengamati setiap sudut rumah Fiq .

           “Eh . Fiq dah balik ?” Sapa wanita tua yang usianya dalam lingkungan 60-an .

           “ Umi . Ni Fiq nak kenalkan dekat Izara . Zara ni umi Lia . Ala kau panggil dia umi je tak yah malu-malu .” Selamba Fiq berkata begitu dihadapan uminya .

          “ Izara ? Perempuan yang Fiq selalu cerita dekat umi tu ke ?”

         “ Mana ada umi ! Zara umi tipu je . Aku tak ada cerita apa-apa pasal kau okey !”

           Izara hanya menanggukan kepala . Dia masih tidak faham dengan situasi sekarang .

          Fiq menarik tangan uminya lembut pergi ke tempat yang agak jauh dari Izara . Tidak mahu perbualanya diantara umi didengar oleh Izara .

          “ Umi ! Dia baru kenal Fiq la !”

          “  Ek . Selama ni kamu cerita dekat umi . Dia masih belum kenal Fiq la ?”

          “Tak .” Fiq melepaskan keluhan kecil .

          “ Sekarangkan anak umi dah kenal dia . So tak ada masalahkan ?” pujuk umi .

          Fiq tersenyum .

          “ Izara duduklah dulu sementara umi hidangkan makanan .”

          “ Eh tak apalah umi susah-susah .” Tolak Izara lembut .

          “ Ala apa yang susah sangat . Kejap je .”

         “ Umi ! Fiq nak bawak Lia masuk galeri Fiq kejap ye .”

         “ Hmm baik-baik ya .”

         Fiq menarik tangan Izara menuju ke galeri mini miliknya . Izara hanya mengikut langkah Fiq .

          “Tutup mata kau .” Kata Fiq apabila sampainya mereka di depan pintu .

          “Apesal pulak ?”

          “ Aku kata tutup , tutup je la .”

         “Hmm ye la ! .”

        “Nah buka sekarang ! Taraaa . Lawa tak ?”

         “ Izara terkaku .”

         “ Perhatiannya kini hanya pada sebuat potret besar .” Perlahan-lahan langkahnya mendekati potret tersebut .

          “ Kenapa gambar saya dekat sini ?”

         “ Kau rasa ?” Soal Fiq yang sedang duduk dibangku dan menyambung melukis lukisannya yang hampir siap itu .

         “ Mana saya tahu .”

         “ Kau rasa aku baru kenal kau semalam ke ?”

         Izara bingung .

         “ Kau rasa apa orang macam aku ni buat dekat lorong sunyi tu ? Merempat ? Arkitet macam aku merempat ?” Soal Fiq .

         “ Aku dah lama stalk  kau dari zaman sekolah menengah lagi . Kau je tak kenal aku . Tu lah kau sombong sangat .” Fiq ketawa kecil .

         “ Apa ?”

         “ Dekat sekolah . Kau diam je . Apa yang aku tertarik dengan kau ni . Kau ni jenis rendah diri . Ye lah kau kan anak orang kaya , jenis orang kaya macam kau ni ramai yang nak kawan , ramai lelaki suka tapi kau buat endah tak endah je .”

        “ Awak selalu perhatikan saya ?”

        “ Mestilah . Lepas habis sekolah dah lama tak dengar cerita pasal kau . Tapi semalam aku dengar ada orang minta tolong . Aku tolonglah . Tapi rupa-rupanya orang yang aku tolong tu kau . ”

        “Dah lama aku lukis tu . Tapi sekarang baru dapat tunjuk kat kau .”

        Izara hanya diam . Dia memandang Fiq dengan pandangan yang kosong . 

        “ Awak kata mak awak dah tak ada .” Soal Izara . Sengaja dia menukar topic perbualan . Terasa janggal .

        “ Oh umi tu mak sedara aku . Dari kecil dia yang jaga aku .”

        “ Oh .” Jawab Izara pendek .

        “ Desing  rumah awak ni , awak reka sendiri ke ?” Soal Izara lagi .

        Fiq tidak menjawab hanya anggukan sahaja diberi .

         “Rumah aku tak lah mewah sangat macam rumah  ayah tiri kau tu . Untung kau kan ? Walaupun dia ayah tiri kau je . Dia sayang kau .”

