I LOVE YOU MR ANNOYING (Chapter 3)
Monday, 25 March 2013 | 02:38 | 0 comments
(Wuihh . Poster baru xoxo)
“Ameer . Ianya tak kelakar .”
“Kalau suatu hari nanti . Saya jatuh cinta dekat awak dan
lamar awak . Awak sudi tak ?”
Erlina diam .
Berfikir sejenak . Mampukah dia membalas cinta Ameer ketika itu ? Adakah dia akan
mencintai Ameer seperti mana dia mencintai Rizal ?
“Walaupun saya anggap awak ni Rizal . Awak sanggup ke ?”
Kini giliran Ameer
pula membisu . Erlina hanya menanggap yang dirinya sebagai Rizal bukan Ameer .
Sanggupkah Ameer terasa hati dengan Erlina yang tidak mencintai dia tetapi
Rizal . Tak . Dia tak sanggup . Dia mahu Erlina cintakan dia sebagai Ameer dan
bukannya Rizal . Telah Ameer .
“Awak memang suka hidup dalam kepura-puraan ke ?”
Erlina menarik
nafas sedalam-dalamnya . Ya . Mereka kini sedang bertarung dengan perasaan
masing-masing . Perlahan-lahan nafas dihembuskan . Mata Erlina melilau mencari
idea .
“Ameer ..”
“Saya tahu awak tak sanggup bukan ? Awak tak boleh
mengharapkan orang yang dah tiada , Erlina !” Kata Ameer dengan nada yang
separuh menjerit .
“Ameer !”
“Awak pentingkan diri sendiri . Awak sedar tak yang awak
seksa diri awak sendiri ? Sampai bila awak nak berpura-pura ? Sedalam mana pun
cinta awak pada Rizal . Awak kena ingat . Rizal dah tak ada . Dia dah tak ada !”
“Ameer ! Cukup .”
“Suatu hari nanti . Kalau ada orang yang benar-benar tulus
mencintai awak . Awak masih lagi nak mengharapkan Rizal ke ? Awak masih lagi
nak bandingkan dia dengan Rizal ? Awak kena ingat . Rizal is Rizal . Awak
jangan bandingkan seseorang dengan orang lain .”
“Ameer ! Cukuplah Ameer !” Esakan Erlina makin kuat .
“Erlina . Please . Bebaskan diri awak . Saya tahu , awak
terseksa sekarang ni Erlina . Saya yakin , Rizal tak pernah salahkan awak .”
“Awak tak faham Ameer ! You don’t .”
“Yes . Memang saya tak faham . Saya tak faham dengan awak
yang sanggup seksa diri sendiri demi orang yang dah tak ada .”
Pap . Tamparan
hinggap di pipi Ameer .
“Ameer . Kita baru kenal . Jangan masuk campur hal
peribadi saya . Get your own life .”
Ameer terdiam .
Terkaku dengan tindakan Erina yang berani menamparnya di tempat umum . Dia
melirik ke arah Erlina . Erlina sedang menangis . Muka pucat Erlina ditenung .
Dia tidak suka dengan perangai Erlina yang begitu memaksa dirinya sendiri .
Lagi-lagi sakit hatinya apabila Erlina seolah-olah tidak mahu dia menjadi
pengganti Rizal .
“I’m sorry .”
Erlina menangguk .
Kini Ameer bangkit dari melutut dihadapan Erlina dan duduk disebelah Erlina .
“Saya tahu . Saya tak ada hak masuk campur urusan awak .
Lagi-lagi saya ni hanya orang luar bagi awak .”
“Erlina . Kita masih boleh jadi kawan kan ?” Perlahan suara Ameer bertanya dengan
penuh harapan .
Erlina
bangkit dari tempat duduknya .
“Saya nak balik . Saya tak nak fikir apa-apa . Hantar saya
balik sekarang .”
Ameer hanya
menangguk . Keluhan berat dilepaskan . Tidak setujukah Erlina untuk menjadikan
dirinya hanya sebagai kawan ?
+++++++++
Album gambar yang berada di laci solek itu
diambil oleh Erlina . Perlahan-lahan Erlina menyelak gambar-gambar dia bersama
Rizal . Air matanya jatuh di sekeping gambar . Gambar dia dan Rizal sedang
makan ais krim . Erlina tersenyum .
Erlina menyelak helain seterusnya . Rizal
Ikmal . Hanya sebaris nama itu sahaja yang berada di fikirannya kini .
“Kalau Rizal ada sekarang . Mesti kita dah jadi keluarga
yang bahagia kan
?”
Air mata Erlina
jatuh lagi apabila melihat sekeping gambar Rizal sedang melutut kearahnya dan
melamarnya . Dia tidak tahu siapa dan bila gambar itu diambil . Hatinya sayu
apabila terkenangkan arwah tunangnya , Rizal .
