S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/


I LOVE U MR ANNOZYING (Chapter 2)
Sunday 24 March 2013 | 03:38 | 0 comments




     Jam di tangan dijeling sekilas . Janji keling betul lah mamat ni . Kata pukul 8 malam , ni dah pukul 8.09 malam dah . Gumam Erlina . Pantang dia dengan orang yang tidak menepati masa . Semasa Erlina sibuk membebel , satu kereta memasuki pekarangan rumah Erlina . Cahaya lampu yang terang menyakitkan mata Erlina . Lantas dia menutup matanya dengan sebelah tangan .

    Ameer turun dari kereta Lamborghini Gallardo berwana kelabunya itu . Lantas dia menarik Erlina dari berdiri di hadapan cahaya lampu keretanya pergi ke pintu penumpang kereta .

“Awak tak apa-apa ? Lama ke tunggu?”

    Perlahan-lahan mata Erlina dibuka . Boleh silau matanya tadi . Tak boleh pakai betul Ameer ni . Macam tak ada tempat nak parking kereta . Nak suluh lampu kereta dia dekat aku juga . Getus Erlina .

“Saya okey . Lain kali jangan buat macam tu ! Sakit lah mata saya . Hah lagi satu . Awak lambat 10 minit tahu ?”

“Err . I’m sorry . Ala , 10 minit je .”

“Hello . Time is gold okey ! Lagipun saya tak suka orang tak tepati masa .”

Ala . Kalau saya datang awal-awal pun buat apa , awak bukan nak keluar pun dengan saya . Awak Cuma terpaksa je bukan ? Lagipun saya ingat perempuan bersiap lambat . Sebab tu saya lewat sikit . Saya malas nak tunggu .”

“Saya bukan jenis macam tu okey ! Dari pukul 7 malam saya dah bersiap .”

“Awalnya . Tak sabar nak keluar dengan saya lah tu .” Jawab Ameer sambil tersenyum penuh makna .

“Mana ada !”

“Malu . Tak pe saya faham orang perempuan . Malu tapi mahu . Dah la jom .” Balas Ameer sambil membuka pintu kereta penumpang . Erlina masih kaku berdiri . Perlahan-lahan Erlina mendekati Ameer . Degupan jantung Ameer semakin berdegup kencang . Jarak antara dia dan Erlina begitu hampir dan kemudian Erlina masuk ke perut kereta . Ameer terceggang .

     Ingat nak peluk aku tadi . Hish . Erlina ni , suka buat suspen je . Telah Ameer . Pintu kereta bahagian penumpang itu ditutupnya perlahan . Ameer mengahamburkan keluhan kecil .  Memang dia tidak suka dengan perasaannya sekarang .

                                                                      +++++++++++++

     Semasa perjalanan . Erlina lebih banyak mendiamkan diri dan termenung daripada bercakap . Wajah mulus Erlina dicuri pandang . Erlina sedang menyelak menu makanan . Comel .  Ameer mengenakan kaca mata hitam , walaupun malam-malam . Dia tahu agak pelik tapi dengan cara itu mudah dia mengesan tindak tanduk Erlina .

    Erlina yang tidak selesa dengan Ameer yang seperti merenungnya hanya menyelak menu makanan yang disediakan di restoran mewah ini . Dia tidak mahu kelihatan janggal bila bersama Ameer . Walaupun kepala Ameer tertuduk sedikit seperti melihat menu makanan tapi bagi dia , Ameer seolah-olah merenungnya .

   Kenapa mamat ni pakai kaca mata hitam dekat restoran ni ? Buang tebiat betul . Erina terus menyelak menu makanan . Kadang-kadang mulutnya sedikit ternganga . Mak oi . Mahalnya . Mana dia ada duit . Ameer pun satu kenapa dia bawa aku ke sini . Kalau setakat kedai mamak no hal lah dia nak belanja .

   Seorang pelayan lelaki datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan .

“Awak nak makan apa ?” Tanya Ameer kepada Erlina .

“Ameer ..”

“Hah ? Kejap . Saya nak check dekat sini ada tak makanan nama Ameer .”

“Ameer . Awak ni kan ! Saya nak tanya , lepas makan ni siapa yang bayar ?”

     Ameer menghamburkan ketawa . Entah apa yang kelakar .

“Saya yang bayar . Awak jangan risau .”

“Oh . Kalau macam tu saya nak Grilled Steaks Balsamico, Smores pie and orange juice please .” Kata Erlina kepada pelayan berkemeja hitam puith itu . Sudah Ameer ingin belanja , apa salahnya dia mentalam dua muka untuk memesan banyak makanan . Lagipun dari tengahhari tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan kerana kerja yang terlalu banyak .