          “ Mana awak tahu dia ayah tiri saya je ?” Soal Izara hairan . Setahu dia tidak siapa kawannya tahu yang Dato Heizal hanya bapa tiri kepadanya .

          “ Izara Shazleen Binti Izwan . Ayah awak nama Izwan . Tapi semua orang tahu yang ayah awak Dato Heizal . Lagipun awak bukan guna sangat pun nama ayah awak tu . Kalau orang tanya nama awak , awak just pakai ‘Izara Shazleen’ . Lagipun kau jenis tak suka bergaul so orang tak amik kisah sangat kan ?”

          “Tapi macam mana awak tahu nama ayah kandung saya ?”

          “Apa susah ? Maklumat peribadi kau kan ada .”

          “ Stalker  !”

          “ Memang .”
           
         “Kalau awak tahu siapa saya . Kenapa saya tak boleh tahu siapa awak ?” Soal Izara .

         “Aik , Tak kenal lagi ke ? Hairul Shafiq la”

         “ Bin ?”

         “ Abdullah .”

         “ Abdullah je ?”

         Fiq hanya menangguk . Soalan Izara hanya dibuat endah tak endah saja .

         “ Dah la . Zara jom makan . Mesti umi dah sediakan makanan untuk kita tu . Lama dia tunggu .”

                                                                                                +++++++++
       
         Izara berjalan-jalan dalam sekitar perumahan milik Fiq . Bingkai gambar yang tersusun kemas di atas rak kayu itu diperhati Izara satu persatu . Bibirnya mengukir senyuman .

         “Comel .” Bisik Izara sendiri .

         “Comel kan ?” Sapa suara wanita yag berada di belakang . Lantas kepala Izara berpusing untuk mencari pemilik suara tersebut .

         “ Oh ! Umi .”

         Umi tersenyum . Kemudian perlahan-lahan membuka langkah untuk mendekati Izara .

        “Sedap tak umi masak tadi ?”

        “Sedap umi . Sedap sangat . Nanti kalau Zara datang sini lagi nak makan masakan umi boleh ?” Soal Izara tanpa segan silu . Entah kenapa Izara berasa tenang apabila berada di samping umi .

         “Mestilah boleh . Temankan umi .”

         “Zara , Umi nak tanya sikit ni .” Soal Umi kepada Izara .

         “Tanya apa ?”

         “Kamu sayangkan Fiq ?”

          Izara terkedu . Tidak terjangka soalan cepumas itu akan keluar dari mulut umi .

         “Fiq tu sayang sangat dekat Izara . Dulu Fiq selalu ceritakan pasal Zara dekat umi . Umi harap sangat , Zara dapat gembirakan dia. Cukuplah umi lihat zaman kanak-kanak dia menderita . Umi tak nak tengok dia yang sekarang pun menderita .”

         “Kenapa dengan zaman kanak-kanak dia umi ?” Soal Izara ragu-ragu . Dia masih bingung dengan status Fiq . Apa yang Fiq cuba sembunyikan dari dia ?

         “ Umi tak boleh nak ceritalah Izara . Zara tanyalah dia sendiri nanti .” Pujuk umi lembut .

                                                                                                   +++++++++

          Izara tersenyum apabila melihat kelibat Fiq . Puas dia mencari tapi disini jugalah tempat yang paling Fiq suka . Di geleri mini miliknya .

          Sudah lebih 3 bulan mereka berkawan dan mengenal hati budi masing-masing . Izara juga selalu berkujung ke rumah Fiq untuk menemankan umi yang keseorangan . Izara sudah menanggap umi seperti ibu kandungnya sendiri . Keluarga Izara juga sudah mengenali Fiq dan umi .

          “Hah ! Kat sini pun awak !” Sergah Izara dari belakang . Sergahan Izara menyebabkan Fiq terperanjat dan cat yang berada dia atas meja bersebelahan dengan Fiq tertumpah .

          “Hoi ! Kau ni kalau aku kena heart attack macam mana ? Tengok dah tumpah cat ni semua .” Marah Fiq .

         “Ala . Sorry la .” Kepalanya ditundukan . Tidak berani bertentang mata dengan Fiq apabila Fiq sedang marah .

         “Kemas balik .” Balas Fiq pendek . Kemudian dia sambung melukis lukisannya yang terbengkalai itu tadi .