“Erlina rindu Rizal .”
Lantas album itu
dipeluk olehnya erat . Rantai yang dipakainya digenggam erat . Dia tak akan
hilangkan rantai itu sesekali itulah janjinya pada Rizal . Setelah kematian Rizal , tidak pernah rantai di
lehernya itu dibuka walaupun sekali .
+++++++++
“Encik Rezza . Ni fail yang encik suruh saya semak tadi .”
Kata Erlina sambil menghulurkan fail berwarna hitam .
“Letak saja dekat atas meja tu . Nanti saya tengok balik .”
Kata Rezza sambil menulis sesuatu di atas kertas .
Erlina menangguk
.
“Ada
apa-apa lagi yang encik nak saya buat ?”
Kepala Rezza
diangkat sedikit . Memandang Erlina . Rezza menggeleng .
“Okey . Kalau macam tu saya keluar dulu .” Kata Erlina
sambil memusingkan badannya .
“Erlina .” Panggil Rezza .
Kepala Erlina
dipusingkan memadang bosnya . Bosnya sedang tersenyum kearahnya . Encik Rezza
adalah anak kepada Dato’ Rahman , Bos besar disyarikat yang dikerjanya kini .
Walaupun usia Rezza amat muda . Tapi Rezza mampu mengarah syarikat papanya
dengan baik . Rezza bukan sahaja pandai malah Rezza juga mempunyai daya tarikan
yang tersendiri . Mana-mana perempuan yang melihatnya pasti akan jatuh cinta .
Rezza juga bukanlah seorang kaki perempuan malah Rezza sangat bertanggungjawab
.
“Sabtu ni . Awak ada pergi mana-mana tak ?”
“Tak ada kod . Kenapa ?”
Rezza tersenyum
.
“Kalau saya ajak awak pergi jalan-jalan dengan saya . Awak
nak tak ?” Tanya Rezza perlahan .
“Maksud encik kita berdua je ?”
Rezza tersenyum
menangguk .
“Okey .” Balas Erlina . Tak akan la dia nak menolak , kesian
pula dekat bosnya itu . Lagipun Rezza adalah cirri-ciri lelaki idaman Erlina .
Sudah lama dia nantikan saat ini . Selama ini , dia hanya berangan sahaja .
Tidak tahu pula betul-betul jadi kenyataan .
“Saya ambil awak dekat rumah awak ya ? pukul 10 pagi .”
“Errr . Encik tahu rumah saya ?”
Rezza tersenyum
. Merah padam muka dia . Hampir terkantoi . Tak akan lah dia nak cakap yang dia
pernah mengikut Erlina sampai di rumah .
“Hari tu saya pergi rumah kawan saya . Tak sangka nampak
Erlina tengah sapu sampah dekat halaman rumah .” Kelentong Rezza . Tidak tahu
la dia menjadi ke tidak . Memang dia tidak tahu menipu .
“Ohh .” Erlina menangguk . Bos pernah nampak dia sapu sampah
depan rumah ? Alamak . Mesti bos pernah nampak dia pakai kain batik dengan
t-shirt je dah la rambut macam orang bersalin . Oh no !! Sumpah . Lain kali dia tidak akan keluar untuk menyapu sampah dengan memakai pakaian ala-ala makcik .
“Saya keluar dulu ya . Encik Rezza .”
Rezza menangguk
dan kemudian sambung menyelesaikan kerjanya yang terbengkalai tadi .
+++++++++
“Yo . Ameer . Pehal kau ni ? Termenung sana . Termenung sini .” Sapa Hyrul kepada
Ameer . Kerusi kayu dihadapannya itu ditarik dan diduduk oleh Hyrul perlahan-lahan .
“Tak ada apa-apa lah .”
“Dengan aku pun nak berahsia .”
“Aku tak ada apa-apa rahsia nak dikongsikan pun . Aku just
bosan .” Air oren yang berada di depannya itu diambil dan dihirup olehnya perlahan-lahan .
“Sejak dua tiga minggu ni . Kau asyik murung je . Kenapa ni
? Ada masalah
? Atau sebab Ezelyn buat hal ?”
“Kau jangan sebut nama dia boleh tak ?”
“Ye la . Mana tahu . Majlis tunang kau pun dah nak dekat kan ?”
“Aku tak nak cerita pasal majlis tunang tu . Aku tak suka .
Yang nak buat majlis tu parent kami . Bukan kami . Lagipun kau tahu kan ? Ezelyn bukan suka
aku pun . Dia dah ada Daniel . Aku pun tak suka si Ezelyn tu . Cerewet .”