“Bagi saya lamb chop with mashed potatoes and orange juice .” Pelayan itu beredar pergi setelah mengambil pesanan .

“Awak memang banyak makan eh ? patutlah gemuk .” Suara Ameer memecahkan suasana hening antara mereka berdua setelah pelayan lelaki itu beredar .

     Erlina memandang dirinya sekilas . Gemuk ke dia ? Setahu dia . Setiap minggu , Erlina pergi ke gim . Cuma minggu lepas dia tiada masa untuk bersenam .

“Mana ada saya gemuk .”

“Gemok”

“Saya tak gemuk lah !”

“Apa-apa je la gemuk . Dah gemuk tak nak mengaku .”

“Huh .” Keluhan kasar dilepaskan . Sungguh dia malas hendak bertekak dengan Ameer .  Ameer tersenyum puas . Seronok lah tu orang bagi dia menang .

        Suasana antara mereka kembali sunyi . Kadang-kadang , Erlina mengambil kesempatan menjeling Ameer sekilas semasa Ameer sedang bermain-main dengan telefon bimbitnya .

         Wajah Ameer yang putih itu direnung . Ameer memang seorang yang bergaya . Memang tak dinafikan . Walaupun Ameer memakai kaca mata hitam . Tetapi hidung dan mulut Ameer tetap menampakan wajah Ameer yang kacak . Lama . Erlina merenung Ameer sebegitu sehinggakan dia tidak perasan yang Ameer sedang merenungnya juga .

         Ameer masih lagi berlakon bermain-main dengan telefon bimbitnya sedangkan dia tidak tahu apa yang tekan-tekan olehnya . Segaris senyuman terbit di bibir . Boleh ditafsirkan senyuman nakal . Erlina makin leka dengan merenung wajah Ameer apabila Ameer tersenyum . Dia tidak tahu dan tidak mahu tahu apa penyebab Ameer tersenyum . Sungguh . Dia rindu wajah lelaki di hadapannya .

“Tak puas lagi ke renung saya ?” Suara Ameer menghentikan lamunan Erlina . Erlina duduk menegak . Ameer perasan dia sedang merenung Ameer ? Merah padam muka Erlina apabila ditegur sebegitu oleh Ameer .

“Awak memang suka pandang saya ke ?” Tanya Ameer lagi .

“Hari tu dekat restoran . Dah lama saya perasan yang awak asyik pandang saya je . Saya biarkan je la awak pandang saya . Lagipun saya dah biasa . Mana-mana saya pergi mesti ada je perempuan renung saya .”

“Awak ni kuat perasan lah ! Saya tak pandang awak pun !” Balas Erlina . Menafikan tuduhan Ameer . Tetapi memang betul pun apa yang ditutur Ameer tadi .

“Saya pun suka tengok awak . Awak comel . Ala tak payah lah malu nak mengaku . See saya dah mengaku dah .” Lantas Ameer medekatkan sedikit wajahnya pada wajah Erlina . Erlina yang sedikit terkejut dengan tindakan Ameer membelakangkan sedikit badanya .

“Bila saya dah bagi awak tengok muka saya dekat-dekat . Tak nak pulak awak pandang wajah kacak saya ni . Huh .” Jawab Ameer sambil menyilangkan kedua belah tangannya sambil memuncungkan bibir .

      Erlina tersenyum melihat gelagat Ameer yang manja itu . Sedang rancak Erlina dan Ameer berbual tak lama kemudian . Makanan tiba di meja mereka .

“Sedapnya bau .”

    Ameer tersenyum melihat gelagat Erlina . Erlina memang sungguh comel . Dengan rambut yang dilepaskan dan hanya mengenakan baju peplum berwarna hitam dan seluar jeans . Walaupun Erlina hanya mengenakan pakaian yang ringkas tetapi Erlina tetap comel bagi Ameer .

“Memang lah sedap . Sebab duit saya yang melayang .”

     Erlina tersenyum .

“Awak kan kaya . Apa salahnya belanja saya .”

“Apa sebab awak kata saya kaya ?”

“Tengok lah kereta awak . Lamborghini . Gaya awak pun macam ahli koporat .”

“Kalau saya kata kereta tu saya pinjam kawan saya . Awak masih nak kawan dengan saya tak ?”

“Mestilah .”

"Lepas ni . Kalau awak free lagi . Saya ajak awak keluar boleh ?"

"Tengok lah ."

"Tapi awak setuju kan kawan dengan saya ?"

"hmm" Erlina menangguk tanda setuju .