          Izara mengambil kain lantas mengelap lantai yang dipenuhi cat itu . Tiba-tiba muncul idea nakal dari benak fikirannya .

         “ Fiq tengok ni .” Kata Izara riang . Fiq memusingkan sedikit kepalanya dan nahh hambek kau .

         “ Zaraaaaaaaaa !! Nak kena ke ? ” Jerit Fiq . Bergema suara Fiq di galeri nya itu . Sakit hati apabila Izara menyapu cat di mukanya .

        “ Nak pukul saya ? Buatlah saya ngadu kat umi .” Cabar Izara .

        Fiq mengambi sedikit cat yang masih tersisa di atas lantai kemudian dicontengnya muka Izara . Izara tidak dapat melawan kerana Fiq terlebih dahulu telah mengenggam erat kedua belah tangannya dengan sebelah tangan .

        “ Ni misai kucing untuk kau . Ni pulak hidung kucing . Kat sini pulak buat misai . Kat sini janggut hah lawanya muka bakal isteri saya ni .” Usik Fiq selamba .

         “Eeei ! Lepaslah ! Sakit ! Siapa nak jadi isteri awak hah ? Dah la kuat buli lepas tu sikit-sikit marah .”

           Fiq tersenyum .

          “Awak tak nak jadi isteri saya ke ?” Soal Fiq lembut . Tangannya masih lagi memeggang erat tangan Izara tetapi kali ini sedikit lembut .

          Izara terkedu . Diam . Itu sahaja respon yang dapat dibalasnya kini . Fiq berguraukah ? Sebenarnya dia tidak maksudkanpun kata-katanya tadi . Dia hanya bergurau . Sejak hari pertama Izara mengenali Fiq lagi dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan Fiq .

         Fiq sedar perubahan wajah Izara . Kemudian dibiarkan sahaja Izara yang sedang bingung itu kemudian Fiq menyambung lukisannya .

         “Lupakan jelah apa aku cakap tadi Zara . Aku gurau je . Tapi kalau ya pun aku rasa benda tu takkan pernah terjadi pun . Ye lah kalau kau kenal siapa aku mesti kau takkan terfikir nak jadikan aku suami kau . Sebab aku ni hina .”
                
         Aku ni hina . Kalau kau kenal aku mesti kau tak sanggup nak kawan dengan aku.”
         
          Izara tersedar sesuatu . Apa maksud Fiq ? Apa yang menyebabkan Fiq berfikir dia tidak akan sanggup untuk berkawan dengan Fiq setelah dia tahu indentiti sebenar dirinya ? 

         “Apa maksud awak ?” Soal Izara .

         “Hubungan kawan kita yang terjalin selama 3 bulan ni masih tak cukup ke untuk saya tahu kebenaran tentang diri awak ? Awak selalu tekankan perkataan ‘hina’ dekat diri awak sendiri . Apa yang awak buat sampai awak rasa macam tu ? Awak kenal saya . Awak tahu siapa diri saya .dari sebelum kita berkawan lagi . Saya rasa macam tak adil bagi saya kalau saya tak tahu tetang diri awak , Fiq .” sambung Izara .

         Fiq menarik nafas panjang .

         “Apa yang kau nak tahu sangat tetang hidup aku yang malang ni ?”

         “ Everything about you .

         “Aku … Aku ..” Keluhan kecil dilepaskan . Dia masih tidak bersedia untuk menceritakan kepada Izara . Macam mana kalau Izara akan menjauhkan dirinya jika dia sudah memberitahu siapa dirinya kepada Izara . Fiq masih tidak bersedia untuk kehilangan Izara .

        “Kalau aku cakap . Janji dengan aku kau takkan tinggalkan aku boleh ?” Soal Fiq perlahan .

         Izara mengangguk perlahan . Bersedia mendegar apa yang hendak dikatakan Fiq .

        Fiq menarik nafas panjang .

        “Aku anak haram .”

        Izara terdiam sejenak . Dia memandang Fiq dengan penuh tanda tanya .

        “Kan aku dah cakap . Kau mesti tak dapat terima aku .” Ketawa sarkastik dilepaskan . Dia cuba ketawa untuk tidak nampak lemah dihadapan Izara .

        “Sayakan dah janji takkan tinggalkan awak .” Pujuk Izara perlahan . Kemudian dia mengagahkan diri untuk mendekatkan diri di sisi Fiq . Bahu Fiq ditepuk lembut .