“Kau ni pun . Perempuan biasa lah . Mengada sana . Mengada sini . Lepas kahwin tu okey
lah .”
“Aku tak nak kahwin dengan dia .”
“Cakap lebih je kau ni . Lepas kahwin kalau aku tengok kau
sikit pun tak nak berenggang dengan bini kau tu . Aku karate kau .”
“Dah diam . Aku tak suka cakap pasal ni . Aku tak fikir pun
pasal Ezelyn tadi . Aku fikir pasal orang lain .”
“Orang lain ? Perempuan ?”
Ameer
menangguk .
“Kau ni Meer , kalau tak ada masalah dengan perempuan tak
sah kan ?
Siapa ? Mellisa ?”
“Tak . Nama dia Erlina .”
“Erlina ? Stok baru ke ?”
“Itu bukan stok aku lah . Dia tolak aku .” Ada riak kecewa diwajah Ameer .
Hyrul ketawa .
Entah apa yang kelakar .
“Ameer kena tolak ? For the first time ? Hahaha . Nasib kau
lah Ameer . Lawa ke perempuan tu ? macam mana korang kenal ?”
“Tak . Dia tak lawa . Buruk gila . Ntah . Aku kenal dia
dekat restoran .”
“Haha . Macam-macam lah kau ni Meer , Aku tak heran pun
dengan semua perempuan simpanan kau semua tu . Bukan taste aku . Aku tak suka
perempuan yang gedik lebih ni kalau aku nak cari perempuan pun aku nak cari
yang kalau boleh biarlah dia cinta pertama dan terakhir aku .”
“Tapi Erlina tak macam tu !”
“Maksud kau Erlina ni bukan jenis yang kuat sosial ?”
Ameer menangguk
. Dia tidak suka Hyrul memperlekehkan Erlina seperti mana Hyrul memperlekehkan
semua perempuan simpanannya itu .
“Wei . Apa maksud , bila kita dekat menghampiri dia jantung
kita berdegup kencang , bila dia cerita pasal lelaki lain kita rasa sakit hati
dan bila kita renung dia , kita rasa hilang je masalah yang ada .”
“Kau dah jatuh cinta ?”
“Jatuh cinta ? Tak . Tak mungkin lah .”
“Apa perasaan kau bila jumpa si Erlina tu ?”
“Aku tak cakap pun orang tu Erlina .”
“Bodoh lah kau ni Ameer . Terang-terang kau asyik murung
sebab kena tolak dengan Erlina . Mestilah orang tu Erlina kan ?”
Ameer menangguk lemah . Dia kehilangan
kata-kata .
“Perasaan aku jumpa dia , ntah lah susah nak tafsir . Aku
baru je kenal dia . First time tengok muka dia , aku rasa lain macam . Aku tak suka dengan apa yang aku rasa ni . Serius . Tak ada cara ke untuk buang perasaan yang aku rasa ni ?”
"Ameer , Ameer . Itulah dinamakan cinta ."
Hyrul ketawa
mengekek . Tiba-tiba telefon Ameer berbunyi . Lantas dia melihat siapa si
pemanggil di telefonnya . Ezelyn .
“Angkat lah . Bakal tunang call tu .” Kata Hyrul sambil menjeling-jeling
ke arah telefon bimbit Ameer .
Lantas
Ameer menjawab panggilan Ezelyn . Kalau tak angkat mahu mengamuk babun tu .
“Hello .”
“Jumpa ? Malas lah .”
“I tak ada mood .”
“Ye la . Ye la . Fine ."
"I nak rehat lah . Menyusahkan orang betullah you ni ."
"I nak rehat lah . Menyusahkan orang betullah you ni ."
Dengusan
kasar dilepaskan selepas Ezelyn menamatkan panggilan telefon .
“Dia nak apa ?” Tanya Hyrul .
“Nak menyusahkan orang .” Jawab Ameer acuh tak acuh .
“Hei . Macam-macam lah korang berdua ni .”
+++++++++
“Awalnya Encik Rezza
sampai .”
Rezza
tersenyum manis .
“Tak payah lah berencik-encik dengan saya . Panggil saya
Rezza dah cukup .”
“Okey . Encik Rezza . Ops . I mean Rezza . Haha .”
“Kita pergi makan dulu boleh ? Perut saya dah berbunyi ni .”
“Okey . Tapi , Encik Rezza belanja tau !”
“Erlina .”
“Maaf . Maksud saya , Rezza . Janggal pula nak panggil Rezza
je . Ye la Rezza kan
bos saya .”
“Dekat luar ni . Tak payah formal sangat . Actually , saya
tak selesa . Awak anggap je saya macam kawan awak , tak perlu anggap saya bos
awak . Ini arahan saya sebagai bos awak okey ?”