      Ameer tersenyum puas . Lega . Dia dan Erlina tidak akan terputus hubungan begitu sahaja . Ameer masih lagi sedang memerhatikan tingkah Erlina yang sedang makan . Gelojoh betul gemuk ni . Telah Ameer .

“Apa nama penuh awak ?”

“Nelydia Erlina . Awak ?”

“Oh . Sedap nama awak . Saya Tengku Ameer Muaz .”

     Erlina hanya mengangguk . Memang dia tiada masa untuk berformal dengan Ameer . Erlina jika sudah nampak makanan memang dia malas mahu melayan orang disekelilingnya .

“Tengku ? Oh . Sorry selama ni saya panggil nama awak dengan nama Ameer je .”

“Tak apa . Saya lebih suka orang panggil saya Ameer .”

“Err . Tengku tak nak makan ke ?” Kata Erlina sambil menjeling-jeling kearah makanan Ameer yang masih lagi tidak terusik .

“Huh ? Apa awak paggil saya ?”

“Tengku . Memang saya patut panggil awak tengku pun kan ?”

“Awak nak makanan saya ?”

       Angguk .

“Boleh , tapi dengan satu syarat .”

“Apa dia ?”

“Boleh tak awak panggil saya sayang ke baby ke darling ke . Saya lebih suka orang panggil saya dengan panggilan ‘manja’ saya tu .

       PAP . Tangan hinggap di bahu lelaki dihadapanya itu . Gatal lagi .

“Auch . Sakitlah ! Awak ni memang suka pukul orang ya ?”

“Siapa suruh tengku mengada-ngada .”

Lydia .” Panggil Ameer lembut . Erlina terkaku . Hanya Rizal yang memanggilnya sebegitu .

“Rizal .” Ameer terkedu . Rizal ?

“Errr ? Who Rizal ?”

“Rizal . Tunang saya . Dia sorang je panggil saya Lydia selama ni .” Tutur Erlina sambil menundukan wajah . Ada riak kecewa di wajahnya 

“Oh . Tapi saya nak panggil awak Lydia . Tak apa lah .” Tersentap Ameer . Apabila panggilan ‘Lydia’ itu telah disapu oleh tunang Erlina . Rizal yang dimaksudkan Erlina memang sangat bertuah kerana mendapat cinta daripada gadis bernama Erlina ini .

"Eh dah la jangan lah sedih . Esok awak boleh jumpa tunang kesayangan awak tu . Cepat lah habiskan makanan . Kalau awak nak makanan saya . Awak ambil lah . Lagi satu please jangan panggil saya dengan gelaran ‘tengku’ tu .”

     Erlina tersenyum dan menangguk . Kalaulah Ameer itu Rizal sudah lama tubuh sasa itu dipeluknya erat .

“Itu pun kalau saya boleh jumpa dia esok .” Sayup-sayup sahaja Erlina mentutur ayat itu .

“Ha ?”

“Nothing .”

                                                                            +++++++++++

       Udara di tasik itu memang segar . Walaupun sudah malam . Tapi masih ramai lagi berkunjung di tasik itu . Ameer dan Erlina berjalan beriringan . Ameer tampak lebih macho apabila kaca matanya diletakkan di kolar baju dan kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar .

      Kerusi tasik yang berdekatan diduduki Ameer . Erlina hanya mematungkan diri . Dia akan berasa janggal apabila dia duduk disebelah Ameer . Dia berkira-kira sama ada ingin duduk disebelah Ameer atau berdiri ?

“Kenapa tak duduk ? Duduk lah .” Kata Ameer sambil menepuk ruang kosong disebelahnya . Erlina akur . Perlahan-lahan dia duduk di sebelah Ameer . Agak jauh sedikit jaraknya dengan Ameer . Ameer yang perasan dengan kejanggalan Erlina merapati Erlina . Erlina sedikit terkejut . Dia dan Ameer begitu rapat .

“Errrr ? Ameer ?”

“Kita bukan buat apa pun . Ni tempat awam kan ? Ramai orang . Saya Cuma duduk dekat-dekat dengan awak je .”

        Erlina tertunduk kemudian dia mendongakkan sedikit wajahnya ke atas . Menikmati keindahan tasik semula jadi di hadapannya .

“So . Macam mana awak kenal Rizal ?”

“Kami belajar di universiti yang sama di Australia dulu . Kami memang rapat . Lepas kami habis belajar . Dia terus lamar saya .”

“Oh .” Ameer melepaskan keluhan kecil .

“Awak dengan dia dah rancang majlis kahwin ke ?” Perlahan-lahan ayat itu ditutur Ameer . Sememangnya , dia tidak mahu cerita tetang ini . Tetapi perasaan ingin tahu itu semakin membuak-buak .