        "Don't pretend that you're not disgusted with me!" Jerit Fiq dan menyebabkan Izara sedikit terkejut dengan tingkah Fiq yang berubah secara mendadak itu .

         Fiq mengetap bibir . Matanya mula berkaca , menahan sebak di dada . Dia tidak kisah kalau Izara berasa jijik terhadapnya tetapi hatinya sakit jika Izara cuba untuk berlakon tidak kisah dengan dirinya yang hina itu . Baginya Izara cuba memperlekehkan dirinya walaupun dia tahu Izara tidak bermaksud sebegitu .

        “Darah yang mengalir dekat diri aku ni kotor . Aku tahu kau sebenarnya jijik dengan aku yang sekarang kan ? Tak apa . Aku tak kisah . Bukannya salah pun kalau kau jijik dengan aku . Tapi aku minta kau satu je jangan pura-pura tak kisah .”

        “Sebab tu nama bapa aku Abdullah .” Sambung Fiq lagi . 

        “Tapi tak semua orang nama Abdullah tu anak haram kan ?”

        “Tapi aku anak haram .” Fiq masih lagi dengan tanggapannya .

        “Fiq….” Panggil Izara lembut .

        “Aku selalu terfikir , salah aku jadi anak haram ? Salah aku ke ? Apa yang aku dah buat sampai aku kena hidup macam ni ?” Air mata Fiq turun dengan laju . 

        “Bapak aku dia perkosa mak aku . Lepas tu menghilangkan diri . Hidup kami susah sangat . Umi kata nenek halau mama bila dapat tahu dia pregnant , masa tu umi jelah harapan mama untuk hidup . 4 tahun lepas aku dilahirkan , mama meninggal . Selama mama meninggal , umi yang jaga aku . Nasib baik ada umi kalau tak mesti aku dah hidup merempat .” Fiq memandang lukisan dihadapnya . Berus cat diambil lantas mencelupkan cat yang berwarna ungu kedalamnya kemudian Fiq menconteng potret lukisannya  yang masih belum lengkap itu . Izara yang berada disebelahnya itu hanya menjadi pemerhati . Membiarkan Fiq beremosi .

        “Masa mama meninggal , nenek aku datang rumah . Masa tu nenek menangis lepas tu dia asyik salahkan aku . Depan orang ramai dia tarik rambut aku , dia tampar aku . Salah aku ke mama meninggal ? Apa yang aku tahu waktu aku 4 tahun ? Hanya tahu bermain . Dia cakap dekat aku yang aku ni bawa sial lahir dekat dunia ni . Tapi aku tak minta pun untuk hidup Zara . Aku tak minta pun !”

         "Semua jiran-jiran aku pandang hina dekat aku . Sebab aku ni anak haram . Pembawa sial . Aku memang sial kan ? Siapa yang nak kawan dengan anak perogol macam aku ni ? Kau je Zara nak kawan dengan aku tapi nanti mungkin kau tinggalkan aku kod ? Yelah mungkin nanti kau jadi mangsa aku ke ?" Fiq ketawa . Sebenarnya tidak terniatpun untuk berkata sebegitu .

         "Fiq....." Izara sedikit takut , matanya mula berkaca . Takut apa yang dikatakan Fiq tadi menjadi benar .

         "Kenapa ? Takut ? Atau kau masih lagi rasa nak berkawan dengan aku ?"

         "Saya...Tahu awak bukan macam tu Fiq ." Izara masih mengagahkan diri untuk mendekati Fiq .

         Fiq mula perasan dengan perubahan wajah Izara . Fiq tahu Izara cuba untuk mengagahkan dirinya untuk rapat dengannya . Senyuman sinis terukir .

         "Kau baru kenal aku 3 bulan Zara ! Apa yang kau tahu tentang aku ?" Tengking Fiq . Rahangnya diketap .  Kemudian dia menjatuhkan pandangan ke bawah lantai . Tidak sanggup melihat air mata Izara jatuh kerana dia . 

        “Bila aku dah besar, aku terfikir juga memang salah aku pun . Kalau aku tak dilahirkan di dunia ni mesti mama bahagia . Mesti mama masih hidup .” Kata Fiq lembut . Kali ini dia cuba berlagak tenang . 