“Bukan saya kena anggap awak sebagai kawan ke ? Jadi kenapa
awak nak bagi arahan dekat saya ?” Perli Erlina .
Rezza
tersenyum . Lantas hidung Erlina ditarik tanpa Rezza sedar . Erlina terkedu . Encik
Rezza ke didepan matanya kini ? Lantas Rezza membuka pintu penumpang keretanya
.
+++++++++
Kaki
melangkah masuk ke satu restoran mewah . Nasib dah cakap awal-awal yang Rezza
yang kena belanja dia .
Rezza
mengambil tempat bersebelahan dengan tingkap besar dan meja yang menempatkan 4
kerusi . Rezza membuka kerusi untuk Erlina .
“Tak apa lah . Saya nak duduk tepi tingkap .” Lantas dia
menarik kerusi disebelah Rezza dan duduk di sebelah tingkap yang menampakan
suasana di tepi pantai .
“Siapa kata saya nak buka untuk awak ? Saya nak duduk lah .”
Dia duduk di sebelah Erlina . Wajah Erlina sedikit merah pandam . Sudah lah
kerusi itu bukan untuk dia tambahan pula yang duduk disebelahnya kini ialah Rezza .
Jarak mereka sangat rapat .
“Apa lah . Encik ni !”
Rezza
tersengih . Sebenarnya memang kerusi itu dibuka untuk Erlina . Tapi dia
haruslah control macho .
Pelayan lelaki
datang mengahampiri mereka berdua dan memberi menu .
“Awak nak makan apa ?” Tanya Rezza kepada Erlina sambil
tangannya masih menyelak helain menu . Semuanya sedap-sedap .
“Er nak makan apa yang Rezza makan lah .”
Rezza
menangguk .
“Two Spaghetti Carbonara and two watermelon juice .” Kata
Rezza kepada pelayan itu . Setelah pelayan itu mengambil pesanan , dia beredar
pergi .
“Awak selalu ke makan dekat sini ?” Tanya Erlina kepada
Rezza .
“Tak ada lah baru first time .”
“Ohh .” Balas Erlina sambil matanya memerhatikan pemandangan
pantai . Ada
pasangan kekasih sedang berjalan-jalan , ada yang membina istana pasir .
Pelbagai gelagat .
“Awak tengok apa tu ?” Tanya Rezza sambil badannya
didekatkan sedikit menghampiri Erlina memerhatikan apa yang menarik perhatian
Erlina . Erlina tersentak . Jarak dia dan Rezza begitu hampir sehingga dia
dapat mendengarkan nafas Rezza .
“Awak tengok pasangan tu ?”
Erlina
menangguk .
“Awak dah ada boyfriend ?”
“Tak .”
“Oh .”
“Nak tak saya jadi pasangan awak untuk hari ni ?” Tanya
Rezza sedikit gagap tapi pertuturannya masih lancar .
“Haha . Apa lah . Awak ni Rezza .”
“Saya tak bergurau . Untuk hari ni je ? Nak ?”
Erlina hanya
dapat menangguk . Tidak tahu kenapa dia merasa sebahagia hari ini . Lebih
tenang .
"Kalau mulai hari ni saya panggil awak Erlina boleh dan awak kena panggil saya Rezza . Tiada awak ataupun saya . Okey ?"
"Okey . Kalau awak tersasul kena denda tau !"
"See . Erlina dah tersasul !"
"Hey ! Belum mula lagi lah . Huh ."
"Dah . Dah mula . Disebabkan Er tersasul tadi , masa makan . Er kena suap Rezza kalau Rezza nak . Setuju ?"
"Senangnya . Okey ."
Sedang mereka rancak berbual . Seseorang menyapa Rezza .
"Kalau mulai hari ni saya panggil awak Erlina boleh dan awak kena panggil saya Rezza . Tiada awak ataupun saya . Okey ?"
"Okey . Kalau awak tersasul kena denda tau !"
"See . Erlina dah tersasul !"
"Hey ! Belum mula lagi lah . Huh ."
"Dah . Dah mula . Disebabkan Er tersasul tadi , masa makan . Er kena suap Rezza kalau Rezza nak . Setuju ?"
"Senangnya . Okey ."
Sedang mereka rancak berbual . Seseorang menyapa Rezza .
“Rezza !” Sapa seseorang dari belakang .
Mereka
menoleh ke arah pemilik suara itu . Mata Erlina membutang . Begitu juga orang
yang menyapa Rezza tadi .
Bersambung...
Cerita ni banyak buat kat restoran je . wkwk . Aku tak tahu tempat mana nak tibai -.- Lantak lah . Watak Erlina ni pun banyak makan macam aku ;3