“Kami nak kahwin sebulan yang lepas , tapi ….” Ayat Erlina tergantung disitu . Mutiara jernih mula mengalir membasah pipinya .

“Tapi ?” Tanya Ameer lembut . Erlina menangis . Esakan halusnya mula didengari .

“Tapi dia dah tak ada .”

“Maksud ?”

“Rizal . Dia dah pergi .”

“Pergi mana ?”

“Can we just not talking about this ?” Nafas Erlina ditarik .

“Okey . I’m sorry . I’ll not force you .”

“Dia dah meninggal . Sebulan yang lepas .” Air mata Erlina semakin laju . Itulah kelemahan dia . Walaupun dia tidak mahu menceritakan apa yang terjadi . Apabila sesorang tidak memaksanya lagi . Mulutnya akan tiba-tiba menceritakan perkara sebenar . 

“Dia meninggal masa dalam perjalanan akad nikah . Dia pergi di saat Er betul-betul memerlukan dia . Er sayang dia . ” Tutur Erlina . Erlina seolah-olah menyalahkan takdir .

        Ameer terkedu . Sedihkah dia ? Sedikah dia atas kematian Rizal ? Atau  dia gembira ? Gembira atas dia masih mempunyai peluang untuk mendekati Erlina .

“Muka Rizal sama sangat macam muka awak , Ameer . Iras sangat . Bila saya pandang awak . Saya harap sangat yang awak ni Rizal .” Esakan Erlina semakin kuat .

“Tiap malam . Saya tanggung rindu seorang diri . Saya rindukan dia . Saya cintakan kan dia . Saya cuba lupakan dia . Bila saya dah berjaya lupakan dia . Kesan tu hadir kembali bila saya jumpa awak dekat restoran .”

        Ameer berdiri dan duduk menghadap Erlina . Diangkatnya wajah Erlina . Perlahan-lahan dia mengelap air mata yang membasah di pipi gebu Erlina . Kedua belah tangan Erlina dipeggang erat oleh Ameer .

“Kita tak boleh nak salahkan takdir .” Jawab Ameer lembut .

“Saya tak pernah salahkan takdir . Saya cuma menyesal .” Erlina kembali mengelarkan dirinya kepada ‘saya’ .

“Menyesal ? kenapa ?”

“Sebelum kami sah digelar suami istri . Ada salah faham berlaku antara kami . Puas saya tengking dia , maki dia depan orang ramai . Saya pernah minta dia batalkan perkahwinan kami . Tapi dia tak nak . Lepas tu masa  kami nak jalankan akad nikah . Rizal ditimpa kemalangan . Dia dekat hospital , Rizal nazak . Semua orang paksa saya pergi tengok dia . Saya ingatkan dia sakit main-main je . Tapi bila mama and papa balik dari rumah diorang kata Rizal dah meninggal . Rizal dah tak ada . Tak ada .” Air mata Erlina tidak henti mengalir malah semakin laju dan banyak . Erlina mengetap bibir .

“Awak tahu . Saya orang paling bodoh sebab ego . Saya tak nak dengar penjelasan dia . Saya bodoh . Kalau diberi peluang untuk saya berjumpa dengan Rizal . Saya nak cakap yang saya sayang dia . Saya rindukan dia . Saya cintakan dia . Walaupun dalam mimpi sekali pun .”

       Ameer mengusap-usap rambut Erlina . Wajah Ameer diangkat sedikit oleh Erlina . Lantas tubuh sasa itu dipeluk erat oleh Erlina . 

 “Rizal . Saya rindukan awak .” Bisik Erlina kepada Ameer .

"Saya yakin . Dia akan maafkan awak . Kita yang hidup ni kena teruskan hidup . Walaupun perit ."

"Awak tak pernah rasa bagaimana rasanya ditinggalkan Ameer . You never ."

      Memang benar kata Erlina . Dia tidak pernah rasa ditinggalakan malah dia yang meninggalakn kekasih-kekasihnya tanpa sebaranag alasan yang kukuh . Bagi dia , hidup dia hanya perlu berseronok .

"How you know ?" Tanya Ameer perlahan . Tangannya masih lagi mengusap rambut Erlina .

    Erlina ketawa .

"I know you , Ameer . Awak ni jenis yang playboy kan ? Kenapa awak tanya soalan sebodoh tu ? Sesiapa yang pandang awak . Semua akan tahu sikap awak macam mana ."

    Ameer menangguk .

"Kalau saya ganti tempat Rizal . Awak nak ?"


Bersambung...





Older Post | Newer Post