S T O R Y
Me Huh . List Credit Diary

/


I Love You Mr Annoying (Chapter11)
Friday 28 June 2013 | 19:16 | 0 comments



Sorry . Aku dah lama tak update :\ Aku bukan apa . Idea ada je . Cuma malas -.- hmm .

Tepung yang berada didalam paket itu dicurah ke dalam mangkuk kecil perlahan-lahan . Tangan masih lagi menyelak helain majalah resepi makanan itu . Banyak betul makanan yang sedap-sedap .

“Sayang buat apa tu ?” sapa suara garau yang datang dari belakang .

“Kek coklat .”

“Kek ?”

“Um Hm . Abang suka coklat kan ?” soal Erlina . Sejak semalam Erlina menggelarkan Ameer sebagai ‘abang’ . Erlina sudah dapat menerima hakikat yang kini Rizal sudah pergi . Walaupun dia tidak mencintai Ameer tapi dia akan cuba belajar mencintai dan menghargai Ameer .

“Tak . Abang tak suka coklat .” Balas Ameer sambil menggelengkan kepalanya .

“Eh ? Mama yang cakap ! Tak apa lah . Kalau abang tak nak sudah . Biar Er yang makan sorang-sorang .”

“Tapi tak apa . Kalau isteri abang yang masak , abang sanggup makan . Er masak tanah pun abang sumbat je .”

“Betul ni ? Malam nanti kita makan laut tanah masak pasir ya ?”

“Eh tak nak lah macam tu .” Balas Ameer sambil memuncungkan bibirnya .

“Ha tahu pun !”

           Ameer bergerak sedikit menghampiri Erlina . Lantas dipeluknya pinggang Erlina erat dari belakang . Pergerakkan Erlina terberhenti seketika . Janggal rasanya apabila berkeadaan sebegini . Apatah lagi Ameer sedang mencium-cium rambut ikalnya .

“Wangi .”

“Hmm .” balas Erlina pendek sambil menyambung tugasannya untuk berlagak selamba .

“Abang tolong eh ?”

“Tolong basuh pinggan kat dalam sinki tu sana .”

“Tak nak . Nak tolong peluk boleh ?”

“Mengada .”

“Mengada dengan Er je .”

“Eleh bukan dengan Er je dengan mama pun sama je . Anak mak !”

“Laa . Dengan mama pun Er nak cemburu ke ?”

“Mana ada !”

            Ameer ketawa tekekek menampakkan barisan giginya yang putih .

                                                                                               ++++++++++

“Aku rasa aku nak balik Malaysia la .”

Pula dah ? Lepas tu kau buat masalah lagi kau datang sini balik .”

            Mata Ezelyn merenung tajam kepada sahabat baiknya , Melissa . Kata sahabat baik tapi bukan nak beri sokongan . Huh .

“Apa pandang-pandang ?”

“Saja .”

“So . Apa membuatkan kau nak balik Malaysia ni ?”

“Entah lah . Aku rasa macam ada sesuatu buat aku nak balik .”

“Apa-apa je lah Lyn .” Melissa mula menyelak helaian majalah yang baru dibelinya tadi .

“Aku dah penat mengharap .” Ezelyn mula bersuara setelah lama berdiam .

“Dia buat aku macam sampah . Dia curang dengan aku . Dia hanya gunakan aku untuk kemewahan . Dia tu menumpang kemewahan aku !”

          Melissa senyap membisu . Tidak tahu apa yang harus diperkatakan . Dia faham perasaan sahabatnya itu . Tetapi salah Ezelyn juga . Sudah ramai yang tahu Daniel hanya mempergunakan Ezelyn . Apabila diberitahu perkara sebenar , Ezelyn tidak percaya malah memaki hamun orang yang melaporkan kecurangan Daniel terhadap dirinya .

“Depan mata aku . Depan mata aku nampak dia cium perempuan tu !”

“Aku bodoh tak percaya cakap orang .” Air mata diseka  dengan hujung lengan baju . Entah kenapa dia harus mengalirkan air mata untuk lelaki yang tidak ada perasaan seperti Daniel itu .