        “Fiq awak salahkan takdir ?” Soal Izara lambat-lambat .

         Fiq memandang Izara dengan pandangan kosong .

         “Apa yang kau tahu tentang takdir Izara ? Hidup kau mewah , kau bahagia , dari kecil dimanja . Kita berbeza . Kau ada ibu , kau ada ayah . Walaupun Dato Heizal tu bukanlah ayah kandung kau tapi dia sayang kau macam anak kandung dia sendiri . Tapi aku ? Bapa kandung aku sendiri aku tak kenal . Kalau aku jumpa dia agaknya dia akan terima aku tak ? Oh hell of course no. Aku pun tak hadap nak jumpa dia lah ! Sebab dia hidup aku menderita !”

          Kemudian Fiq memasukan berus cat ke dalam cat berwarna merah , biru , coklat dan hitam dicontengnya lagi di potret yang sama dan menyebabkan potret tersebut menjadi hitam . Itulah perasaan yang dapat digambarkan olehnya .

          “Sebab aku anak haram . Tak ada siapalah yang akan terima anak haram macam aku ni ! I’m useless .” Jerit Fiq . Esakan Fiq makin kuat bergema di galeri mini miliknya .

          “Dunia tak pernah adil ! Heartless !” Jerit Fiq lagi .

          “Apalah guna aku menangis . Ianya takkan mengubah apa-apa pun .” sambung Fiq .

          Izara berdiri menghadap Fiq . Kepala Fiq diangkat oleh kedua belah tangannya supaya wajah mereka betentangan . Izara cuba mengukir senyuman . Kedua ibu jarinya mengelap kesan air mata yang berada di wajah lelaki berkulit putih itu . 

          “Awak tahu tak Fiq ? Masa saya kecil saya dah kehilangan ayah kandung saya sendiri . Awak tahu apa yang saya rasa ? Saya rasa dunia ni memang tak adil . Kenapa kanak-kanak yang lain boleh dapatkan kasih sayang seorang bapa lebih lama dari saya ? Kehilangan ayah amat terasa bagi saya . Saya kehilangan dia dengan tiba-tiba tanpa sebarang selamat tinggal . Awak fikir hidup saya tak pernah merasa kesedihan ke walaupun saya dilimpah dengan kemewahan ?” Kini air mata Izara pula membasahi pipi . Dia sebak apabila mengingatkan ayah kandungnya . Ayah kandungnya pergi meninggalkan dia dan mama ketika dia berusia 13 tahun . Selama ini ayahlah pendorong semangat mereka sekeluarga .

         “Tapi sekurang-kurangnya kau bahagia sekarang .”

         “Jadi selama ni awak tak bahagia ?” soal Izara . Dengan esakan yang masih tersisa .

         Fiq terdiam . Selama dia kenal dengan Izara . Dia bahagia . Izara selalu membuat dia tersenyum . Banyak kenangan manis yang telah mereka cipta sejak mereka kenal . 

         “Semua yang berlaku ada hikmah Fiq .”

         “Tapi kenapa aku ? Tak boleh ke aku hidup macam orang lain ? Bahagia . Ada ibu bapa . Aku rasa tak berbaloi aku hidup dekat dunia ni . ”

         “Awak kan ada umi . Umi sayang awak .”

         “Tapi dia bukan umi kandung aku .”
         
         “Pernah ke dia layan awak macam orang asing ?”

          Fiq terdiam sejenak . Air matanya diseka menggunakan hujung lengan baju .

          Izara melihat potret yang telah diconteng cat oleh Fiq .

          “Awak tahu awak ni macam potret ni . Masa awak mula-mula lukis dekat atas dia . Dia putih . Tapi sekarang dia dah jadi hitam , serabut , selekeh . Awak yang corakan dia . Samalah macam awak , masa awak lahir awak bersih dari dosa . Awak yang corakan hidup awak sendiri dan sekarang awak dah berjaya .”
     
         "Walaupun awak anak haram . Itu bukan salah awak . Mereka yang salah nilai awak Fiq . Pedulikan apa orang kata . Awak adalah awak . Awak hidup dekat dunia ni bertujuan . Tujuan awak lahir bukan untuk salahkan diri awak sendiri Fiq ."