                                                                                               ++++++++++

“Eh . Ameer ?” kata Rezza apabila pintu lif dibuka .

“Yo ! Rezza !” Balas Ameer sambil melemparkan senyuman .

“Busy ke ?” Soal Rezza .

“Tak lah . Aku nak turun pergi makan ni .”

“Oh . Sama la . Jom , aku belanja kau makan . Dah lama kan tak lepak dengan kau ?”

“Aku free je . Lagi-lagi ada orang nak belanja kan .”

          Mereka masing-masing ketawa .



“So macam mana dengan life kau sekarang ? Dah ada bini baru .” Rezza memulakan bicara .

“Biasa je . Macam tu je . Hah ! Kau kenapa tak datang majlis kahwin aku ? Bukan mama aku dah bagi kat aunty Rina ke ? Time tu aunty Rina dengan uncle je datang . Tak nampak pun kau .”

“Sorry . Aku busy la time tu .” Balas Rezza . Memang mummynya pernah memberitahu yang Ameer akan berkahwin pada waktu itu pada hari yang sama majlis Erlina dilangsungkan . Tidak menyangka pula suami Erlina ialah Ameer . Akibat terlampau sakit hati Rezza membuat keputusan untuk melarikan diri di tempat yang lebih tenang .

“Eleh kau , busy konon . Macam aku tak kenal kau ni . Asyik busy dengan buat tahi mata .”

“Woi ! Tu dulu la ! Apa ni cerita masa zaman budak-budak . Sekarang aku dah berubah , tengok nih . Hensem je . Lagi hensem dari kau .”

            Ameer tersengih .

“Ye la . Sampai bini aku kat rumah pun terpikat kan dulu .”

            Rezza yang menyedup kopi panas hampir tersedak . Cepat-cepat dia mengambil tisu untuk mengelap mulutnya .

“Aii . Tersedak ? Suka ke ?”

“Eh . Mana ada . Kalau aku suka pun . Dia tetap isteri kau kan sekarang ?”

“Dulu . Korang memang suka sama suka ke ?” soal Ameer perlahan . Cuba mencungkil rahsia .

         Nafas Rezza ditarik . Lama . Kemudian dihembus perlahan-lahan .

“Aku mengaku memang aku simpan perasaan dekat Erlina dulu . Aku tak pernah pun bagi tahu dia yang aku suka dia . Tapi aku rasa dia tahu . Dia pernah kata dekat aku yang dia masih cintakan bekas tunang dia tu . Apa ntah nama dia Riz Riz Riz er . Entah la .”

“Rizal ?”

“Hah !” Balas Rezza sambil meangguk-angguk .

          Ameer menghembuskan keluhan kecil .

                                                                                               ++++++++++

         Badan Rezza dihempaskan di atas katil .  Tali leher yang terletak elok di lehernya dilonggarkan kasar .

          Jadi bekas tunang Erlina yang meninggal dunia tu mirip dengan Ameer ? Itu sebab Erlina bersetuju dengan perkahwinan mereka ? Rezza meraup mukanya .

          Ameer telah menceritakan kepadanya segalanya tetang hubungan rumah tangga mereka . Terasa lega apabila mendapat tahu yang Erlina masih lagi belum disentuh oleh Ameer .

“Rezza tahu Er tak cintakan Ameer !” Suara Rezza bergema di seluruh kamar tidurnya .

           Bingkai gambar yang terletak di meja lampu yang berhampiran katil itu diambil . Rezza hanya merenung sekeping gambar yang ditangkap oleh mereka berdua bersama-sama . Gambar itu diambil semasa mereka berdua sedang berjalan-jalan di tepi pantai . Dia tidak pernah lupa dengan senyuman manis gadis itu .

                                                                                               ++++++++++

        Pintu bilik dari luar dikuak . Erlina yang sibuk menghias diri di cermin berpaling . 

“Dah siap ?”

“Dah, abang . Kejap lagi siap la ni .”

         Ameer tersenyum lantas memasuki ruang bilik air . Erlina masuk ke ruang almari untuk mengambil sesuatu . Lantas dia mencapai sehelai tudung bawal yang dibeli oleh ibunya semasa menunaikan umrah di kota suci Mekah . Bibir mengukir senyuman .

        Ameer keluar dari bilik air . Pegerakkan Ameer terkunci . Matanya masih lagi menatap wajah mulus isterinya .

“Sayang ?”

“Kenapa ? Terkejut ? Er rasa . Er nak pakai tudung la sekarang bang .”

“Bagus lah tu .” Ameer tersenyum .

“Lawa tak . Er pakai tudung bang ?”

“Mesti lah . Abang lagi suka tengok Er pakai tudung .” Kini giliran Erlina tersenyum .

“Kejap . Ada sesuatu tak kena dekat tudung Er .” Ameer menghampiri Er perlahan-lahan . Dahi Erlina bekerut seribu . Apa lagi yang tak kena ?

         Ameer membetulkan tudung Erlina yang sedikit senget dengan tekun . Erlina diam hanya memerhati , perasaan teharu menyelinap diri .

Kan dah comel . Nanti mesti mama puji menantu kesayangan dia yang seorang ni .”
Balas Ameer lantas dahi isterinya dikucup .

                                                                                               ++++++++++

“Puan sri ! Ameer dah sampai .” Jerit mak cik Halimah dari ruang tamu .

“Ha ? Dah sampai ? Tolong ajak dia masuk ya .”

“Baik Puan sri .”

           Mak cik Halimah keluar untuk mengajak Ameer dan isterinya masuk ke rumah .

“Mama mana mak cik ?” Soal Ameer kemudian menyalami tangan mak cik Halimah .

Ada tu . Dekat dapur . Dia masak special tau untuk Ameer . Anak kesayangan nak makan kat rumah kan . Untung Ameer dapat ibu macam Pn Sri tu .”

“Oh .” Balas Ameer pendek sambil melemparkan senyuman kepada mak cik Halimah . Mak cik Halimah telah berkhidmat di keluarga Tan Sri Darwisy dari Ameer berusia 2 tahun lagi . Makcik Halimah juga sudah dianggap sebagai ibu angkat bagi Ameer . Bagi keluarga Tan Sri Darwisy , mak cik Halimah bukan lagi orang asing pada keluarga mereka .

            Erlina mengahampiri mereka berdua . Lantas bersalaman dengan mak cik Halimah .

“Eh dah jom masuk . Buat apa duduk luar kat sini lama-lama . Tak elok .”

“Hah jom .”

           Kaki melangkah masuk ke dalam rumah bunglo milik Tan Sri Darwisy .

“Ha Ameer . Dah sampai ? Meh lah duduk .” Sapa Tan Sri Darwisy .

            Mereka berdua mengahmpiri Tan Sri Darwisy lantas menyalami tangan Tan Sri Darwisy .

“Papa . Erlina pergi jenguk mama dulu kat dapur ya .” Pamit Erlina .

“Ha elok lah tu . Pergi tolong-tolong . Kesian papa tengok mama kamu tu dari tadi seorang je kat dapur . Mak cik Halimah nak tolong dia tak kasi .”

          Erlina hanya tersenyum lantas melangkah masuk ke ruang dapur .

“Mama !”

“Ha Erlina ! Dah sampai . “

“Mama masak apa tu ?”

“mama tengah masak Ikan Siapa 3 rasa . Ameer suka sangat lauk ni .”

            Erlina menangguk-angguk .

“Mama nak Erlina tolong apa-apa ke ?”

“Eh tak payah tolong apa-apa tengok je . Ha nanti tolong macik Halimah angkat lauk tu atas meja ya “

“Ok”

“Erlina dah pakai tudung ? La baru mama perasan . Ayu je menantu mama hari ni .”

“Ha ah . Er ingat er nak mula pakai tudung lah .”

“Bagus lah kalau macam tu . Sedap mata memandang .”

“Dah-dah pergi kemas meja . Nanti tak makan dua beranak kat luar tu .”


                                                                                               ++++++++++

Older Post | Newer Post