         “Awak anak haram bukan salah awak , Fiq . Tapi salah ayah awak . Kenapa awak nak salahkan diri sendiri atas kesilapan orang lain ?” sambung Izara lagi . Tangan Fiq digengam kuat oleh Izara .

                                                                                                  +++++++++

           “Aeril kenapa monyok je ni ?” Soal wanita tua dari belakang .

           “Papa tu la nenek ! Bila Aeril minta dukung , papa bagi banyak alasan . Aeril dah berat la apa lah . Mama tu besar dari Aeril , papa dukung boleh pulak !” Lalu wanita tua tersebut mencuit hidung anak kecil yang berusia 4 tahun itu . Lucu melihat cucu kesayangannya itu merajuk .

            “Ala bagi la chance dekat mama pulak . Asyik Aeril je kena dukung . Ni nenek nak tanya . Aeril nampak kat mana papa dukung mama ?”

            “Dekat bilik diaoranglah . Aeril sebenarnya nak amik mainan tadi kat bilik papa . Lepas tu ternampak papa ngorat mama pulak .”

            “Amboi mana belajar ni ‘ngorat ngorat’ ni ?” Sapa suara asing dari belakang . Lantas Aeril dan wanita tua itu berpusing ke belakang melihat pemilik suara tersebut .

            Mereka berjalan seiring mendekati Aeril dan wanita tua tersebut .

           “Ala mama tengok tv la ma . Dekat tv tu asyik cakap “saya nak ngorat awak boleh ?”

            “Eish ! Budak bertuah ni . Dah pergi main jauh-jauh sana .” Kata waita itu . Aeril akur . Dia turun ke kerusi lantas masuk ke rumah . Lelaki yang berada disebelah wanita tersebut hanya ketawa . Lucu melihat gelagat anaknya yang seorang itu .

            “Hah ! Zara main dukung-dukung nampak dengan Fiq .”

            “Ish ! Budak bertuah ni . Dia bagi tahu apa lagi dekat umi ?” Soal Izara . Merah padam mukanya . Fiq yang berada disebelahnya masih lagi ketawa .

            “Tak adalah tu je la dia bagi tahu . Aish , nakal betul .”

            “Ala apa salahnya nak bermanja dengan isteri sendiri kan ?” Soal Fiq kepada umi . Sambil tangannya merangkul pinggang Izara , kemudian Fiq menghadiakan Izara satu kucupan di pipi Izara .

           “Ish abang ni ! Umi kat depan kan ! Tak tahu malu betul .” Marah Izara .

            “Eleh kedekut .” Fiq mencebik .

           “Eeei buruk betul muka abang macam tu .”

           “Eleh buruk-buruk pun nak juga Zara kahwin dengan abang .”

            Umi hanya tersenyum melihat telatah Izara dan Fiq . Sudah lama Fiq tidak segembira itu .

           “Dah la umi masuk dalam dulu , nak masak .”

           “Hah ! Biar Zara tolong umi ya .”

           “Eh tak apalah tak nak kacau ‘pengantin baru’ .”

           “Ish apa la umi ni pengantin baru apanya dah lama pun kahwin .”

           “Ala sayang kan umi cakap tak apa . Sayang temankan abang je la .” Rengek Fiq .

            Umi tersenyum kemudian meninggalkan mereka berdua . Kalau dia duduk lama disitu pasti kesudahnya tak masaklah dia melayan karenah Fiq dan Izara .

           “Sayang….” Panggil Fiq .

           “ Ya ?”

            Fiq bangun dari duduk . Berdiri menghadap Izara yang kini sah menjadi isterinya .

           “Terima kasih .”

           “Kenapa ?” Sebelah kening Izara diangkat .

           “Sebab sudi terima abang . Bahagiakan abang .” jawab Fiq kemudian ubun-ubun Izara dikucupnya lembut . Tidak dapat Fiq mengambarkan perasaannya kini . Sungguh dia sayang Izara dan dia tidak mahu kehilangan gadis itu . Kini dia bahagia . Semoga kebahagian itu berkekalan . 

                                                                                                 TAMAT


ehem . bahahhahahah sumpah tak boleh blah oke ending tu -.- serius aku tak pandai buat ending . Pengunaa ayatpun aku tengok macam serabut sikit . btw click SINI lepas habis baca . LEPAS HABIS BACA ! 





Older Post | Newer Post